Kami berkumpul tepat jam 12 tengah malam. Kami berkumpul di Stesen Minyak Caltex berhampiran rumah berhantu, jarak dalam 7 selang rumah.
Sebelum gerak ke lokasi, kami check kamera, alhamdulillah berfungsi dengan baik. Kami telah menetapkan jika di lokasi ada sebarang benda terjadi berlaku.. Angkat tangan tanpa berkata apa2. Setiap sorang perlu ada teman berpasangan.. untuk memastikan keselamatan dijaga antara satu sama lain..
Selesai Breifing.. Semua bergerak dalam kumpulan berjalan kaki ke lokasi. Jarak dalam 300m rasanya dari Shell ke Rumah tersebut. Kami berjalan dalam barisan.. Hadapan sekali Katak dan kedua aku dan selebihnya 6 org.. Cuaca baik malam ni.. Bulan penuh bulat.
Suasana ke sana dalam keadaan tenang dan sunyi. Semua berjalan pelahan.. tetapi ketika itu katak berjalan laju tanpa melihat belakang..
Berani betul dia.. berjalan sampai semua orang jauh kebelakang.. tak pusing belakang langsung bila dipanggil. Berani dia lain macam bila tengok Katak ni..
Sebelum sampai ke Rumah hantu, kami lalu disebuah rumah, Rumah tersebut mempunyai banyak anjing. Anjing jenis ganas.. Dalam 4 ekor anjing menyalak kuat. dari awal anjing tu dah menyalak. apa yang anjing tu nampak..
Yalakan anjing tu agak lain macam bunyinya.. menyalak kuat tanpa henti.. macam ada sesuatu di depan anjing tue. Nasib baik rumah tu berpagar tutup rapat.
kami menuju ke rumah tersebut.. kami akan melalui depan rumah anjing tersebut.
Katak berjalan dengan langkah yang luas.. dia berjalan tanpa kata apa-apa.
Saat kami memerhatikan katak, dan katak berhenti betul-betul di depan rumah anjing itu..Nyalakkan anjing semakin kuat.. tanpa henti.. Ketika katak berhenti jalan di depan rumah anjing itu.. dan Katak hulurkan tangan kanan dia ke arah anjing.. Terus anjing itu berhenti menyalak.. dan lari masuk ke dalam.
Kami perhatikan dan keadaan tersebut amat pelik. Tiba tiba sahaja anjing berhenti menyalak. dan dalam lari ketakutan..
Pelik betulkan..
Katak punya berani lain macam..
Langkah jalannya panjang dan laju..
Apa akan berlaku seterusnya?
Bersambung...
YOU ARE READING
Pertama kali jadi Seeker
ParanormalMengisahkan pengalaman pertama diri ku bersama rakan2 terjah masuk rumah kosong menjadi seeker merungkai disebalik kisah hantu yang tersebar luas di kawasan taman perumahan di Klang