"Mana baju I, Arrian?!!!" Wajah cantik milik Arissa Imani pucat lesi. Degup jantung berdetak kuat seakan sahaja mahu meletup. Penglihatan yang tadinya terang benderang, mulai berbalam-balam. Comforter putih dipeluk erat-erat melindungi tubuh yang tak berbalut seurat benang pun.
"I tak tau," jawab lelaki itu selamba bersama ukir senyum sinis di bibir.
"Mana baju you?!!!" Suara gadis itu bergetar. Arissa rasa mahu meraung. Apa semua ni? Apa yang cuba Arrian Iskandar lakukan?
Lelaki itu ketawa kecil. Ketawanya sinis. Sama seperti senyuman tadi. Lalu menggeleng. "I tak tau."
"Apa semua ni? Apa yang you cuba buat?"
"I sedang berusaha supaya kita kena tangkap basah. Dan supaya you terpaksa kahwin dengan I. That's all," ujar lelaki itu dengan riak selamba.
"You... what?! You dah gila ke hah?! Bagi balik baju I, Arrian!!! I nak keluar!!!" Arissa menjerit sekuat hati.
"I'm sorry. Itakkan lepaskan you."
"You dah hilang akal ke Arrian Iskandar?!"
"I lebih tak berakal kalau I lepaskan you keluar dari bilik ni..."
YOU ARE READING
MY GIRL
Romance"Mana baju I, Arrian?!!!" Wajah cantik milik Arissa Imani pucat lesi. Degup jantung berdetak kuat seakan sahaja mahu meletup. Penglihatan yang tadinya terang benderang, mulai berbalam-balam. Comforter putih dipeluk erat-erat melindungi tubuh yang ta...