Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. terima kasih sebab sudi baca story ni. kepada pembaca story sebelum ni saya mohon kemaafan kerana tidak menyambung story atas faktor masa yang banyak tidak mengizinkan. tapi saya akan cuba untuk meneruskan dan menyiapkan story yang lain.
apa-apapun, enjoy this this story guys
Segala jalan cerita dan watak-watak yang dinyatakan hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada kesamaan, ia hanyalah sekadar kebetulan.
Sinopsis
Kisah ini berkisahkan sekumpulan pelajar universiti yang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di rumah jagaan yang menyimpan 1001 kisah dan rahsia yang hanya diketahui oleh pemilik rumah itu sahaja. Namun terdapat pelbagai misteri yang cuba disembunyikan yang akan dirungkaikan oleh mereka.
Adakah mereka dapat terima apa yang tersirat di rumah jagaan itu?
Apakah rahsia rumah jagaan itu?
Apakah nasib mereka nanti?
Tapi kisah ini tidak terlalu berkait dengan unsur seram malah ia akan membawa kita menuju ke dunia yang kita tak sangka-sangka. Nantikan sahaja kemunculan mereka dan mari kita sama-sama menyelusuri misteri dan pengembaraan yang akan membuatkan minda anda tak sangka dengan apa yang akan dikisahkan.
???: Marilah datang ke rumah jagaanku. Aku akan tunggu sehingga masa telah tiba.
Pengenalan watak-watak:
1) Adam
- berusia 23 tahun
-mempunyai perwatakan seperti seorang ketua
- seorang yang amat pedulikan tentang kawan-kawannya
-seorang yang sentiasa jaga batas pergaulan
2) Aliya
-berusia 22 tahun
- perwatakan pemalu tapi tegas
- sentiasa peka dengan situasi
- mempunyai perasaan terhadap Adam
3) Encik Aduka
-berusia 25 tahun
- seorang pengusaha Rumah Jagaan Satria Pujangga
- seorang yang ramah dan ceria tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza seperti dingin dan sentimental
-seseorang yang memahami sifat dan perasaan orang lain
Watak-watak sampingan:
1)Badrul
-sama umur dengan aliya
-seorang yang lasak dan cergas
2)Cempaka
- berusia 21 tahun
- mempunyai perwatakan seperti lelaki (tomboy)
3)Alex
-sama umur dengan adam
- seorang yang lemah lembut dan sensitif
4) Kim
-berusia 20 tahun
-seorang yang sentiasa ambil peduli dengan Alex
5)Kumar
-berusia 20 tahun
-seorang yang bijak dan pandai dalam menjawab teka teki
6)Gheeta
-berusia 20 tahun
-seorang yang suka tolong-menolong
Buat masa ni, ini sahaja intro bagi kisah ini. Harap dapat komen positif dari para pembaca dan vote banyak-banyak ya. Terima kasih
YOU ARE READING
Kisah Dari Rumah Jagaan
AdventureKisah ini mengenai sekumpulan pelajar universiti yang sedang mempersiapkan projek tahun akhir mereka dengan menginap di sebuah rumah jagaan di kampung terpencil. Pelbagai kisah yang akan diperdengarkan oleh mereka yang akan memberi banyak pengajaran...