BAB 1

5 1 0
                                    

Namaku Aralyn Nerissa dan ini kisah hidupku

Tok...Tok....Tok....

"Sa bukalah pintu ni, ni saya Chris."

Chris. Chris Nehan, sahabatku yang selalu menemaniku. Aku segera ke daun pintu dan membukanya. Terpampar wajah budak yang sama umur denganku, 9 tahun di depan rumahku

"Rissa jom." ajaknya sambil memegang tanganku.

"Pergi mana Chris?" soalku bingung.
"Pergi rumah Chrislah lagipun mama yang ajak. Uncle dengan anti takdekan, diaorang pergi luar negarakan. Jomlah Rissa." ajaknya sambil menarik tanganku. "Rissa kenapa bibir Rissa luka? Rissa kena pukul lagi ke?" soalnya naif. Aku hanya sekadar mengangguk.

Tanpa menunggu lama dia terus menarik tanganku dan menutup pintu rumahku. Dia membawa ku ke rumahnya, sebenarnya rumah kami tidaklah jauh, rumah dia hanya berada di depan rumah ku sahaja.

Sesampainya di rumahnya dia terus menariku ke biliknya.Tanpa berlengah dia terus mengambil peti pertolongan cemas.

"Chris nak buat apa ni?" soalku naif. "Chris nak rawat Rissalah, mesti sakitkan uncle pukul.Duduk sini jangan gerak Chris nak sapu ubat." ujarnya sambil menyapu krim ke lukaku.

Sssshhh. Rengehku. Sakit, tapi lagi sakit hatiku berbanding luka yang ditinggalkan.

"Dah siap. Jom Rissa kita turun mama dah masak sedap sedap tau."Aku hanya tersenyum. Comel.

"Rissa janganlah malu, buat je macam rumah sendiri okey." ujar puan Tanaya. "Rissa okey? Ni kenapa bibir luka ni? Ayah pukul lagi ke?" sambungnya.

"Ya anti, semalam ayah pukul Sa sebab Sa tertumpahkan air sejuk dekat permaidani." jawabku.

"Sa berapa kali mama cakap jangan panggil anti, panggil je mama okey. Ingat, lagi sekali Rissa panggil mama anti, anti cabut gigi dia biar rongak." ujarnya bersertakan ketawa yang sangat indah. Sangat indah dan.... hangat? Ah ingin sekaliku melihat bunda ketawa macam ini denganku namun itu diibaratkan menggapai bulan di waktu pagi, tidak akan dapat. Selamanya.

Sesudahnya berborak dan memakan tengahari di rumah mama Tanaya, Chris mengajak ku untuk bersiar-siar di taman sekitar perumahan kami.

"Chris, Rissa nak tanya satu soalan ni." bicaraku memulakan perbualan. "Apa dia Sa?" jawabnya.

"Chris tak malu ke berkawan dengan Rissa ni? Yelah Sa ni kan pembawa malang, bunda dengan ayah pun benci dekat Sa. Chris suka ke kawan dengan Sa ni." soalku sambil memandang mukanya.

"Sa, Chris dah cakapkan Chris akan tetap jaga Sa walau apa pun terjadi.  Ingat Chris ni dah anggap Rissa segala-galanya, kalau kena korbankan nyawa, Chris sanggup Sa." ujarnya lirih sambil memandangku.

Aku terkadang terpikir betul ke dia ni 9 tahun? Kenapa dia nampak lebih.... matang? Apapun aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang sebaik dia. Aku taknak kehilangan dia, dia adalah segalanya buatku.

" Sa tidur sini ya, bunda dengan ayah dekat luar negarakan? Abang Fathan pun takdakan?" soal encik Xiever."Boleh ke papa? Tak menyusahkan mama dengan papa ke nanti?" ujarku. Aku sebenarnya takut menyusahkan orang lain.

"Boleh, mestilah boleh." jawab encik Xiever.

"Terima kasih papa."








Bersambung.....

DIFFERENT [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now