akhirnya semua dia dapat

2.8K 48 0
                                    

Dulu dia hendakkan Maimun, Kamarul pun hendak Maimun. Dia mahu dengan Rita, Malik pun mahu dengan Rita. Dia suka Gayah, Madi juga suka Gayah. Dia berkenan dengan Simah, Jamal pun berkenan dengan Simah. Pendek kata ada sahaja malaun yang menghalangnya. Itulah Bila Juan mengenang kembali betapa sukarnya untuk dia mendapatkan perempuan perempuan yang dia sukai. Entah mengapa, perempuan yang dia suka, lelaki lain pun suka juga. Cuma Juan tidak mahu gaduh gaduh pasal perempuan. Baginya jika dia tidak dapat berarti itu bukan rezeki dia. Namun begitu bukan bermakna dia melupakan nya begitu sahaja. Seperti kata pepatah,
" Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula kekasih di rampas orang."

Memang ianya seperti telah menghantuinya juga, bila satu persatu seperti ianya telah bangkit dan menggamit gamit ingatannya. Tidak di rancang, tidak pun di minta. Jauh untuk di usaha. Dalam berjalannya waktu, sebenarnya Juan telah lupa tentang itu. Dia langsung sudah tidak teringat lagi berkenaan tentang perkara tersebut. Apalagi setelah dia berumah tangga, tumpuannya pada tanggung jawab telah membuatkan Juan lupa kepada  yang lain. Lagi lagi dengan perkara perkara yang tidak memberi sebarang faedah kepadanya. Namun kini seperti ada sesuatu yang telah membuat kan dia untuk mengingatinya kembali. Lama tidak berjumpa mereka. Satu hari Juan mendapat khabar yang Malik kena stroke, hingga dia tidak boleh bergerak kecuali di bantu. Berlainan pula dengan Madi, yang mengikut ceritanya dia sedang kemaruk hendak kahwin lagi. Sedangkan isterinya yang ada pun tidak terbela.

Jamal pula di katakan hidup sebagai pelarian, kerana sentiasa di kejar Ah long ke sana sini hingga anak isteri pun terabai kerana sering di tinggal tinggal kan. Hanya Kamarul sahaja yang dengarnya telah pun menjadi seorang  usahawan yang berjaya. Namun di maklumkan dia tidak punya anak walaupun sudah sekian lama berkahwin. Pada suatu hari, ketika Juan berjumpa dengan Maimun, isteri Kamarul di pekan, memang kelihatan dia tidak begitu ceria. Mereka sempat juga berbual bual, dan ketika itulah Maimun telah pun meluahkan perasaannya. Tentang kesunyiannya kerana tidak punya anak untuk bermanja dan berhibur, serta tentang kesepiannya kerana sering di tinggal tinggalkan suami kerana urusan perniagaan nya. Pada ketika itu Juan seperti tidak begitu untuk menanggapi luahan Maimun tersebut.

Namun dalam dia duduk duduk termenung sendirian, Juan telah teringat ingat Maimun, mantan kekasihnya itu. Terngiang ngiang suara Maimun ketika dia meluah kan perasaannya. Walau apa pun, dia adalah bekas kekasih nya. Mereka pernah sama sama meluah dan menyimpan rasa, sebelum Kamarul menjadi punca terpisahnya mereka berdua. Sedikit sebanyak rasa itu masih lagi ada bersisa. Dari sisa sisa itulah  seperti ianya kini telah tumbuh membesar serta terus mengembang biak. Bagai di gamit gamit, Juan pun mula bertandang ke rumah Maimun. Sekali, dua kali, sampailah berkali kali. Dari beberapa bulan baru sekali datang, telah menjadi sebulan sekali. Kemudian terus seminggu sekali, dan selepas itu dua tiga hari sekali. Dari hanya datang cuma sekejap sekejap, namun sejak akhir akhir berikut nya sudah mula berlama lama pula.

Tetapi yang hairannya,  setiap kali Juan datang, dia tidak pernah pula berjumpa dengan Kamarul. Biasa alasan yang Maimun beri, suaminya itu ada urusan pernigaan atau mengikut teman teman perniagaannya ke luar negara. Namun itu semua tidak penting buat Juan, malah dia tidak perlu tahu pun. Apa yang penting dia dapat berjumpa dengan Maimun, serta melihat keseronokan dan kegembiraan Maimun dengan kehadirannya. Layanannya semakin hari pun semakin mesra, yang membuat Juan juga turut rindu kepada nya. Hingga adakalanya mereka tidak sedar, bahawa mereka masing masing adalah suami dan isteri orang. Bila dalam mereka bercakap, mereka telah bergurau senda serta dengan bergelak ketawa yang tidak sopan.

Sekadar dengan kata kata atau dengan gelak ketawa, itu masih boleh di anggap biasa. Tetapi bila dalam bergurau senda dan bergelak ketawa itu, mereka saling berpaut pautan dan turut berangkul rangkulan, ianya boleh di anggap sebagai sudah berlebihan dan keterlaluan. Maimun pun seperti tidak kesah dan membantah semasa Juan memaut dan merangkulnya. Dia hanya memandang sahaja wajah mantan kekasihnya itu, yang tidak pasti apakah maksud sebenar dengan  pandangannya itu. Sebagaimana Juan yang hanya bersahaja, begitu juga dengan Maimun yang seperti pasrah dan rela. Selain hanya memandang, dia tidak berbuat apa apa. Juan pula yang seperti sudah lupa diri, dalam Maimun berdiam sahaja, dia pula yang semakin menjadi jadi.

akhirnya semua aku dapatWhere stories live. Discover now