BAB 1

148 38 10
                                    

Bermula pandang pertama...
Melihat kamu didepan mata...
Terasa debar di dada hmmm...
Menahan rasa bila kau ada.

Aaila Amani masih teruja menyaksikan persembahan nyanyian daripada seorang jejaka. Setiap hari Isnin Aaila pasti akan ke sini hanya semata-mata untuk mendengar suara si dia. Gedik kan Aaila? Tak apa dia tak kisah. Dia sanggup dipanggil gedik.

Yang dia tahu adalah dia wajib mendengarm dendangan lagu daripada jejaka ini kalau tak...

Hidupnya seperti tidak bermakna. Nanti dia tak ada semangat. Suram sahaja harinya.

Selesai sahaja nyanyian daripada si dia, Aaila menepuk tangan teruja. Terus dia mengemaskan barangnya di atas meja dan bersedia untuk pergi. Dia masih belum berani untuk berdepan dengan jejaka tersebut.

Setiap hari Isnin juga dia ada kelas melukis. Ya, melukis itu hobinya. Tetapi hanya sekadar hobi dan bukannya untuk menjadi kerjayanya. Sebab itulah pada setiap hari Isnin dia memerlukan keceriaan untuk menghadap guru seninya yang garang serupa singa betina yang kelaparan itu.

Sekali dia mengaum. Minggu seterusnya pasti ramai yang tak hadir ataupun mereka semua akan tarik diri dari menyertai kelas tersebut. Dia boleh dikatakan yang paling lama bertahan.

“Aduh!”

Aaila jatuh terduduk akibat terlanggar seseorang. Jantungnya berdegup kencang.

Ini... Ini lelaki yang selalu menyanyi tu. Memang dia selalu memakai pelitup muka. Tapi Aaila tahu lelaki ini kacak.

“Ma... Maaf saya tak sengaja.” katanya.

Segera Aaila melangkah laju tanpa menoleh ke belakang. Kalau dibiarkan lama mungkin sudah boleh nampak bentuk jantungnya yang berdegup kencang itu. Malunya dia sekarang ini. Nasib lelaki itu tidak memarahi atau menengkingnya.

Lelaki itu hanya memandang Aaila yang berjalan laju meninggalkan dirinya di belakang. Dia sedar Aaila sedikit menggigil. Takut atau gementar?

“Kau kenal dia ke Qallam?” Soal kawannya.

Lelaki yang bernama Qallam itu menggeleng. Namanya pelik bukan? Qallam.

Kalam atau sebenarnya قلم bermaksud pensel. Entah mungkin masa arwah ibunya mengandungkan dia ibunya suka melukis atau menulis. Mungkinlah.

Sebab itulah dirinya serba sedikit berbakat dalam dunia seni ini. Mahupun seni visual atau seni nyanyian. Dan arwah ibunya pernah berpesan sesuatu kepadanya.

“Memang perjalanan hidup kita sudah ditentukan oleh Allah. Tapi kita juga mampu mengubah takdir dengan berharap dan berdoa kepadaNya. Qallam kena tulis cerita hidup Qallam sendiri.”

Ya, Qallam akan sentiasa ingat dengan kata-kata arwah ibunya. Mana mungkin dia lupa. Ibunya adalah wanita hebat yang pernah dia kenal.

×

Dia perasan sesuatu ditempat yang selalu dia datang melawat itu. Ada seorang gadis yang selalu datang ke persembahan nyanyiannya disebuah cafe yang selalu menjadi tempat kegemarannya.

Sebenarnya cafe itu kepunyaan sahabatnya. Memang disediakan tempat itu menyanyi dan membuat persembahan. Gitar juga disediakan.

Dan tempat yang selalu adanya kelas lukisan ini pula kepunyaan kakaknya. Qasidah Art's.

Sekali sekala dia turun padang juga. Untuk meninjau anak didik kakaknya. Ada ke yang mampu lawan hasil seni dia.

Aaila masih tekun bermain dengan cat yang dilakukan diatas kanvas. Qallam hanya mengintai dari jauh.

Dia rasa tertarik melihat seorang gadis itu yang sedang bermain dengan cat. Qallam melangkah dekat ke arah Aaila. Apron yang dipakai oleh gadis itu juga sudah comot. Apatah lagi dengan tangannya.

“Siapa tu?” Soalnya separa berbisik. Tidaklah terlalu kuat tapi cukup untuk mereka berdua sahaja mendengarnya.

Aaila melatah sedikit. Hampir sahaja palet warna nya terjatuh ke atas lantai. Nasib baik sempat disambut oleh Qallam.

“Kita kenal ke?” Soal Aaila tergagap-gagap.

Terkejut dia apabila ditegur oleh orang asing secara tiba-tiba. Atau orang asing ni silap orang?

“Kita?”

Aaila terpinga mendengar soalan yang ditanya. Soalannya tidak dijawab malah diganti dengan soalan dan bukannya jawapan.

Qallam duduk diatas kerusi bersebelahan dengan Aaila. Jarak dicipta untuk mengelakkan daripada difitnah.

Aaila merasa gugup apabila Qallam asyik merenung pada lukisannya. Atau lebih tepat hasil seninya.

Punya ramai orang yang melukis dalam ruang yang luas ini kenapa lelaki itu datang kepadanya? Lukisannya tidak lah cantik mana.

“Qadri. Saya adik Qasidah.” Jawabnya pendek.

Aaila hanya mengangguk. Dia sangkakan lelaki ini adalah salah satu daripada kontak kenalannya rupanya tidak. Dia langsung tak kenal.

“Aaila Amani. Nice name.” Sambungnya lagi.

Aaila menundukkan pandangannya. Dia memandang ke arah totebag kepunyaannya yang mempunyai namanya yang disulam disitu. Segan pula dia bila ditegur oleh Qallam. Namanya biasa-biasa sahaja.

Lainlah nama dia macam nama sajat. Satu-satunya diatas muka bumi yang ada nama sebegitu. Setakat nama macam dia berlambak orang lain guna.

“D'jeewa Caffe?”

Aaila memandang Qallam dengan penuh tanda tanya. Aaila mengangguk sedikit apabila dia sedar yang Qallam menanyakan soalan sebentar tadi.

“Macam mana awak tahu?”

“Tu... Dekat situ awak sendiri yang tulis nama tempat tu.”

Aaila meneliti tempat yang ditujukan oleh Qallam. Ouh kenapa dia boleh terlupa.

“Awak pernah ke sana?” Tanya Qallam kepada Aaila.

Aaila mengangguk malu. Semestinya dia pernah ke sana. Malah tempat itu ibarat rumah keduanya.

Setiap hari dia boleh meluangkan masa disana. Banyak-banyak menu-menu yang kena dengan tekaknya. Tempat juga tenang dan damai.

“Per...”

“Qallam kau kacau murid aku? Keluar!”

Belum sempat Aaila menghabiskan percakapannya. Mereka dijerkah kuat oleh Qasidah.

Qallam tersengih kepada kakaknya. Bukan selalu dia kacau orang dekat sini. Sejujurnya mengacau orang bukanlah perkara kegemaran yang akan dibuat oleh lelaki ini.

Dia tak suka bercakap dengan orang. Tapi disebabkan dia ternampak Aaila yang selalu duduk di kerusi dalam D'jeewa cafe itu. Dia tertarik untuk datang lebih dekat kepadanya.

Dan juga Aaila seperti mempunyai aura yang lain dari gadis-gadis yang lainnya. Gedik dia tidak di tunjuk di depan lelaki.

Dia suka akan wajah Aaila yang bertukar warna bila diajukan soalan olehnya. Comel.

“Dia ada apa-apa kan awak Aaila?” soal Qasidah risau.

Seperti yang dimaklumkan Qallam jarang berbual dengan perempuan. Kalau ya pun hanya sepatah dua patah.

Qasidah risau kalau Aaila ada membuat sesuatu yang membuatkan Qallam rasa tidak senang.

“Tak ada pun. Dia ajak saya borak-borak sikit tadi. Kenapa?”

Polos sahaja Aaila bertanya. Nampaknya dia masih tak kenal siapa Qallam Qadri.

Qasidah menarik nafas lega. Dia ingatkan Qallam akan apa-apa kan Aaila. Memandangkan lelaki itu boleh dikatakan barannya juga menggila.

Qallam kembali berlegar-legar di ruangan tingkat atas. Kalau tempat dibawah dia diharamkan oleh kakaknya. Baik dia intai sedikit bahagian atas.

“Patut aku cari dalam stor tak ada. Rupanya kau rembat gantung dekat sini.” Qallam bermonolog sendirian.

Dilihatnya satu persatu lukisan yang tergantung. Ada dua atau tiga daripadanya adalah hasil dia sendiri.

Dan dicuri tanpa persetujuannya. Patut lah dia cari dalam stor banyak yang hilang. Disangkanya telah dibakar oleh ayah mereka.

Qallam QadriWhere stories live. Discover now