Atlantis Boy

1 0 0
                                    

[Disebuah daerah bernama Xavier Lake,terdapat sebuah kampung yang menjadi kawasan pelancongan kerana terdapat banyak orang disana yang bisa menggunakan magic sampai membuat tempat itu dipanggil Magic Town. Namun itu hanya menjadi kenangan,kampung Magic Town dihancurkan oleh bangsa Dark Elf dan bangsa Orc kampung Magic Town terkena dampak dari perang 2 bangsa itu. Akibatnya ramai orang di Magic Town terkena penyakit Dark magic. Mereka susah mengendalikan sihir mereka dan berhujung kepada mati kerana kekuatan sihir hitam berlebihan. Para doktor sihir tidak bisa melakukan apa2, mereka hanya bisa mengawal penyakit itu daripada merebak dan bukan menghilangkan penyakit itu.]

Pada suatu hari, Hervet Family lahir seorang bayi baru dalam keluarga mereka. Namun ayah kepada bayi iaitu Arstar Hervet sedih kerana takut bayinya mati seperti bayi orang lain kerana selepas melahirkan,bayinya mati diserap kekuatan Dark Magic. Namun berbeza dari bayi yang lain,anaknya malah menyerap kekuatan Dark Magic. Arstar terkejut melihat anaknya tidak terkena dampak Dark Magic. Bahkan istrinya Jane Hervet sembuh dari Dark Magic. Bayinya juga menyerap Dark Magic di dalam badannya. Semua orang yang berada diruangan yang sama diserap Dark Magicnya. Tiba2 bayinya menangis tak berhenti. Segala cara dilakukan untuk menghentikan tangisan anaknya tidak berkesan.

Satu kampung mendengar tangisan bayinya yang membuat tiada orang yang bisa tidur di waktu malam. Master Magic mendatangi kampung itu apabila mendengar khabar tentang bayi yang boleh menyerap Dark Magic dan menyembuhkan orang. Master Magic melihat bayi dirumah keluarga Hervet.

"Apa dia mempunyai nama?"  Master Magic bertanya tentang nama bayi mereka. "Saya belum memberi nama tuanku, susah untuk memikirkan namanya kerana telah 1 minggu saya tidak tidur." Arstar melihat Master Magical. "Nama dia adalah Poseidon, dia adalah kelahiran kembali Dewa laut Poseidon." Keluarga Hervet terkejut mendengar kalau bayi yang lahir di keluarga mereka adalah Poseidon yang lahir kembali. "Sepertinya,dalam keluarga kamu ada seorang berketurunan Dewa." Master Magical melihat Jane. Jane menundukkan kepalanya kerana keluarga melihat dirinya. "Kamu adalah Dewi Janneck, keturunan dari dewa poseidon,tak sah lagi,kenapa bayi ini boleh lahir. Sepertinya akan berlaku sesuatu didunia ini." Arstar terkejut kerana ternyata isterinya adalah Dewi Laut. "Sebenarnya apa yang dikatakan Master Magical betul, saya dewi,sepatutnya saya tidak boleh hidup bersama manusia,namun saya cintakan awak arstar." Dewi Janneck menangis kerana identitinya telah diketahui.

"Dewi Janneck, kelahiran bayi ini seperti menandakan akan berlaku sesuatu di Atlantis." Master Magical melihat Dewi Janneck yang tidak mahu meninggalkan keluarganya. "Tapi saya tidak mahu meninggalkan Arstar. Saya cintakan dia." Dewi Janneck tidak mahu pergi jauh kedalam lautan meninggalkan suaminya. "Ini adalah ancaman untuk tempat ini juga Dewi Janneck, saya melihat masa depan,kalau kamu tidak pergi ke atlantis, tsunami besar akan membunuh orang dikampung ini termasuk suami kamu." Mendengar masa depan yang dilihat Master Magical, Dewi Janneck mengendong bayinya dan berjalan menuju kearah laut yang berdekatan dengan rumahnya. "JANE!" Arstar cuba menghentikan isterinya. "Arstar,saya sayangkan awak." Ombak besar menarik Dewi Janneck kedalam laut. Arstar hanya bisa menangis meratap keperluan isteri dan anak tersayangnya. Arstar melarikan diri kedalam hutan dan tidak pernah kembali lagi ke keluarga Hervet.

20 tahun telah berlalu. Magic Town kini telah kembali stabil kerana Dark Magic telah hilang. Dan menjadi tempat pelancongan semula.

Namun Bangsa Jaws menyerang daratan di Magic Town untuk menguasai daratan. Di atlantis Dewi Janneck melihat kekacauan dilakukan oleh Bangsa Jaws dikampunganya dahulu. "Preidon!" Dewi Janneck memanggil putranya bersama arstar. Putranya membuka pintu tahta ibunya. "Kenapa Mama,ada apa yang boleh saya bantu?" Seorang lelaki tampan berambut merah gelap tak bukan adalah Preidon atau nama panjangnya Preidon Hervet. "Mama ingin kamu hentikan serangan Bangsa Jaws." Preidon terus keluar dari istana dan berenang menaiki permukaan.

Bangsa jaws dengan kejam membunuh manusia tak bersalah. Seorang lelaki jaws ingin menangkap seorang wanita untuk diperkosa. Namun dia mati apabila ada tombak air tercacak di dadanya.

"Itu Preidon!" Bangsa jaws mula ketakutan melihat Preidon keluar dari Atlantis. "Korang semua kalau tak ganggu rehat aku tak sah." Preidon membaling tombak air kearah bangsa jaws. Dengan mudah dan banyak bangsa jaws berguguran bertarung dengan Preidon. Preidon berjalan kearah wanita yang hampir diperkosa lelaki jaws tadi.

"Hai gadis cantik,siapa nama awak?" Wanita itu melihat preidon yang berada didepannya. Wanita itu jatuh hati melihat ketampanan Preidon. "Nama saya Jane Hervet." Mendengar perkataan Hervet. "Kenapa mereka meletakkan nama kamu jane?" Preidon ingin tahu tentang Keluarga Hervet. "Sewaktu ibu saya berumur 15, dia mempunyai kakak ipar bernama Jane yang sangat cantik. Dia sangat menyayangi kakak ipar dia. Namun pada suatu hari, anak kakak ipar ibuku lahir dan membongkarkan identiti kakak iparnya adalah Dewi laut Janneck. Dewi Janneck meninggalkan keluarga Hervet demi kebaikan suaminya,iaitu pakcik saya yang tak pernah balik bernama Arstar. Dia kembali kepada Atlantis,itulah yang ibu saya cerita. Dia kata,kalau saya adalah wanita yang baik seperti Dewi Janneck." Mendengar nama ibunya pernah ada nama dia didalam keluarga Hervet. Preidon kembali keatlantis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

God War:Character StoriesWhere stories live. Discover now