•••••
barang hiasan yang tersusun elok di atas kabinet ruang tamu habis ditolak jatuh ke bawah. mujurlah tiada yang berkaca. jika tidak jenuh mahu mengemas semula.
" perempuan tu memang sengaja nak cabar aku ". dikusutkan pula rambut yang sudah sedia serabai. terlalu banyak perkara yang dia perlu fikirkan dan kini helena mendatangkan masalah kepadanya. mana tidak serabut.
" yelah, tapi kau tak perlu rasanya naik angin sampai macam ni sekali ".
" kau tak faham situasi aku. baik kau diam ".
ikutkan hati, mahu ditampar sahaja anak kang ni.
" sebelum aku yang diamkan kau dengan buku lima ni baik kau bawa bertenang dulu ".
taehyun menghembus nafas dengan kasar. dia paling tidak suka diarah tetapi kalau dah namanya rakan yang sudah dianggap darah daging, dia turutkan.
dia melabuhkan duduk di atas sofa, mata masih melekap pada meja kopi. bagaikan hendak tembus meja iru ditenungnya. beomgyu menggeleng kepala melihat taehyun. sikap lelaki itu yang dahulunya tidak kisah akan perempuan kini naik hantu disebabkan perempuan.
apabila dia melihat taehyun yang sudah sedikit tenang, dia menyoal. " reti pulak duduk diam, ingat nak mengamuk je kerja ". beomgyu senyum sinis.
pandangan taehyun beralih kepada beomgyu. merenung beomgyu dengan pandangan tersirat.
" kau takde jumpa psychiatrist ke? "
soalan itu mengundang perubahan mendadak pada wajah beomgyu. pandangan serius dipamerkan. " aku tak gila. i don't need psychiatrist ".
" aku tak cakap kau gila ".
" suka hati kau ". malas ingin disoal lebih-lebih, dia perlu segera beredar. paling tidak suka hal peribadinya disentuh.
" ingat, choi beomgyu. kalau kau tak jumpa psychiatrist, bila-bila masa je 'dia' boleh hancurkan hidup kau ".
ayat itu menghentikan beomgyu daripada terus melangkah. tetapi dia tetap teruskan langkah keluar mansion milik mereka berlima. kata-kata taehyun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
•••••
long time no update huh.
honestly aku rasa chapter ni macam tiber sikit.
YOU ARE READING
his girl, beomgyu.
Fanfiction" everything about you drives me insane ". be ready, because once you entering his life, there is no more freedom for you. 『 A TXT'S SERIES :: BOOK III 』 ━━ DISCONTINUED ━━ txt's beomgyu ━━ kkvvit :: 2023 ━━ malay START :: 01102023 END ::