B A B 5

2.3K 158 3
                                    








HEIDI duduk bersendiri di atas pangkin yang dipayungi pohon mangga sambil menghadap suasana kampung yang agak mendamaikan jiwa. Tiba-tiba, tempat kosong disebelahnya itu diambil seseorang pula.

"Hey, pergi masuk dalam berehat" halau Nuffaiq yang menoleh sekilas memandang Iqra.

"Awak tu, tak reti penat ke? Ke sana, ke mari lepastu tak duduk diam seminit pun. Ada saja kerja yang awak buat" balas Iqra pula.

"I kasihan tengok ayah I buat kerja berat macam tu. Why not, I tolong. Lagipun, ayah dah banyak tolong I sebelum ni"

"Heidi" panggil Iqra.

Nuffaiq menoleh memandang Iqra dari ekor matanya sahaja.

"Apa yang membuatkan awak pilih jalan ni? I mean, Islam, from Caspian Heidi now you've changed. Heidi Nuffaiq. Mind to share with me about your journey?" Iqra tertarik mendengar cerita dari emak angkat Nuffaiq yakni Puan Asra.

"Aaa boring kalau I cerita dekat you" jawab Nuffaiq.

Iqra mencebik geram.

"Maybe Allah sayang I dan I rasa tiba masanya untuk I berubah. My life before this was very erm terrible. Really bad I mean, clubbing, drunk, changing women like changing clothes you know—" Nuffaiq tertunduk malu saat menceritakan kejahilannya suatu ketika dahulu.

"It's okay, at least Heidi Nuffaiq is getting better than before. So proud of you mister!" puji Iqra Maysa bangga melihat penghijrahan lelaki yang sudah banyak menghulurkan pertolongan buatnya itu.

"Thankyou Iqra Maysa,"

"Saya suka nama awak, unik" Iqra senyum dan Nuffaiq pun ikut senyum sama. Malulah tu kena puji.

"Seminggu juga I pilih nama tu" cerita Nuffaiq terangguk kecil.

"Oh wow!" Iqra semakin tertarik.

"I plan taknak letak Heidi tu lagi dah sebenarnya. I mean, I wanna change everything. I suka nama Anas mulanya sebab ayah banyak cerita hadis daripada Anas bin Malik" Iqra angguk faham.

"Kenapa awak tak tukar je? Tapi tak apa, saya suka Heidi tu. Selalunya perempuan yang namanya Heidi, rupanya lelaki pun ada" Nuffaiq menjegil memandang Iqra.

"Nasib baik tak jadi tukar, sebab ada orang tu suka" Nuffaiq mengangguk kelegaan.

"Siapa? Saya ke?" Tanya Iqra menunjuk dirinya sendiri.

"Selain mak dengan ayah, you je yang tahu sekarang I dah jadi Heidi Nuffaiq. Orang lain tak tahu" jawab Nuffaiq.

"Wah, special betul saya" Iqra meletakkan tangan di dadanya konon terharu.

"Of course!" Seraya itu, Iqra tersengih malu.

"Iqra Maysa," Panggil Nuffaiq pula. Iqra panggung kepala memandang tampang raut wajah kacak itu.

"Kalau tak keberatan, ceritalah macam mana you boleh berada dalam keadaan unconscious malam tu. Apa yang dah jadi pada you?" Tanya Nuffaiq berhati-hati.

Iqra memandang jauh ke arah bukit bukau yang cantik seperti di dalam lukisan itu.

"Papa saya kecewa dengan saya. Ya lah, kalau tiba-tiba anak yang dia harapkan boleh bawa pulang kejayaan tiba-tiba pulang dengan kandungan anak luar nikah. Sumpah demi Allah, I tak berzina Heidi. I tak tahu jantan mana yang jijik sanggup aniaya I macamtu sekali. I tak tahu, mungkin ada silap I yang buatkan dia berdendam dengan I masa tu. I sedar-sedar, semua dah terjadi" cerita Lara dengan suara yang sudah berlapis.

Nuffaiq hanya diam menadah telinga.

"Jadi lepas saya kena bantai teruk dengan my dad, saya pun terpaksa keluar dari rumah tu dan saya hanya berjalan dan berjalan sampai perut saya mengejang. Sakitnya waktu tu Allah saja yang tahu. Itu je lah cerita saya, sangat-sangat bosan dan menyedihkan" Iqra Maysa ketawa mengejek diri sendiri sambik mengelas air matanya.

"So kesimpulannya, hidup sebagai anak buangan itu menyakitkan" Iqra senyum nipis tanpa memandang langsung ke arah Nuffaiq. Tapi dia tahu yang lelaki itu sedang merenungnya.

"I dah pernah rasa sakit tu Iqra, I anak buangan kemudian dikutip dan dibuang semula pada akhirnya. I bernasib baik sikit, arwah nenek I ada wasiatkan harta dan legasi perniagaan dia pada I. Kalau tak, mungkin kisah kita tak ada beza sangat. Bahkan, I punya storyline lagi menyedihkan" Nuffaiq senyum.

"Alhamdulillah, tapi...nenek awak islam?" Tanya Iqra.

"Yup, sebelum dia sakit teruk dia sempat convert. I bersyukur juga kerana Allah matikan orang yang I sayang dalam keadaan yang baik" kata Nuffaiq.

"Cara awak cakap macam awak tak bersyukur. Habistu, keluarga kandung awak? Tak sayang?" Nuffaiq menggeleng perlahan.

"Mana boleh macamtu Heidi..."

"Bukan tak bersyukur, tapi kalau mereka sayangkan I, I takkan berada di mana I berada sekarang. I tahu, selama ni mereka berusaha jauhkan saya dari hidup sekali dalam keluarga tu. Dari kecil I tak rasa kasih sayang seorang ibu dan seorang bapa. I dah biasa dah. Tapi dengan ayah dan mak, I dah rasa hidup I ni lain. I tak sunyi, I rasa I ni seorang anak. Dan even my mom and dad, mereka tak pernah tanya pun pasal I, keadaan I. Mungkin dengan cara I bawa diri macam ni, mereka lebih suka" Usai itu, Nuffaiq angkat bahu pasrah.

Iqra tergamam. Dia tak boleh nak gambarkan situasinya sekarang. Jauh di dalam sudut hati Nuffaiq, pstinya lelaki itu sedang terluka.

"Terima kasih Heidi, dah banyak tolong saya" Iqra menukar topik lain pula.

"No problem. Lagipun, nanti I akan busy semula dengan kerja. You boleh temankan mak dengan ayah di rumah. Kesian mereka nanti sunyi"

Encik Johar dan Puan Asra pun hidup berdua saja sebelum ini. Bukan rezeki mereka untuk melewati hari tua bersama anak. Hadirnya Heidi Nuffaiq dan Iqra Maysa yang menumpang kasih pada mereka, terisi juga hidup pasangan tua itu.




















TBC.
25022023

Tawaran Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now