Kedai Runcit Pak Jali

7 0 0
                                    

Dalam perjalanan ini....

Menuju destinasi...

Berbagai lebuh raya di lalui....

Perjalanan ku terhenti....

Di lebuh raya ini....

Terpandang pusara dia menyepi....

Lagu 'Pusara Lebuh Raya' berkumandang di dalam radio. Tapi ia bukan dari siaran radio tetapi CD yang telah Kak Bai burn sebelum kami pulang. Aku dan beberapa orang lagi sepepuku dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Maklumlah, cuti semester. Lama pulak tu; 3 bulan. Kebetulan kami semua belajar di universiti yang sama jadi tidak menjadi masalah untuk pulang bersama.

Kami pulang dengan 2 buah kereta. Sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Yang lelaki, Is yang memandu manakala yang perempuan di pandu oleh Kak Bai. Lagipun ini kereta dia jadi dialah yang menjadi pemandu utama. Dan aku pula co-pilot dia. Jadi kami berdua akan bergilir-gilir pandu kereta sepanjang perjalanan nanti.

"Korang, boleh tak tukar lagu lain? Aku ni dah seram sejuk dengar lagu pusara pusara ni. Dah la kita dekat highway," Atun bersuara. Aku dengan Kak Bai dah julingkan mata kami ke atas.

"Yang kau takut lagu jiwang ni dah kenapa?" aku toleh ke arah Atun yang duduk dekat belakang bersama dua orang lagi sepupu aku. "Kalau kau rasa takut, baik la kau join budak kembar dua orang tu tidur."

Yang aku maksudkan tu Rai dengan Mai. Memang kaki tidur kalau dah tayar kereta bergerak. Kalau tak tidur, kerja diaorang kunyah kerepek. Dah dua bungkus kerepek pisang yang besar habis dimakan budak dua orang tu. Tinggal 3 bungkus je lagi. Hantu kerepek betul!

"Wei, dalam keadaan macam ni, lagi la aku susah nak tidur," Atun mengomel lagi. "Dah la jalan ni sunyi. Eei! Seram la!"

"Kau ni, kot ye pun nak takut, agak-agak la. Ini tengah hari, bukan tengah malam. Lagipun, kereta yang kat depan tu bukan kereta orang ke?" perli Kak Bai. Aku gelak je.

Atun diam kejap. Lepas tu dia suruh kami tukar lagu sekali lagi. Kami buat tak tau je. Malas la nak layan Atun. Setiap kali balik kampung cuti panjang, gini la kerenah dia. Memang penakut tak bertempat betul.

Kak Bai cakap dia dah mula mengantuk jadi kami bercadang nak berhenti dekat hentian berdekatan. Boleh lepak-lepak kejap, makan-makan ke. Aku mesej adik aku, Aman. Diaorang tu dah la bawak laju tak ingat dunia. Karang kami berhenti, diaorang jugak yang bising. Yang drive kereta tu Is, adik Kak Bai. Memang tak pernah tak bawak laju kalau dah masuk highway. Dia nak berlumba dengan siapa pun aku tak tahu. Hari ni hari biasa jadi tak la ramai orang atas highway ni.

Aman cakap ada hentian lagi 15km. Kami bercadang nak berhenti dulu dekat situ buat sementara waktu. Aku pun nak ke tandas ni. Boleh la membuang hajat yang dah lama ditahan. Dalam 30 minit lebih kurang, kami masuk simpang hentian. Tak ramai orang hari ni dan ada beberapa kedai makan buka. Bagus! Bagus! Aku boleh makan dulu sebelum teruskan perjalanan. Kereta Is pun dah ada terpacak kat tempat parking.

"Dah sampai ke?" tanya Rai bila kami berhenti kan kereta.

"Belum. Stop kejap rehat-rehat. Ha, boleh la nak makan untuk lunch terus," jawab Kak Bai.

Mai pulak bangun tanya soalan yang sama. Aku pulak jawab jawapan yang sama. Haha!

Kami keluar kereta, geliat-geliat sikit. Sakit punggung aku duduk lama dalam kereta. Kami lepak dekat kedai yang ada, makan nasi. Duit belanja tanggung sendiri, tak ada nak belanja-belanja. Lagi 5 jam nak sampai. Rasa lambat je lagi.

Giliran aku pulak bawa kereta, Kak Bai duduk belakang, gantikan tempat Atun. Dia cakap nak tidur. Atun dipaksa duduk dekat depan dan kebetulan awan gelap mula muncul, tanda-tanda nak hujan. Lagi seronok aku nak usik dia nanti.

Jom Balik Kampung!Where stories live. Discover now