Fikri kerut dahi. Kalau bercakap dengan Arrian ni, tak payahlah kau susah payah nak patahkan. Kepala dengan besi, keras sama naik.
"Tapi Arrian... kau kena fikir juga kesan dari plan kau ni. Akibat pada diri kau, satu hal. Tapi pada dia, aku takut... habis jahanam semua. Kesian dekat dia."
Arrian tutup fail.
"Kalau nak jahanam, biar jahanam dalam tangan aku. Bukan jahanam dalam tangan orang lain."
Fikri diam. Kalau dah begitu kata Arrian, terpulanglah. Fikri sudah beri pandangan sebagai sahabat. Namun Fikri juga yakin, Arrian tahu apa yang dia lakukan.
YOU ARE READING
MY GIRL
Romance"Mana baju I, Arrian?!!!" Wajah cantik milik Arissa Imani pucat lesi. Degup jantung berdetak kuat seakan sahaja mahu meletup. Penglihatan yang tadinya terang benderang, mulai berbalam-balam. Comforter putih dipeluk erat-erat melindungi tubuh yang ta...