Bab 1

601 22 0
                                    

"TAHNIAH, Harriz. I harap usaha you tak sia-sia lah kali ini. Semoga apa yang you buat ni, berjalan dengan lancar."

Harriz tersenyum. "Thank you, Medina. Thank you sebab you sudi bekerjasama dengan i untuk projek kali ini."

"Tak ada masalah. I pun nampak projek kita kali ni akan dapat sambutan dari pelabur yang lain. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja."

Aathif yang berada di sebelah isterinya hanya mendengar. Malas mahu masuk campur urusan isterinya bersama Harriz.

"Makin sibuk lah you lepas ini," usik Medina pula.

Lelaki itu tergelak kecil. "Itu lah. Harap isteri dengan anak i faham lah kerja i lepas ini."

"InsyaAllah, Aira akan faham. Tapi ingat, sesibuk mana pun you, jangan abaikan family okay?"

"Jangan risau. Tak mungkin i akan abaikan mereka."

Medina mengangguk. "Okay lah. Kalau macam itu, i dengan Aathif balik dulu lah ya? Kalau ada apa-apa lepas ni, inform i."

"Baiklah." Harriz bangun dan bersalaman dengan Aathif yang hanya diam dari tadi.

"Thanks, Aathif sebab sudi temankan Medina jumpa aku hari ini."

Lelaki itu tersenyum nipis. "No problem. Tak kan aku nak biarkan Medina datang jumpa kau seorang diri kan? Mesti lah aku kena teman..."

Harriz menahan senyum mendengar balasan dari lelaki itu.

Sah! Aathif masih lagi menyimpan rasa cemburu pada dirinya. Biar pun hal yang lepas sudah 4 tahun berlalu, ingatan lelaki itu masih dihantui oleh kejadian lampau.

Bagi Harriz, kenangan masa lalu yang menjadikan dia seorang lelaki yang lebih berguna sekarang. Tanpa bimbingan diri dan Aira, rasanya Harriz akan terus dibelenggu dengan gaya kehidupannya yang dahulu. Sosial.

****

"Doktor Aira!"

Aira berpaling apabila mendengar namanya diseru. "Ya? Kenapa nurse? Ada kecemasan ke?"

Nurse yang bernama Hafizah itu menggeleng sambil tersenyum. "Tak. Saya cuma nak beritahu tentang fail pesakit yang doktor minta tadi tu. fail tu saya dah letakkan atas meja doktor ya."

Aira tersenyum. "Terima kasih. Nanti lepas lunch saya semak fail tu. Awak tak keluar lunch ke?"

"Saya tunggu suami saya datang kejap lagi. Nak lunch sama-sama." Tutur nurse Hafizah sambil tersengih.

"Wah, dating dengan cik suami ya?" Gurau Aira.

"Kebetulan suami saya ada kerja berhampiran hospital ni. Itu yang dia datang singgah. Doktor tak keluar lunch dengan suami ke?"

Aira menggeleng. "Suami saya sibuk sikit hari ini. Jadi, saya memang makan dekat kafe hospital ini ajelah."

Nurse Hafizah mengangguk. "Okay lah kalau macam tu. Saya minta diri dulu ya?"

Aira hanya memerhati dengan senyuman. Baru sahaja dia mahu melangkah untuk ke kafe, telefon pintarnya berdering nyaring. Melihat nama yang tertera di skrin telefon, senyuman Aira terus mekar.

"Assalamualaikum, abang..."

Tersenyum Harriz mendengar suami lunak isterinya. "Waalaikumusalam. Sayang buat apa tu?"

"Aira baru nak pergi kafe ni. Nak makan tengah hari. Abang dah makan ke?" Aira menyambung langkahnya untuk ke kafe.

"Belum. Sekejap lagi abang keluar makan. Baru lepas habis meeting tadi."

"Abang balik lewat tak hari ni?" Tanya Aira.

"Tak. Abang balik macam biasa. Kenapa? Nak minta abang ambilkan Ameena dekat nurseri ke?"

"Ya nak minta tolong abang ambilkan Ameena. Tapi bukan dekat nurseri. Ameena ada dengan ibu. Ibu ambil dia tadi. Katanya dah lama tak jumpa cucunya..."

Harriz tergelak. Haih, ibunya itu memang selalu over! Baru dua hari tak jumpa, tapi dibuatnya macam dah sebulan terpisah dengan anak daranya itu.

"Okay. Sayang jangan risau. Nanti abang ambil anak kita tu. Sayang balik lewat ke malam ni?"

Aira mengangguk. Walaupun dia tahu, Harriz tidak dapat melihat anggukannya itu. "Lewat sikit. Tapi rasanya sebelum jam 12 malam."

"Alright, sayang. Nanti apa-apa, beritahu abang ya? Pergi lah makan dulu. Kita jumpa dekat rumah malam nanti..."

"Baik, abang. Jaga diri tau! Assalamualaikum..."

Seusai mendengar salamnya dibalas, Aira terus menyimpan telefon pintarnya itu dan terus melangkah untuk mencari makanan untuk makan tengah harinya.



[ NOT EDITED ]

Untuk pembelian, sila tekan link di bio.

RINDU YANG TERLARANG (EBOOK)Where stories live. Discover now