BAB 5

37 0 0
                                    

JUS oren dituangkan dengan penuh berhati-hati ke dalam cawan yang sudah siap tersusun diatas meja. Bibir tak lekang mempamerkan senyuman manisnya.

Hari ini rumah pengasih yang dikelolai oleh Ibu Fauziah mengadakan majlis doa selamat buat semua penghuni dirumah itu. Dian yang merupakan bekas penghuni dirumah anak yatim itu turut sama dijemput hadir ke majlis tersebut.

"Ramai jugak ya yang datang majlis kesyukuran malam ni. Tak sangka pulak aku," sergahan Mira mengejutkan Dian.

Mengangguk Dian tanda bersetuju dengan apa yang dibicarakan Mira.

"Betullah kata kau tu. Tapi perkara ni biasa je sebenarnya. Memang setiap kali ada majlis-majlis macam ni, ramailah golongan VIP dan NGO yang akan turun padang. Almaklumlah masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk meraikan anak-anak yatim ni semua," cerita Dian.

"Ya aku tahu tu. Maksud aku kebiasaannya tak semeriah macam malam ni. Malam ni ramai betul yang datang. Aku tengok Ibu Fauziah tu sampai tak menang tangan nak melayan tetamu tu semua," ujar Mira.

"Itulah gunanya kita disini. Untuk bantu-bantu apa yang patut. Aku pun kesian jugak tengok Ibu Fauziah tu, terkejar sana sini nak uruskan semuanya. Nak pastikan semuanya berjalan dengan lancar."

"Ha yang ni aku setuju. Aku sokong 200 peratus. Sambil-sambil kita bantu apa yang patut tu bolehlah jugak kita cuci-cuci matakan? Aku tengok malam ni ramai jugak jejaka-jejaka segak dan bergaya yang datang," senyuman gatal menghiasi wajah Mira.

Terjegil mata Dian melihatkan Mira yang sudah seperti ulat bulu. "Kau kalau dengan lelaki memang laju je kan? Boleh tak kalau sehari tu kau tak payah bawak perangai miang kau ni? Kita datang sini nak bantu-bantu Ibu Fauziah bukannya nak menggatal Mira oi," bidas Dian.

"Eh apa salahnya? Kau tak pernah dengar ke pepatah ada mengatakan sambil menyelam minum air. Ha itulah yang aku tengah buat ni. Aku rasa tak salah pun Dian, aku ni single belum berpunya pun lagi. Kau pun kalau nak masuk line sekali pun boleh," balas Mira selamba.

Bebola matanya dijulingkan ke atas apabila mendengarkan apa yang dituturkan oleh Mira. "Tak kuasa aku. Kau kalau nak menggatal jangan nak babitkan aku pulak. Aku datang sini nak buat kerja, bukannya nak menggatal macam kau tu."

"Eh aku pulak yang dikatanya menggatal? Takpe-takpe sekarang kau kata aku gatalkan? Tapi nanti, kalau aku ni dah dapat boyfriend helok kau jangan nak jealous pulak," cebik Mira.

Dihalakan jari telunjuk ke wajahnya. "Aku? Jealous? Buang masa," bidas Dian.
"Ah tak kisahlah semua tu. By the way Dian, kau dah tengok belum wajah kacak bos baru kita tu? Aku tak sangka dia pun join sama majlis malam ni," bisik Mira.

"Bos baru kita? Siapa?" dahi dah terhias dengan kerutan halus.

"Hesy slow lah kau ni, Dian. Itulah hal-hal semasa tak nak ambil tahu. Lepas tu mulalah ketinggalan zaman," sempat lagi Mira memerlinya.

"Amboi kau sedapnya kutuk aku kan? Aku bukan macam kau, kaki bawang. Semua benda kau nak ambil tahu," bidas Dian.

"Ah tak kisahlah semua tu. Apa yang penting sekarang ni, aku tetap nak kau tengok wajah kacak bos kita tu."

"Yalah. Mana orangnya?" akur Dian. Mata dah meligas ke kiri dan kanan.

"Tu. Cuba kau tengok lelaki muda yang duduk sebelah Datin Ila tu," bibir dimuncungkan ke arah figura yang dimaksudkan.

Lekas bebola matanya bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh Mira.

"Itu?" soalnya.

"Yalah. Itulah bos baru kita. Merangkap anak kepada Datin Ila. Helok kan orangnya?" terjungkit keningnya.

Dia Suamiku [E-BOOK] Where stories live. Discover now