BAB 2

34 3 0
                                    

JAKET kulit disarungkan ke tubuh sasanya. Wajah tampannya ditilik melalui cermin yang ada di hadapannya saat ini.

Farid yang sedang leka meneliti wajahnya tersentak dengan tiba-tiba apabila merasakan ada satu tangan sasa yang memeluknya erat dari arah belakang. Tersungging senyuman manis apabila sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang sedang memeluk eratnya.

Tubuh dipusingkan menghadap Andy yang dah pun selamat berada di dalam pelukan hangatnya. Sempat dikucup pantas bibir Andy yang sedikit terbuka itu. Geram.

"You..." rengek Andy manja. Elok dia menempelkan wajahnya di dada bidang milik si kekasih hati.

"Kenapa ni baby? I tengok you monyok je," soal Farid.

"You betul ke nak balik Malaysia? Macam mana dengan I nanti?" luah Andy susah hati.

"Baby... I kalau boleh memang tak nak balik Malaysia tu. Kalau boleh I memang nak je stay dengan you je selama-lamanya dekat sini. Tapi apa boleh buat, dah tiba masanya untuk I balik dan ambil alih bisnes family I tu. You pun tahu kan mummy I tu macam mana? Dia dah bising tau sebab I dah lama sangat stay dekat New York ni," keluhan berat dilepaskan.

Sesak dada Farid kerana harus berpisah dengan Andy, kekasih yang amat dia cintai.

"Ya. I tahu tu, tapi macam mana dengan I nanti? Macam mana kalau I rindukan you. Siapa yang nak temankan I lepas ni?" mata Andy dah mula berkaca-kaca. Tak sanggup rasanya harus berpisah.

"Kalau you rindukan I, kita boleh buat video call hari-hari. You kena ingat satu benda, walaupun kita jauh dimata tapi dalam hati I ni akan tetap sentiasa ada nama you. Takkan ada sesiapa pun yang akan dapat gantikan tempat you dalam hati I. I really love you so much baby," luah Farid romantis. Dahi mereka berdua disatukan. Melepaskan rasa yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

"I know. I love you too sayang," bibir Farid diragut kasar.

Hampir beberapa minit kedua-dua lelaki itu bercumbuan mesra melepaskan rasa yang hanya mereka berdua rasakan saat ini. Sarat dengan rasa cinta yang menggunung tinggi.

"Apa kata kalau you ikut I balik? Kita balik Malaysia sama-sama," ajak Farid apabila tautan bibir mereka mulai terlepas. Nafas ditarik panjang, cuba mencari oksigen setelah beberapa minit bercumbuan.

"Sayang kita dah bincangkan fasal hal ni? I bukan tak nak ikut you balik sama ke Malaysia. Tapi you tahu kan kerja I macam mana? You ingat senang ke agensi I nak lepaskan I macam tu je. Lagi pun you tahu kan bukan mudah untuk I nak sampai ke tahap ini. Jadi takkan I nak tinggalkan semua usaha I ni macam tu je sayang," ujar Andy.

Terlepas keluhan berat di bibir Farid. Kepala dianggukkan beberapa kali. Bukan dia tidak tahu dengan pekerjaan Andy yang merupakan seorang model pakaian dalam lelaki di New York.

"I tahu tu. Tapi baby sampai bila you nak jadi model di New York ni? You tak rasa ke nak balik semula ke Malaysia? You tak rindu ke dengan Malaysia?" soal Farid bertubi-tubi. Wajah Andy di usap lembut.

"Balik Malaysia? Belum tiba masanya lagi. I selesa tinggal dekat sini. Kalau boleh sampai bila-bila I nak tinggal dekat sini," jawab Andy yakin.

"Then how about me?" soal Farid yang jelas tidak berpuas hati dengan jawapan Andy.

"Sayang, I cuma cakap kalau je. Tak semestinya I akan tinggal selamanya dekat sini," terang Andy.
"Baby... You tak rindu family you ke? I think you dah hampir sepuluh tahun tak balik Malaysia. You tak rindu dengan parents you ke?" duga Farid.

"Rindu? You merepek apa ni sayang? Buat apa I nak rindukan orang yang tak pernah anggap I ni sebagai anak dia orang? You sendiri tahukan apa yang pernah terjadi pada I dulu? I rasa I tak perlu nak ulang cerita tu pada you," tegas Andy berbicara. Riak wajahnya mulai berubah tegang.

Dia Suamiku [E-BOOK] Where stories live. Discover now