Bab 8

904 52 7
                                    

FRANCE

CLUB malam yang dipenuhi dengan manusia itu dilihat dengan senyuman puas. Tatto yang berbentuk ular di lengan kekar nya melambangkan DIA adalah seorang penerus ketua mafia dari kumpulan WHITE SNAKE yang berada di ranking ketiga dalam dunia mafia. Jejaka tersebut adalah ADAM LEONARD anak kepada WILLIAM LEONARD.

William Leonard yang berusia 53tahun itu sebenar nya adalah ayah kandung kepada Quin Farah dan Quin Melissa. Namun mereka berdua tidak pernah mengecam wajah bapa nya itu. William Leonard mengikuti perempuan simpanan nya dan meninggalkan ibu mereka begitu sahaja selepas mereka selamat dilahirkan. Sempat william melafazkan cerai talak 3 ke atas isterinya. Kejam bukan?

Perempuan simpanan ayah mereka itu adalah Puan Wiliona ivy iaitu ibu kepada Adam Leonard yang berusia 24tahun dan isteri yang sah kepada William Leonard. Mereka telah berkhawin selepas sahaja william menjatuhkan talak dan meninggalkan bekas isteri pertama nya iaitu Puan Quin Hannah.

Kumpulan WHITE SNAKE mafia ini adalah kepunyaan Puan Wiliona Ivy yang turun menurun dari keturunan keluarga nya. Namun dia telah memberikan hak sepenuhnya kepada suami nya iaitu William Leonard untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan kumpulan mafia ini.  Disebabkan itu jugalah William Leonard lebih memilih untuk bersama dengan Wiliona ivy berbanding Quin Hannah. Semua nya kerana darjat dan harta.

"comment ton fils d'affaires?" ( How your bussines son? ) Tanya william kepada anak tunggal nya.

"Everything good daddy." Jawab anak tunggal nya itu kepada william.

"Daddy? Bila kita nak start serang. Lama dah kita mendiamkan diri ni. Beberapa kilang pembuatan bahan dadah kita dah hancur. Banyak kerugian yang kita tanggung." Kata Adam Leonard kepada ayahnya.

William dan Adam Leonard telah lama membuka bussines haram mereka iaitu bussines dadah, bussines club malam, bussines bapa ayam dan bussines seludup senjata api berbahaya.

Dan mereka juga musuh utama kepada Kumpulan Black Dragon Mafia yang dipegang oleh Tengku Chris De'Louise sekarang. White Snake tak pernah serik nak membuat masalah dengan BDM dari dulu lagi hanya untuk mendapatkan title king of mafia yang dipegang oleh kumpulan tersebut.

Kumpulan yang berada di ranking pertama dan paling digeruni oleh semua kumpulan mafia yang lain. Tiada seorang pun kumpulan mafia yang berani mencari masalah dengan kumpulan ini, kecuali beberapa puak yang tamak inginkan tittle tersebut. Dan salah satu nya adalah kumpulan White Snake yang dipegang oleh Adam Leonard.

"Not now dam. Kau lupa ke kita hampir kalah dulu masa berperang dengan BDM. Kita mesti susun strategi yang betul-betul kalau nak hapuskan kumpulan tu." Kata william kepada anak lelakinya.

"je ne peux pas l'attendre." ( I can't wait for it ) kata Adam sinis. Lalu kedua beranak itu pun ketawa besar diikuti anak buah nya yang lain. Tak sabar nak menunggu kemusnahan sebuah kumpulan mafia yang terkenal itu di tangan mereka.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang mendengar segala percakapan mereka tadi dengan senyuman sinis nya.
___________________________________________

PAGI ini Chris, Carlos, Carl, Feroz, Firaz dan Luth membuat sedikit regangan dan push up di dalam bilik gym di tingkat bawah rumah. Mansion De'Louise ini mempunyai bilik gym tersendiri untuk memudahkan anak-anak teruna mereka melakukan senaman dan meningkatkan stamina badan di masa lapang.

Mereka semua hanya menggunakan baju jersi tanpa lengan dan sweatpants berwarna hitam. Selesai membuat sedikit regangan dan push up 50 kali, mereka membuat aktiviti masing masing.

Luth dan Chris sedang menumbuk punching bag yang ada di dalam bilik gym itu. Manakala Carlos dan Carl sedang berlawanan sesama sendiri di atas gelanggang yang disediakan tanpa menggunakan baju dan menampakkan abs milik mereka. Feroz dan Firaz pula mengangkat barbell.

His Fiore : Quin Melissa [ HIATUS ]Where stories live. Discover now