Selesai Zuhur yang 5 minit tadi, aku terus ke khemah pertama ruang karnival hari ini. Sejadah, telekung aku tolak tepi. Biarkan bersepah. Mana tahu ada orang lain nak guna.
Khemah aku singgah itu adalah tempat singgah utama pengunjung. Tapi ramai hanya tragedi tahun lepas. Tahun ini kebanyakan manusia yang lalu lalang sepanjang karnival ini tidak singgah pun. Hanya menangkap gambar khemah yang unik bagi mereka dan mereka akan berlalu entah kemana. Macam bodoh. Macam celaka. Macam takde otak. Macam zombi.
Kira-kira 2 jam setengah aku berteriak memanggil pengunjung yang lalu lalang. Namun mereka hanya memandang aku sekilas, tangkap gambar khemah aku, dan pergi.
"Apa yang celaka sangat mereka ni? Tangkap gambar je? Mereka tak lapar ke?" Soal Isaac. Soalan yang tiada siapa mahu jawab. Asbabnya semua dah tahu. "Mungkin mereka tak suka perubahan kita," sambung Isaac lagi.
Ketua krew aku, Dave, dah mati bawah meja. Banyak tolong makankan makanan yang dijual. Ya. Ketua. Mati.
"Aku rasa kita tengah kena santau," Isaac merungut lagi. Sejujurnya aku tak kisah.
2 jam sebelum karnival itu bertukar menjadi konsert untuk malam ini, khemah aku dihadiri sekumpulan insan yang bebas dari kamera. Aku bersyukur tetapi Isaac kelihatan takut. Sesaat selepas itu, dia menghilangkan diri entah kemana entah aku taktahu. Mungkin sekumpulan insan ini ingin singgah dan memborong habis apa yang aku jual.
"Syukur. Akhirnya ! Abang, kakak ! Alang-alang dah jalan sampai sini, mestilah nak kena cuba apa yang saya jual, bukan?" Mereka semua langsung tak balas apa yang aku kata. Sebaliknya mereka hanya berhenti dan merenung aku atas bawah macam tak puas hati. Sehingga seorang profesor yang entah siapa entah ustaz ke entah aku taktahu tapi yang pasti dia seorang profesor yang menganjurkan karnival tersebut.
"Awak bertudung. Jadi saya assume awak ni Islam. Betul ?" Suara garaunya keluar menegur aku. Sesekali tangannya membetulkan songkok diatas kepala.
"Ya, betul. Kenapa ya? Adakah saya memakai tudung tidak berlandaskan syarak?"
"Awak taktahu ke apa yang awak buat ni salah? Awak sedar tak awak buat apa ni?" Suaranya makin meninggi sambil tangannya rancak terbalikkan bekas dulang makanan yang aku buat niaga. "Ini apa ini? Otak? Ini otak siapa yang awak ambil ni? Awak bunuh siapa? Ini," tangannya membuka bekas yang lagi satu dan menunjukkan ke arah aku.
"Ini daging babi. Yang awak letak dia macam aiskrim ni kenapa? Bukankah awak tahu yang babi itu haram dimakan?" Sambung ustaz ini lagi.
"Ustaz, maafkan saya jika saya menggelarkan tuan sebagai ustaz. Saya keliru dengan identiti tuan. Tapi saya hanya memberi makan kepada pengunjung yang lapar, yang memerlukan makanan buat mereka. Konsep saya masih sama, masih mengekalkan trend dalam pasu."
"Setakat mengekalkan konsep mengikut trend tapi kamu membekalkan otak dan daging babi buat pengunjung. Apa yang perkara perkara sebegini boleh bekalkan? Mana ketua kamu?" Ustaz ini terus menyelongkar khemah aku. Sehingga ke bawah meja, kelihatan Dave mati dibawah meja.
"Masya-Allah, adakah dia ni ketua awak? Adakah awak bunuh ketua awak?"
"Dia tidur mati ustaz. Dia kenyang makan makanan yang tak terjual," ustaz tadi kaku.
Matanya memandang tepat ke arah aku dengan penuh amarah. Aku hanya membalasnya dengan senyuman kerana mereka yang hadir ini semuanya pengunjung khemah aku. Senyuman adalah keutamaan dalam adab menyambut tetamu.
Perlahan aku mendekati ustaz tadi.
"Bukan sengaja saya menghidangkan perkara-perkara sebegini. Saya hidangkan otak sebab kebanyakan pengunjung hari ni seperti zombi. Kini makan pun tak pernah ambil tahu halal haram. Asalkan unik. Contohnya saya hidangkan daging babi dalam pasu. Mereka tak peduli. Yang mereka peduli hanya kejelikan otak yang saya jual. Bagi mereka otak yang menjijikkan itu yang tidak layak dimakan mereka tanpa mereka tahu yang daging babi itu tersembunyi diantara pemakanan mereka," ustaz itu masih kelu tidak berkata apa-apa.
"Ustaz tahu juga kan konsert yang bakal berlangsung malam ini dikira haram juga ? Ianya tergolong ke arah maksiat. Ustaz tahu bukan?"
"Diam," ustaz itu bersuara. "Awak masih bersalah sebab awak dah bunuh orang."
"Itu otak lembu. Hanya prop dalam permainan saya. Daging babi ini pun, sikit pun saya tak pegang. Kawan saya yang non-muslim yang sediakan daging itu. Ketua? Saya ketua. Dave itu cuma patung," ustaz itu memandang aku sekilas dan terus beredar diikuti konco-konconya yang lain. Mereka berlalu. Seperti tiada apa yang telah berlaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerpen (?)
ContoKisah rekaan semata. Tiada niat menghina, mengherdik dan yang sewaktu dengannya. Amaran: bahasa yang digunakan sedikit kasar.