B A B 9

2K 149 1
                                    








HEIDI NUFFAIQ menoleh sekilas ke arah belakang mengintai keadaan bakal isterinya. Senyuman nipisnya dihadiahkan buat Iqra sehingga gadis itu segan.

"Amboi dah dua tiga kali duk toleh belakang tu, boleh lah kita mulakan ya?" Seloroh tok kadi mengusik Nuffaiq sehingga giliran lelaki itu pula termalu sendiri.

"Inshaallah boleh" jawab Nuffaiq yakin.

Bahu Nuffaiq ditepuk oleh Dato' Firdaus. Dia yakin pemuda itu boleh dengan sekali lafaz punya.

"Heidi Nuffaiq Abdul Fatah,"

"....Aku terima nikahnya Iqra Maysa Binti Mohd Firdaus dengan mas kahwinnya RM2700 tunai..."

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah, syukur" semua menadah tangan bagi mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi. Demi Allah, dada Nuffaiq terasa lapang selapangnya selepas sudah sah menjadi suami Iqra Maysa dengan hanya sekali lafaz.

"Tahniah Faiq, papa serahkan tanggungjawab papa pada Faiq pula ya. Jaga Iqra sebaiknya. Jangan lukakan hati satu-satunya puteri papa. Kalau Faiq tak mampu lagi nak bimbing dia, pulangkan Iqra pada papa. Jangan jadikan Iqra barang mainan" titip Dato' Firdaus sebak dan sayu.

"Baik papa, inshaallah Faiq akan sempurnakan tanggungjawab Faiq sebaiknya" Terus Nuffaiq memeluk Dato' Firdaus erat.

Melepaskan satu-satunya anak perempuan yang dia ada itu berat. Dari kecil, papa lah hero pertama yang Iqra Maysa ada. Inilah prosesnya bila semakin meningkat usia. Anak-anak pun sudah ada pilihan hidup mereka sendiri.

Semoga Heidi Nuffaiq dan Iqra Maysa berbahagia sehingga ke jannah.

Aamiin.















IQRA MAYSA mengelap wajahnya dengan kain tuala. Barulah dia terasa ringan sikit wajahnya saat bebas dari sebarang solekan. Tadi rasa liat mukanya macam dilumur tanah liat.

Kalau tadi mungkin Iqra tengah mengelamun membelek muka sendiri. Namun tersedar pula ada entiti lain yang terpantul pada cermin. Maaf, bukan entiti menakutkan tu ya...

Ini suami saya.

Iqra menoleh ke belakang dan mengeyes-raping segenap tubuh milik suaminya. Masih berbaju melayu putih, kain sampin dah jadi selendang disangkut di bahu manakala songkok pula dibegang. Iqra tahan senyum.

Suami mat saleh celup dia ni comel!

"Dah siap mandi?" Iqra angguk.

Nuffaiq jatuhkan bahu lalu menghadiahkan jelingan pada Iqra.

"Kenapa? Nak mandi sama-sama ke?" Soal Iqra lalu memegang lengan Nuffaiq menarik perhatian lelaki itu padanya.

"Baru nak unboxing you, tahu-tahu dah siap mandi" Nuffaiq buat suara kononnya merajuk.

Iqra sengih suka dan terus mengetam perut Nuffaiq geram. Ada-ada je lah awang hensem dia ni. Lambat-lambat, Nuffaiq pun ikut sengih sama.

"Gedik, pergi mandi cepat. Teman saya makan. Tadi makan tak kenyang" Iqra memberi arahan namun langsung tidak dipatuhi Nuffaiq.

Pinggang Iqra dirangkul kemas dan rapat dengan tubuhnya. Nuffaiq tatap wajah yang sudah bebas solekan itu dalam-dalam. Begitu juga Iqra. Lambat-lambat, terbit senyuman berprestijnya yang jarang-jarang sekali menjadi tatapan umum.

"Thankyou, my love" bisik Heidi Nuffaiq lembut bunyinya.

"You're welcome, hubby" Nuffaiq menyeringai suka.

"Kiss," Nuffaiq meminta izin sebelum segenap wajah Iqra dikucupnya. Terakhir sekali, bibirnya menindih lembut bibir si isteri sehingga Iqra sendiri terbuai. Tangan melingkar di leher suaminya.

Ah, indahnya syurga!

Tok! Tok!

"Akak, ada kawan datang. Dia tunggu dekat bawah"

Bulat mata Iqra saat mendengar suara Ahnaf yang mengetuk pintu bilik mereka. Mati terus aksi terlebih ramah suami isteri itu. Nuffaiq terus sembamkan wajah ke ceruk leher Iqra.

Manja!

"O-okay. Nanti akak turun dengan abang" balas Iqra cemas.

Padahal, bukan ada siapa nampak pun perbuatan mereka itu tadi. Tapi wajah Iqra jelas berbahang. Malu tahap dewa.

"My love being shy. Shhh, relax moonlight" tulang selangka Iqra dikucup juga. Selepas itu, barulah Nuffaiq mula beralah dan mengambil tuala mandi terus masuk ke bilik air.

Berlama dengan manusia cantik dalam bilik, tak terlayan tetamu yang datang di bawah tu nanti.

Sebelum menutup pintu pun, Nuffaiq menyempat lagi kacau isterinya.

"Bye, I mandi sekejap. Jangan rindu I tau" dengan berseluar sahaja, terserlah abs Nuffaiq yang menimbul itu. Tatu yang penuh di lengan sebelah kiri lelaki itu langsung tak mencacatkan pandangan. Walaupun kerap kali Nuffaiq mengadu segan bila orang perhatikan lengannya, tapi Iqra pula suka.

Dalam islam pun tidak memaksa untuk membuang tatu jika ianya menyakitkan. Nampaklah, suami dia tu hot. Lain dari yang lain. Yang paling penting, sekarang yang jadi suami Iqra adalah Heidi Nuffaiq, bukan Caspian Heidi lagi dah.

"Saya suruh mandi, Heidi" Iqra mengetap gigi.

Nuffaiq kenyit mata nakal sebelum menutup pintu bilik air. Iqra memegang dadanya yang sedang bergelora sakan.

Aaa ini yang lemah ni....

Harini dah kena tidur sebantal, sekatil, seselimut dengan lelaki handsome!

Takutnya.























TBC.
27022023

Tawaran Cinta (EBOOK)Where stories live. Discover now