Turun sahaja dari bas rapid kl di hentian bas , aku dan iza berjalan bersama sama sambil berbual bual . Kami waktu ini baru pulang dari kolej selepas seharian menghadiri kelas kerana pada setiap hari rabu sahaja memang adalah hari dimana pelajar pelajar 1 course dengan aku paling tak suka sebab classnya back to back.. padat mat. Perittt.... Tapi demi ilmu ku kuatkan semangat.. hahaha.. dalam kami berborak berborak, sedar tak sedar kami dah sampai area lobi lift area bawah blok tempat apt yang aku duduk, untuk pengetahuan semua , kolej aku sewa beberapa apartment di sini sebagai hostel tempat student2 menginap dan aku juga iza merupakan pelajar yang menetap disini. Sampai sahaja di bawah blok aku, langkah kaki aku berenti sekajap, mata aku melilau lilau mencari seseorang. Pandangan aku dari kiri ke kanan scan area lobi lift tersebut tapi tak nampak sesiapa.
"Mana pulak makcik tu" bisik hatiku ketika itu."Apahal yang kau tercegat situ, jum la naik, lengit dah aku ni. " Tiba tiba iza bersuara . Aku tersentak "eh.. tak de lah" kami teruskan perjalanan
"Apasal sunyi eh? " Iza berbunyi lagi.
"Buar je lah " jawabku, hatiku pon dah tak sedap sebenarnya . Sambil tu jari ku menekan butang lift dan menunggu lift turun. Selepas sahaja tekan , aku dan iza berumdur kebelakang kerana mudahkan diri untuk peratikan lift mana yang buka dulu. Pelik jugak. Suasana agak sunyi ketika ini. Jam baru pukul 7:40. Patutnya ramai orang sekarang ni. Fikirku , namun aku dan iza tak endahkan hal tersebut , sambil tunggu lift sambil tu jugakla kami berborak borak. Tiba tibaaTing tonggg
Bunyi yang menandahan lift dah sampai. Then pintu lift terbuka, iza melangkah menuju ke lift namun aku terdiam, mata aku tepat melihat ke dalam lift yang mana dalam lift tersebut adanya seorang makcik yang berdiri sambil bahagian depan bersandar ke bahagian butang lift dengan mukanya disembamkan ke bahagian butang lift.
"Cepat laa.. yang kau ni asyik nak terpacak je kenapa sha? " Iza mengomel
" Iza. Kita naik lift lain je boleh tak? "Jawabku perlahan" Alaa . Lift ni dah sampai.. jom je lahhh , " jawab iza lalu mula merentap tangan aku. , Memandangkan iza ni badan dia agak sado dan aku ni sekeping je, hampir terseret jugak la aku.. hareyy.... Nak tak nak akhirnya aku masuk jugak la ke dalam lift yang ada makcik pelik tadi tu. Masuk je kat dalam tu , aku berdiri belakang iza dan iza depan aku, rumah kami di tingkat 5 . Iza tekan butang tingkat 5, dalam perjalanan lift naik ke atas, iza ada juga berborak tapi aku tak fokus, sat2 terpandang makcik tadi, "harapla tal jadi apa2 ” fikirku. Bila lift dah hampir sampai tiba tiba benda yang menakutkan aku berlaku.
" Eh.. baru aku perasan .. aaa makcik nak pergi level berapa ni? " Iza tiba tiba tanya soalan kepadan makcik yamg dari tadi bersandar ke bahagian butang lift sambil muka disembamkan ke butang lift.
" Ahh. Sudah. Tak mungkin "fikirku .. iza mula menghampiri makcik tadi. . Aku terus tarik tangan iza , tiba tiba iza tepis tangan aku " ish kau ni. "Jap lah" kata iza.
"Jangan tegur, diam jee." Kataku dalam keadaan berbisik.
"Nakkkk.. makcik nak pergi tingkat 14 nak.. boleh tolong tekan kan tak tingkat 14 " tiba tiba makcikny bersuara
Aku dah terdiam.. mulut aku mula membaca ayatul qursi tapi sebab aku berpurdah mungkin iza tak perasan. Sambil tangan aku cuba lagi menarik tangan iza supaya janganenghampiri makcik tu, sebabnya tak sepatutnya dia boleh nampak makcik tu dan kalau dia nampak, petanda tak baik weyyyy.. tapi iza ni kuang hajo, dia ge tepis lagi tangan aku.. smabil tu dia cakap kat makcik tadi "macam mana saya nak tekan kan makcik, muka makcik betul2 makcik sembamkan butang tingkat 14." Jawab iza selamba. Apa yang bengap sangat si iza ni, tak kam tak rasa pelik dengan makcik ni. "Makcik tekan je la terus" si iza ni pegi sambung lagii matt... Tepul dahi aku.
"Macam mana makcik nak tekan nakkkk" " makcik tu bersuara dan mula memalingkan badannya ke arah kami sambil tu dia sambung bercakap, " sebab makcik tak nampakkkkkkkkkkk!
Iza dah menjerit, aku yang memang dah tahu ni pon dah mula panik,
Makcik tu kalau korang nak tahu, dia tak ada mata, bahagian mata dia lopong, cuma ada soket mata sahaja dan kelihatan darah hitam peka mengalir keluar, dia merenung kami dengan mulut tersenyum.Pintu lift terbuka sahaja iza terus lari sambil menjerit.. "hantuuuuu ... Hantuuuuu!!!!!!!" Aku tak hiraukan makcik tadi terus lari mendapatkan iza.. iza terus berlari ke pintu unit rumah kami dan terus mengetuk ngetuk pintu dengan kuat sambil menangis ketakutan tu dia cakap "buka weyy bukaaaaa...." Padahal rumah tak ada orang, aku berlari mendapatkan iza.. aku pegang bahu iza kiri kanan dan hadapkan muka iza menghadap akusambil bercakap "iza sabar iza sabar, bawak mengucapp. ," Dalam aku dok tenangkan iza tiba tiba iza cakap, "sha.... Dia kat belakang sha, tengah merangkakkkkk... Aku takut shaaa... " Kata iza sambil menagis menggigil. Dengan pantas aku pusing ke belakang dan yes, makcik tak ada mata tadi dari lobi lift tengah merangkak laju ke arah kami dengan mata yang lopong sambil mulut tersenyum sampai telinga. Sambil tu dengan suara nenek tu seakan mengekek.
Aku menyumpulkan keberanian yang ada. , Aku naikkan tangan kananku ke depan lalu jari telunjuk ku lurus menunjuk ke arah setan tu , dengan penuh keyakinan terhadap Perlindungan Yang Maha Esa aku laungkan ayat
"Bismillahillazi la yadurruma asmihi syai unfil ardi wala fis sama' i wa hu wa sami' un 'alim
" Al anuka bil laqnatillahhh!!!!!!!! "
" Arghhhhhhhhhhhhhhhhh" disertai jeritan makhluk tadi lalu tiba tiba dari dia merangkal laju menghala ke kami tiba tiba dia mengubah arah memanjat tembok koridor dan dengan pantas terus terbang entah kemana, keadaan serta merta keadaan jadi tenang,
Kini kami dah dalam rumah. Aku cuba tenangkan iza yang menggigil ketakutan ..
