B A B 1

5K 215 9
                                    






Pang!


SATU tamparan padu hinggap di pipi mulus Iqra sehingga gadis itu jatuh terduduk. Sempat Iqra memegang perutnya yang sedikit membulat itu. Setitis air matanya jatuh. Sakit...

"Aku suruh kau pergi belajar tinggi-tinggi biar boleh banggakan keluarga. Bukannya pergi menyundal, bawak balik anak haram!"

Pang!

"Abang!"

"Papa!"

Dato' Firdaus menerpis garang. Amarahnya berada di tahap paling maksima. Melihat anak sulung perempuannya itu seperti seekor semut yang kecil di matanya.

"Jangan siapa halang aku, biar aku ajar budak ni cukup-cukup!" Seperti dirasuk, Dato' Firdaus mengerjakan anaknya.

"Buka salah Iqra papa! Demi Allah, bukan salah Iqra!" Rayu Iqra Maysa mempertahankan dirinya.

"Tak payah main nama tuhan kalau kau sendiri tak kenal dosa pahala!"

"Abang! Anak tu! Ya Allah, Ahnaf tolong tarik kakak" jerit Datin Marlia yang cemas melihat anak sendiri dikerjakan teruk oleh si bapa.

"Papa sudah! Ingat Allah! Kakak..." Ahnaf Mirza memeluk erat tubuh si kakak yang sudah tak nampak seperti kakaknya lagi. Tepi bibir Iqra luka, hujung alis mata juga luka.

"Bukan salah Iqra papa, tolonglah percaya. Iqra tak buat, Iqra tak sedar masa tu. Anak Iqra tak bersalah" Iqra Maysa memandang perutnya sambil merintih sayu.

"Itu anak haram" senada Dato' Firdaus berkata.

"Tak! Ini anak Iqra, baby tak salah. Ini cucu papa" ujar Iqra tanpa berfikir panjang.

Dato' Firdaus mara ke hadapan dengan wajah yang bengis dan dada yang berombak. Iqra terus pejam mata rapat dan menutup telinganya.

"Kau cakap apa?!"

"Ta-tak! Tak! Iqra tak buat, bukan salah Iqra..." ayat tersebut sudah seperti zikir yang sering meniti di bibir pucatnya yang sudah merekah. Bahkan sudah pecah.

"Mulai hari ini, kau bukan lagi anak aku! Aku tak ada anak memalukan keluarga dan keturunan macam kau. Anak kandung aku cuma Ahnaf Mirza bin Firdaus. Berambus kau pergi!" Jerkah Dato' Firdaus.

Kalut Iqra merangkak mendapatkan kaki papanya dan memeluk lutut Dato' Firdaus malah tubuhnya ditolak menjauh tanpa belas.

"Jangan buat Iqra macam ni pa, Iqra tak tahu nak pergi mana. Papa tolong pa..." raung Iqra.

"Ilah! Kau kemas baju budak ni bawak turun. Segala apa yang ada dalam bilik dia semua kau kemas bawak keluar. Kalau dia taknak, kau humban dalam tong sampah depan tu" arah Dato' Firdaus.

"Abang, anak Lia abang..." pujuk Datin Marlia. Dia tak sanggup melihat puterinya dikerjakan teruk sebegitu rupa.

"Kakak..." Ahnaf mengelap air matanya.

"Siapa rasa nak ikut budak tak guna ni dipersilakan. Aku tak halang. Tapi jangan balik-balik lagi ke rumah ni. Aku nak, bila aku turun budak ni dah tak ada dalam rumah aku. Kalau tak, siap. Mati aku kerjakan!" Sejurus itu, Dato' Firdaus terus naik ke atas.

"Mama...." Panggil Iqra sedih dan menyayat hati.

"Ya sayang, mama minta maaf. Mama sayang Iqra. Kejap—" Datin Marlia tersedu-sedan menangis itu membuka kesemua barang kemas yang dipakainya.

"Ambik ni sayang, jangan pergi jauh-jauh. Mama percayakan Iqra tapi mama tak boleh ingkar, papa tu suami mama. Hiduplah dengan iringan doa mama ya sayang. Iqra kena kuat tau—" tak mampu berkata apa lagi, Datin Marlia mengongoi di bahu Iqra.

Hati ibu mana yang tak terluka melihat nasib anak begitu rupa. Iqra Maysa menggeleng takut. Dia taknak pergi.

"Ahnaf, mama..." Iqra melaung sakan.

"Mak Ilah! Panggil mama dengan adik Iqra turun balik! Iqra taknak pergi!" Jerit Iqra.

Mak Ilah menangis senyap. Dia kasihan melihat nasib yang menimpa Iqra Maysa. Dia tahu anak gadis itu teraniaya. Tapi apakan daya, dia cumalah orang gaji di rumah agam ni.












IQRA MAYSA berjalan sendirian bersama beg pakaiannya melalui lorong sunyi yang menghubung ke kampung. Dia sendiri tidak tahu sejauh manakah dia sudah berjalan. Tiba-tiba, ari-arinya terasa senak yang teramat sangat.

"Auwhh...aduh!" Iqra mengaduh sakit.

Sakitnya bukan biasa-biasa. Terasa segala isi perut sedang disiat-siat tanpa sebarang ubat bius.

"Anak mama...." Ringis Iqra perlahan.

Sejak tadi, langsung tiada pergerakan di perutnya. Iqra rasa celah seluar yang dipakai mulai basah. Terduduk dia menahan rasa sakit yang teramat sangat.

"Ya Allah.....To..long" rintih Iqra tak berdaya lagi mahu melawan rasa sakit yang dialami.

Takut dan sakit menyerang pada masa yang sama. Dia takut sesuatu terjadi pada kandungannya. Bahkan dia langsung tidak tahu bagaimana mahu menguruskan diri sendiri yang sedang menagndung kini. Iqra hanya belajar melalui internet sahaja.

"Sakit...anak mama...mama tak—kuat" Iqra meringkuk dalam keadaan berlumuran dengan darah di bahagian kaki. Sakitnya tak terperi.

"Ya Allah..."

"Tolong—"

Strettt!!!













Bum!












TBC.
24022023

Tawaran Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now