AWAL pagi lagi Aira dah turun ke dapur untuk buat sarapan. Suaminya masih lagi lena. Sama juga seperti anak daranya yang seorang itu. Kalau tidak dikejutkan, memang tak akan bangun awal dari tidur.
Malam tadi tepat jam 1 pagi, baru lah Aira tiba di rumah. Buka saja pintu, nampak kelibat Harriz yang masih segar di ruang tamu menunggu dirinya pulang dari kerja.
Sedang Aira bertungkus-lumus di dapur, tiba-tiba dia terasa ada seseorang memeluknya dari belakang. Siapa lagi kalau bukan encik suaminya itu.
"Good morning, sayangku Aira..."
Aira tersenyum. "Good morning, abang. Awal abang bangun hari ni?"
"Sayang tak ada sebelah abang, sebab itu abang terbangun awal pagi ni." Gurauan Harriz membuatkan isterinya mencebik.
Ayat beli jiwa!
"Sayang masak apa tu?" Harriz berlalu ke meja makan.
"Aira buat nasi goreng aje pagi ni. Okay kan? Atau abang nak breakfast makanan lain? Aira boleh buatkan."
"Tak perlu lah. Abang makan je apa yang isteri abang ni masak..."
Sekali lagi wanita itu mencebik. "Mengada!"
"Abang tak mandi lagi kan? Pergi mandi dulu, lepas itu kita breakfast sama-sama."
"Ala, awal lagi lah kalau nak mandi pun." Mula dah lelaki ini merengek!
"Awal apanya abang? Tengok jam tu dah pukul tujuh suku dah tau. Pergi lah naik mandi. Lepas itu tolong kejutkan Ameena sekali ya?" Tangan Aira naik mengusap pipi suaminya.
Harriz mengangguk. Mengalah. "Nak abang mandikan Ameena sekali tak?"
"Boleh juga. Tapi, jangan lama-lama sangat mandi tu. Sejuk pula makanan ni nanti." Pesan Aira sambil menjeling tajam suaminya yang sudah tersengih-sengih itu.
Faham sangat perangai dua beranak ini. Mandi bukan main lama. Sibuk penuhkan bathtub dengan air sabun. Si bapanya lah yang mengajar!
"Baik, sayangku..." Meleret suara Harriz membalas sebelum dia belalu naik untuk ke bilik anaknya.
Pintu dibuka dan terus kaki Harriz melangkah ke tingkap. Kain langsir diselak dan terus ruangan bilik yang tadi kelam kembali menemui cahaya pagi. Harriz tersenyum. Dia berlalu ke katil anaknya.
"Ameena... Bangun sayang. Dah pagi dah ni..." Lembut suara itu menyapa gegendang telinga anak perempuannya.
"Bangun Ameena..."
Anak kecil itu menggeliat apabila terasa usapan tangan bapanya di kepala.
"Daddy..." Rengek Ameena. Tidurnya dikacau!
"Bangun lah sayang daddy. Mommy dah tunggu dekat bawah tu..." Si anak hanya menggumam malas.
"Jom. Daddy mandikan pagi ni nak? Kita main buih sabun sekali. Nak tak?" Sengaja Harriz memancing semangat anaknya.
Mata anak kecil itu terus terbuka luas. Bibirnya tersenyum lebar.
"Nak!! Ameena nak main buih sabun!"
"Okay jom. Tapi tak boleh lama sangat tau? Kesian mommy tunggu dekat bawah tu..."
"Okay, daddy!!"
Aira yang masih sibuk di dapur itu hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum. Apalah yang diumpan Harriz sampai anaknya menjerit suka pagi-pagi ini.
Hampir 20 minit, baru lah muncul Harriz dan Ameena di dapur. Masing-masing dah bersiap. Pandai pula Harriz menyiapkan anak daranya itu.
"Good morning, mommy!" Sapa Ameena ceria.
YOU ARE READING
RINDU YANG TERLARANG (EBOOK)
RomanceRINDU YANG TERLARANG | Harriz x Aira Ebook terbitan, February 2023 Spin-Off Mrs. Aathif Naufal Untuk info, sila ke Instagram qkeiyathefirst Untuk pembelian, tekan link dekat bio.