02| Aryan's

215 24 19
                                    

Ian Dairon, merupakan anak buah Aryan yang menetap di negara Italy. Ian Dairon ditugaskan untuk mengawal pergerakan musuh-musuh yang berada di negara itu.

"Manda i nostri uomini in quel posto," arah Ian kepada anak buahnya dengan menggunakan bahasa itali.

"Buon signore Ian Dairon," kata anak buah yang berada di depannya. Ian dilantik untuk membimbing anak-anak buah yang masih mentah disitu.

"Devi essere pronto per questa missione. Questa missione è più impegnativa della precedente," tegas saja Ian memerintah anak-anak buah Aryan. Itu adalah arahan dari ketuanya iantu Aryan, Ian hanya menyampaikan sahaja.

"Ragazzi, potete uscire di qui."

"Grazie Signore," mereka menunduk hormat kepada Ian.

"Bro macam mana harini? Adakah baik-baik saja?" Soal Ian Daison. Ian Daison ialah kembar kepada Ian Dairon, Ian Daison seorang abang dan Ian Dairon seorang adik. Sifat mereka tidak sama sekali, bagai langit dengan bumi.

"Baik saja, macam mana dengan kau?"

"Ada orang tawarkan kerja untuk aku," bisik Daison kepada adik kembarnya.

"Kerja apa?" Dairon memandang tajam ke arah abang kembarnya, seperti sudah tau apa kerja yang ditawarkan itu, semestinya kerja gila!

"Dadah. Aku ditawarkan untuk bawa dadah ke negara Jerman!" Daison membalas pandangan tajam Dairon. Kali ini dia tidak bergurau, dia memang ditawarkan untuk bawa dadah ke negara tersebut.

"Habistu kau terima ke?"

"A-aku t-terima," Daison menunduk, semestinya adiknya akan marah.

"KAU GILA KE DAISON? KALAU ARYAN TAHU MACAM MANA? KAU DAH BERSEDIA KE NAK KENA BUNUH? KAU NAK TINGGALKAN AKU SENDIRI DEKAT DUNIA NI? TINGGAL KITA BERDUA JE DAISON. KELUARGA KITA DAH BUANG KITA DAISON, TAKKAN TU PUN KAU TAK BOLEH NAK FIKIR!" Dairon melemparkan semua fail yang berada diatas meja, kesabaran dia telah tiada. Kenapa abangnya menerima pekerjaan itu? Sudah sedih untuk berada dibawah tanah? Sudah sedia nak kena seksa dalam kubur. Mati itu tak kira masa, tetapi dia tidak mahu abangnya mati dibunuh oleh Aryan.

"Erm kau ni, aku gurau je. Aku tolaklah tawaran tu, takkan aku nak terimakan? Aku tak sanggup tengok adik aku nangis bila aku kena bunuh dengan boss dia sendiri kan? Adik aku kan manja hahaha," Daison mengusap kepala Dairon seperti kanak-kanak yang merajuk tidak dapat aiskrim. Dia merindukan masa kecilnya bersama adiknya. Adiknya harta yang paling berharga.

"Ish kau ni. Dahlah aku nak sambung kerja, kau kutip balik fail-fail ni," Ian Dairon kembali ke sofa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Eh kau yang lempar, aku yang kena kutip? Senang betul kerja kau ye," nak taknak dia terpaksa mengutip fail-fail yang dilemparkan oleh adiknya.

"Kau kan abang."

"Heh."

"Eh abang Xander balik lah, abang Xavier pun adalah," Nasreena terus memeluk Aryan didepan pintu masuk. Nasreena merupakan adik tiri kepada Aryan dan Rayden.

"Oi kau dah kenapa peluk-peluk orang ni? Takde maruah ke? Mak kau tak ajar? Eh lupa lah mak kau pun murah sebab tu anak dia ikut murah sekali kan, kalau tak murah takdenya mak kau nak bunuh mommy aku semata-mata nak dapatkan daddy. Atau lebih tepat, nak HARTA daddy aku kan?" Aryan menolak kasar adik tirinya, dia sangat membenci mak dan anak yang menumpang didalam rumah daddynya ini.

"Hey Xander, jaga mulut kamu ye! Mama tak murah, dan mama tak bunuh mommy kamu. Mommy kamu kemalangan!" Nayli berjalan menuju ke arah Aryan, Rayden dan anak perempuannya.

"Kemalangan yang dirancang!" Aryan menikam anak mata Nayli.

"Eh hai nenek lampir," Rayden menyapa nenek lam- eh mama tirinya.

"Eh dahlah jom masuk," ajak Nasreena. Tidak mahu bertengkar lagi.

"Heh semak lah betina ni," bisik Rayden.

"Nak apa suruh kitaorang datang sini?" Aryan duduk berhadapan dengan daddynya, sama juga dengan Rayden.

"Daddy nak Xander berkahwin dengan Reena,"

"What? Daddy gila ke nak suruh Xander kahwin dengan perempuan ini?" Sudah lama Aryan bersabar dengan sikap Alexander. Sudah gila ke daddynya sampai menyuruh dia untuk berkahwin dengan perempuan yang dia benci?

"Nak taknak abang kena kahwin dengan Reena," kata Nasreena dengan nada manja. Gedik!

"Kau siapa nak suruh abang aku kahwin dengan kau? Kau mampu ke nak tahan dengan perangai dia yang macam iblis tu?" Giliran Rayden pula membantah. Dia tidak mahu kakak ipar yang perangai gedik macamni.

"Xander! Xavier!" Alexander mula meninggikan suaranya.

"I said no!" Aryan bangun dari tempat duduknya, bersedia untuk mengangkat kaki dari rumah ini.

"Ray jom balik. Nanti daddy nasihatkan anak tiri kesayangan daddy ni kan, jaga adab sikit bila dengan orang, jangan main peluk je. Nampak sangat diri tu terlalu murah!" Aryan dan Rayden terus pergi dari situ. Tidak mahu berlama dengan keluarga yang makin lama semakin hancur.

"Ish daddy, tengok abang tu!" Nasreena menghentak kaki gaya pigme.

"Sudah Reena, biar aje abang kamu tu."

"Shit!" Kereta berjenama Porsche Rayden dipandu laju oleh Aryan. Kalau tidak disebabkan daddy sudah lama dia membunuh Nayli dan Nasreena. Ibu dan anak itu sungguh membuat kesabaran menipis.

"Oi slow lah sikit bawa kereta aku tu."

"Bisinglah kau," anak mata helang Aryan menikam anak mata Rayden. Rayden membalas pandangan tersebut, apa? Ingat dia takut dengan Aryan?

"Welk." Rayden jelirkan lidahnya dengan wajah yang menjengkelkan.

"Aku rindu mommy lah Aryan. Kenapa mommy tinggalkan kita berdua? Kenapa mommy tak besarkan kita? Mommy dah janji dengan kita untuk bersama kita sampai kita berjaya. Kita dah berjayalah Aryan, tapi mana mommy? Mommy jahat. Mommy tipu kita Aryan. Apa salah kita? Daddy pun dah tak sayang kita berdua, dia hanya perdulikan bini baru dengan anak tiri dia je. Kita dah tiada sesiapa." Rayden menoleh ke arah abangnya.

"Hey, kenapa cakap macam tu hm? Tuhan lebih sayangkan mommy, siapa kata mommy jahat? Mommy tak jahat Rayden, kita kena redha atas kepergian mommy. Kau ada aku, aku sentiasa berada disamping kau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Aryan Xander Mikael Where stories live. Discover now