Bab 14: Diari Amalina

9K 73 5
                                    

(POV Amalina, 3 bulan yang lepas)

Perkenalkan. Namaku Siti Amalina. Aku berasal dari sebuah keluarga yang sederhana sahaja. Aku mempunyai seorang sahaja adik-beradik, iaitu kakak bernama Siti Azirah. Ayahku merupakan seorang bekas anggota polis, tetapi dia telah terkorban ketika mengejar penjenayah di dalam sebuah serbuan. Ibuku pula adalah seorang pekerja am.

Terkesan dengan pengorbanan ayahku demi undang-undang, kakakku turut menyertai pasukan polis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terkesan dengan pengorbanan ayahku demi undang-undang, kakakku turut menyertai pasukan polis. Pada mulanya, ibuku melarang keras tindakan kakakku. Namun setelah berjaya memujuk dengan menjadikan ayahku sebagai hero, ibuku redha. Kak Zira memang seorang yang bijak, cergas dan aktif. Dia sering mendapat markah yang tinggi di dalam squad latihan polisnya. Kak Zira memang seorang yang mahir mempertahankan diri dan penuh disiplin dan beretika. Disebabkan kecemerlangan kakakku itu, dia terpilih untuk dinaikkan pangkat sebagai seorang Detektif Polis di dalam Jabatan Siasatan Jenayah. Kak Zira sering mendapat anugerah dan berjaya menumpaskan banyak sindiket jenayah terancang. Ibuku berasa sungguh bangga dengan pencapaian kakakku ini.

Aku pula, tidaklah seaktif kakakku. Oleh itu, aku telah memilih untuk berkhidmat pada undang-undang negara di dalam cara yang lain. Aku telah belajar bersungguh-sungguh, dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di sebuah universiti terkemuka di ibukota. Ya, cita-citaku adalah menjadi seorang Peguam.

Kisah mimpi ngeriku bermula pada tiga bulan yang lepas. Aku sedang berjalan pulang dari perpustakaan, agak lewat kerana aku ingin menyiapkan tugasanku. Sedang aku berjalan, secara tiba-tiba datang sebuah van berhenti di sebelahku. Dengan pantas pintu van tersebut dibuka, lalu keluarlah seorang lelaki dengan tubuh yang kekar memeluk tubuhku lalu menarikku masuk ke dalam van. Aku cuba untuk menjerit, tetapi penculikku telah membungkam mulutku menggunakan tangannya. Dia mempunyai sebilah pisau yang diacukan tepat di leherku dan mengarahkanku untuk tidak membuat bising. Penculik itu telah menyumbat mulutku dengan sehelai kain, lalu dia menampal mulutku dengan sehelai pita pelekat. Penculikku terus mengikat mataku menggunakan kain, mengikat tanganku ke belakang serta kakiku di bawah. Aku dibiarkan terbaring di lantai van.

Aku begitu ketakutan untuk melawan. Air mata mulai berlinangan di mataku, membuatkan kain mengikat mataku basah. Aku cuba merayu, tetapi hanya suara sayu tertahan yang keluar dari mulutku. Aku tak boleh melihat atau menjerit, tatkala van itu bergerak menuju ke destinasi yang aku pun tak pasti.

***

Akhirnya, kurasakan van itu berhenti dan penculikku mendekati padaku, lalu berkata "Sekarang, aku akan buka ikatan kaki kau. Kau tak akan lari, kan?" Aku cuma menganggukkan kepala. Mana aku boleh lari, dengan mataku ditutup sebegini. Aku juga tidak ingin mengundang segala tindakan yang di luar kawalan.

Penculikku telah memegang lenganku agar aku bangun. Dia memimpinku memasuki sebuah ruangan yang aku tidak tahu di mana. Aku merasakan yang aku dibawa masuk ke dalam sebuah rumah yang sunyi sekelilingnya. Pintu ditutup, dan aku dibawa menuruni beberapa anak tangga ke ruangan bawah tanah. Udara di ruangan itu hangat dan lembap. Sebuah pintu ditutup di belakangku, dan aku diposisikan di tengah ruangan itu. Lalu aku mendengar penculikku berbisik "Mimpi ngeri kau baru saja bermula. Aku akan buat pada kau apa yang kau tak terbayang pun boleh dibuat. Lagi kuat kau melawan, lagi teruk hukuman yang akan dikenakan pada kau..."

Gadis Yang HilangWhere stories live. Discover now