1

14 3 0
                                    

Pada suatu hari yang indah, Imran pergi mengacau Arianna dengan mengshaming dia. Afham melihat mereka dari jauh, dia mengetahui bahawa dirinya tidak cukup bermakna bagi Imran, tetapi dia enggan mengalah mencuri hatinya.

Pemikiran Afham berhenti seketika bila terdengar tumbukkan yang amat dasyat dari Arianna pergi ke muka cintanya, Imran.

Pada haritu, Imran hilang dua batang giginya di depan.

Keesokkan harinya, Afham merasa bersemangat untuk bercakap dengan Imran. Malam sebelumnya, dia sudah berfikiran panjang bahawa dia perlu membuat gerakkan pertama.

Ketika berjalan ke meja Imran, dia ternampak Anis, makwe Imran atau baginya, musuhnya yang paling dasyat.

Anis dan Imran sedang bergedik bersama, bersuka bersama. Afham tidak dapat merasa sedikit ketinggalan. Oh betapa dia inginkan Imran. Caranya bercakap seperti tahi keluar dari mulutnya, cara dia tunjuk middle finger kepada orang tanpa sebab, cara dahinya bersinar setiap kali ada cahaya matahari. Semakin lama, dia tidak dapat menahan rasa kasihnya terhadap Imran.

Tapi dia sudah tahu dia berpunya, setiap ketawa, senyuman dan air liur yang keluar dari Imran semuanya hasil bercakap dengan Anis. Mungkin kah dia perlu berundur? Hatinya enggan berputus asa kerana Anis memang diutus sebagai playgirl kelas tetapi otaknya pula berkata ia lebih baik jika dia meninggalkan sahaja Imran dan Anis berduaan.

Kekasihku Jejaka Padang BolaWhere stories live. Discover now