"Pa, mana mama dengan Sa?" soalnya yang sedang menarik kerusi di meja makan.
"Mama teman Rissa balik rumah dia kejap, lagipun takkanlah Sa nak pakai baju Chris pergi sekolah kan." ujar encik Xiever.
"Papa jangan risau nanti Chris akan jaga Rissa baik baik." ujarnya semangat.
"Yelah, dah makan nanti mama dengan Sa datang. Nanti lambat pulak nak pergi school.
SK MELORINE
"Rissa!" laungnya sambil melambai ke arahku. "Kenapa Chris?" soalku.
"Sa nak pergi mana ni?" Aku tergelak kecil sebelum menjawab pertanyaan dia. "Sa nak pergi kelas agamalah kenapa? Chris tak tengok jadual ke kan kita sama kelas." ujarnya sambil tertawa kecil.
"Oh Chris lupa." ujarnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kalau macam tu Chris pergi dulu tau, Sa jaga diri baik baik dahlah tak sama kelas pulak tu."ujarnya sambil berlari kerana sedar akan terlambatnya ia untuk ke kelas.
Ya, kami sekelas namun bukan untuk subjek agama. Ya, agama kami berbeza, aku Islam manakala dia pula Kristian.Namun keluarga dia sangat mengetahui berkenaan Islam. Mereka juga memakan makanan yang halal jadi aku tidak teragak jika mereka menjamuku untuk makan bersama mereka.
"Sa tengah buat apa tu?" soalnya sambil melihatku melukis sekuntum bunga ros di buku ku. Sekarang waktu rehat kebanyakan murid akan pergi ke kantin namun bukan bagi aku dan Chris. Kami akan menghabiskan masa bersama di taman belakang sekolah menikmati permandangan yang indah, dikelilingi taman bunga yang mekar.
"Nah" dia menghulurkan sekuntum bunga ros. "Chris main petik eh bunga dekat taman ni." marahku. Sesuka hati dia je nak petik bunga dekat sini, nasib takde orang yang tengok. Dia tersenyum melihatkan giginya yang tersusun rapi. Aku menghulurkan sebuah origami yang ku buat sendiri di kelas sebentar tadi. Origami berbentuk burung.
"Sa, nanti Sa main dengan Chris tau bila balik nanti, lagipun Chris nak tanya Rissa pasal homework yang cikgu bagi tadi. Chris tak berapa fahamlah."
"Maaf Chris, rasanya tak boleh kot sebab harini abang Fathan balik, Sa takut kalau Sa pergi nanti abang Fathan marah dengan pukul Sa." jelasku lirih.
"Kalau macamtu Rissa jaga diri baik baik okey, kalau Rissa kena pukul ke apa pergi je dekat rumah Chris okey, bagitau je mama dengan papa okey." jawabnya risau.
Haish Chris kalau kau bukan beza agama mesti aku suka dekat kau kan bila besar nanti. Gila, gila kau Rissa kau dengan dia takkan bersatu sampailah akhir hayat.
Bersambung......
YOU ARE READING
DIFFERENT [SLOW UPDATE]
RomanceKisah seorang gadis yang ingin bebas bersama jejaka idamannya namun terhalang oleh kenyataan yang pahit Typo dimana-mana Idea tak berapa matang 100% idea dari author Imaginasi tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia