Bab 17: Pengakhiran...??

11K 115 14
                                    

Suasananya muram. Kelihatan Azirah sedang tergantung di tengah ruangan dengan tangan terikat cuffs di atas. Kaki Azirah tidak diikat. Azirah hanya dipakaikan tudung sarung biru gelap, dan baju polis yang tidak dibutang. Azirah seperti tidak sedarkan diri. Ya, dirinya telah dibiarkan semalaman dalam keadaan sebegitu. Azirah tidak dibenarkan tidur di katil yang empuk. Itulah sebahagian dari seksaan yang dikenakan padanya sepanjang menjadi tawanan. Amalina pula telah dikurung di bilik yang berlainan pada malam itu.

Oni dan Skull menghampiri Azirah untuk sesi kali ini. Apabila tiba di depan Azirah, Oni berkata "Eh, lupa pulak nak bawak mainan tu. Kejap aku pegi ambik," kata Oni kepada Skull.

"Baik bos," kata Skull, lalu Oni keluar bilik meninggalkan Skull. Kini tinggallah Skull dan Azirah sahaja bersendirian di bilik itu.

Entah mengapa, Skull berasa leka dan melepaskan kawalannya. Ketika bosan menunggu, tubuhnya telah berpaling dari arah tubuh Azirah. Dengan tiba-tiba, mata Azirah terbuka, inilah peluang yang dinanti-nantikan. Rupanya selama ini, Azirah hanya berpura-pura kelihatan tertewas dan lemah. Di mindanya sentiasa mencari peluang untuk melepaskan diri. Dengan pantas, Azirah mengangkat kakinya lalu diletakkan pada bahagian leher Skull. Kaki kiri Azirah telah disilang pada leher Skull, manakala kaki kanannya mengunci dan ditarik kuat untuk mencekik Skull.

"Ekkk... hekkk..." Skull cuba meronta, namun cengkaman kaki Azirah begitu kuat. Aliran udara yang tersekat membuatkan Skull semakin lemah. Mengambil peluang ini, Azirah meninggikan tubuh badannya, membuatkan tubuh Skull tergantung.

Skull terus meronta-ronta. Lalu Azirah menekan dengan sebuah goncangan kuat. KRRAAKK! Tekanan pada leher dan graviti membuatkan leher Skull patah. Skull telah tergantung mati.

Azirah melepaskan tubuh Skull, lalu menggunakan jari kakinya, Azirah meraih kunci yang disemat di pinggang Skull, lalu dilipat ke atas menggunakan fleksibiliti tubuhnya. Kunci itu telah membuka cuffs yang merantai lengan Azirah ke atas. Dengan terlerainya ikatan tersebut, Azirah dapat melepaskan tangannya lalu turun berdiri di lantai. Azirah telah bebas.

Azirah menyepak mayat Skull, tanda amarahnya. "One down, two to go," fikir Azirah. Kini dia memikirkan untuk menangani Oni pula. Tanpa membuang masa, Azirah bersembunyi di sebelah pintu ruangan itu, menunggu peluang.

Setelah seketika, Oni masuk ke bilik itu tanpa mengesyaki apa-apa. Dengan pantas, Azirah memegang tangan Oni sambil melompat dan memanjat ke atas tubuh Oni. Dia mencengkam bahu dan leher Oni menggunakan kakinya lalu memusing badannya ke bawah. BUKKK!! Daya inertia dan graviti membuatkan tubuh Oni dan Azirah jatuh.

Kini mereka berdua telah terbaring di lantai, sambil kaki Azirah mengunci leher Oni. Azirah menarik kaki dengan sepenuh tenaganya. Kunci pada leher Oni membuatkannya tercekik. Mereka berdua cuba berlawan semampu boleh. Mata Oni dan Azirah memandang tepat satu sama lain. Kedua-duanya tidak mahu mengaku kalah. Sebelah tangan kiri Oni telah terkunci oleh tubuh Azirah. Oni hanya dapat menggerakkan tangan kanannya. Dia cuba membuka kunci kaki Azirah, namun cengkamannya begitu kuat.

Oni tercungap-cungap mengambil nafas. Tekanan oleh kaki Azirah pada lehernya menghalang laluan udara. Tubuh Oni menggigil akibat bekalan oksigen yang semakin berkurangan. Semakin lama, tenaga Oni semakin lemah, manakala cengkaman kaki Azirah pula semakin kuat. Lama kelamaan, pandangan Oni semakin kabur. Tubuhnya menggigil. Tangan kanannya yang cuba untuk membuka kaki Azirah itu semakin lemah, hingga akhirnya rebah ke lantai.

Melihatkan lawannya yang hampir tewas, Azirah menyentap kakinya dengan kuat. KRRAAKK! Leher Oni telah patah, Oni telahpun mati.

Kemudian Azirah berdiri sambil meludah pada mayat Oni. "Pttuuiihh! Mampos pun kau," fikir Azirah dalam hati. Namun, dirinya harus fokus. Terdapat seorang lagi penjahat yang perlu ditewaskan.

Gadis Yang HilangWhere stories live. Discover now