•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•
Sophia termenung memandang langit yang gelap tapi bersinar dengan kusyuk. Baginya langit sangat indah lagi lagi pada waktu malam.
"Pia, termenung lagi? " tegur abang sulungnya, Isaziqri Syahriq.
"Eh along! Terkejut Pia. " Sophia mengurut dadanya perlahan.
Syahriq tersenyum lucu. Dia perlahan mendekati adik keduanya.
"Pia rindu umi ye? " tanya Syahriq lembut.
Sophia tersenyum nipis. Dia menunduk, memang setiap kali dia rindukan uminya dia akan termenung dan tanpa sedar air matanya turun sendiri.
"Eh? Kenapa nangis ni? " tanya Syahriq kalut. Dia menyapu air mata Sophia dengan lembut.
"Pia rindu umi...." Tersedu-sedan dia menangis.
"Shh-shh! Takyoh tiyok lah, nanti umi masuk mimpi Pia katok Pia key! Nok? " gurau Syahriq dengan menggunakan loghat negeri kelahiran uminya.
Sophia tergelak kecil, ada je perbualan abang nya yang akan menghiburkan hatinya.
"Bakpo duk tiyok pulok budok ni? Mu wak ko long? " sergah abang kedua Sophia, Isafizri Syaqid.
"Eh kawe pulok! Mano kawe tahu! Doh dio hok nok triyok! Jange nuduh kotse lah. Kawe gunting boxer pink demo. " ugut Syahriq.
"Eh! Boxer pink jange nok dibuat main! Tok tido male kawe meta agi. " Syaqid menjeling abangnya.
"Eh?! Korang bual apa ni? Nak join jugak! " sampuk si bongsu, Isahizri Syafik.
"Menyemak!" Syaqid menolak kepala Syafik hingga terteleng dibuatnya.
"Ish apa ni ngah!" Syafik menjeling Syaqid, abang nya yang seorang ni asyik dengki je dengan dia.
"Dasar budak underage! Nate beruk!" Carut Syaqid selamba.
"Aqid! Language! " tegas Syahriq, dia amat pantang kalau adik-adiknya mencarut.
"Ops! Sorry long! " Syaqid tersengih selamba.
"Na-nate beruk? Apa tu long? " tanya Syafik blur.
"Lain kali berlajar loghat umi! Kang dah bo-eh kurang bijak! " terus dia menukar bahasa kasarnya bila Syahriq sudah memberi pandangan tajam.
"Akak! Ajarlah adik bahasa kelantan kak! Tak bestlah bila akak berbual dengan diorang tapi adik tak faham. Boleh lah akak please! " Syafik menggoyangkan tangan Sophia berulang kali.
"YouTube, Instagram, Twitter, Tiktok ada. Zaman dah moden, adik belajar guna tu jelah. Akak sibuk! " selamba Sophia.
"Ish akak! " Syafik memuncung.
"Dah dah! Para jejaka sekalian sila keluar dari bilik beta, beta nak berendam ni. Shush! Shush! " halau Sophia selamba siap dengan gayanya lagi.
"Nak berendam? Kau kerbau ke Pia? " tanya Syaqid dengan muka innocentnya.
"ISAFIZRI SYAQID! KELUAR!! " jerit Sophia yang dah mula hilang sabar.
Syahriq terus menarik rambut Syaqid dengan kasar, takut ada yang sarapan dengan pipi merah kejap lagi.
"Ye ye! Orang keluar la ni! Aduh-duh! Lepaslah long! Sakit lah! " Syaqid meronta-ronta.
Sophia tersenyum puas. Keluar pun lembu ni.
•𝓜𝓻𝓼 𝓩𝓪𝔂𝔂𝓪𝓭 𝓐𝓺𝓻𝓲𝔃•
To be Continued
YOU ARE READING
Cinta Yang Tertakdir ║C
Short Story『••𝕮𝖎𝖓𝖙𝖆 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘••』 Simple and short story by @lazysya Also known as "Bella's Future Husband" ZAYYAD AQRIZ ISABELLA SOPHIA ━━━━━━ Bermula dengan kehidupan gadis yang dikongkong penuh oleh keluarganya. Sentiasa taat kepada agama dan sangat...