Bab 5

84 5 0
                                    

SEJAK kami berjiran, aku Dan Han makin rapat bagaikan isi dengan kuku. Boleh pulak aku dengan han satu kepala nak satukan Avia dengan Noa.

HARINI aku terserempak dengan perempuan yang sangat cantik berkulit putih macam model produk kecantikan tapi sayang perangainya sangat tidak ramah. Aku nampak perempuan tu memegang lengan Han sambil merenyek. "Han I baru balik Malaysia. You taknak spend time dengan I ke?" Suara perempuan itu sengaja dikepitkan. Aku memandang tajam pada minah tu. Geram lak rasanya. Macam nak siat siat kan kulit dia tu. Berani dia kacau Han!  "Fasha..I tengah kerja ni. Malu nanti customer I tengok you pegang lengan I macam ni" kata Han sambil berusaha untuk melepaskan diri daripada nenek kebayan modern tu. Aku terus menghampiri Dua manusia tu.

"Han..tadi kata nak jumpa sebab nak cakap pasal Noalexi. Noalexi adalah nama yang kami ship. Aku nampak Dari mata tepiku wanita tadi memandang aku atas ke bawah. "Eh you biadap! You tak nampak ke yang Han tengah layan princess ni?"  Kini giliran aku pula yang memandangnya Dari atas ke bawah. "Princess? Jap! Kau nak jadi Sofia the first ke? Weh budak budak pon tak terfikir benda tu weh" ujar aku sambil ketawa besar. Geli hati! Jelas muka perempuan yang bernama Fasha tadi memerah kerana menahan malu. Mula la si Fasha mengadu pada Han. "Han..you tengok perempuan ni kurang ajar!"  Aku pandang Fasha. "Eh Sofia the first! Nama je princess tapi tak mampu nak beli ubat nyamuk..patutla tak hilang gatal tu!"  Fasha mencebik sambil menghentak hentak kakinya di lantai sebelum tangannya dihulurkan ke aku. "Nama I Fasha Farina so stop calling me Sofia the first!" Aku hanya mengangguk. Kalau aku tak dengar cakap dia nanti silap silap menangis anak orang ni lepastu dia tuduh aku Dera dia lak so better dengar cakap dia.

SETELAH selesai masalah Sofia the first tu, aku Dan Han duduk di Salah satu meja Starbucks yang kosong. Harini adalah hari Noa cuti kerja patutlah aku tak nampak dia. Sekarang ni memang aku Dan Han Fokus nak satukan Avia dengan Noa. Aku berfikir sejenak. "Hm how about you ask Noa to buy some flowers and maybe some chocolate then give it to Avia?" Han pandang aku macam aku ni wish nak mati."Noa ni sejuk beku tahu! Mana dia nak main beli bunga dengan coklat lepastu bagi kat perempuan. Memang alamatnya si Avia tu trauma nanti" Aku pulak yang pandang Han dengan pelik. Noa tu sejuk beku? Aku macam tak percaya sebab Kali pertama aku jumpa Noa tu dah ade gaya Gentlemen takkan aku Salah dengar? "Kau serius la Han?" Han angguk. Hm takkan aku nak suruh Avia bagi pickup line kat Noa. Memang taklah! Tiba tiba muncul satu idea yang aku rasa boleh dikatakan gile kot. Terus aku memukul lengan Han dengan kuat. "Weh aku boleh call Noa kata yang Avia kena culik!" Han mengusap lengannya yang menjadi mangsa aku tadi. "Sakit lah. Idea kau tu boleh tahan bijak gak. Bile nak Mula." Aku berfikir sejenak. Tadi Avia kata dia nak pergi perpustakaan awam yang berdekatan sini. Sekali lagi aku memukul lengan Han. "Aku nak nombor Noa. SEKARANG!"

"NOMBOR yang anda dail tiada dalam perkhimatan. Sila call balik kalo ade hal penting yer!" Terus berkerut kening aku. Rasanya tadi bukan suara operator tu suara Noa. Sekali lagi nombor Noa didail. Tiga Kali bunyi deringan terdengar suara garau Noa menyambut panggilan.

"Helo ni siapa mesti penting sebab tu kau call lagi!" Suara Noa terdengar seperti bergurau. Aku baru teringat yang Noa Dan aku bertukar nombor Telefon sesama sendiri beberapa hari lepas.

"Ha, Helo abe Noa! Pencabut nyawa kau ni dah sampai untuk meragut nyawa kau! Dah sedia ke belum?"

"HAHA lawaknya. Tacod titew. Abang Bomba tolong selamatkan saya! Ahhh"  Aku terdengar Han ketawa macam orang gila kat sebelah aku ni.

"Noa! Avia kena culik!" Aku menjerit sedikit biar pekak telinga manusia bernama Noa ni.

"Wei serius lah Naura! Asal tak cakap awal awal? Ni kau sibok nak pencabut nyawa lah bagai!" Suara Noa jelas risau akan Avia.

"Eleh kau jugak yang abang Bomba tadi kenapa sekarang tak jerit abang polis tolong selamatkan Avia ahhh"

"Sekarang Avia kat mana?" Tanya Noa.

"Kat perpustakaan awam dekat dengan kawasan Starbucks ni" Terus Noa mematikan panggilan. Eh beruk ni! Aku dah tolong dia untuk dapatkan Avia boleh lak blah tanpa terima kasih?

𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 [OG]Where stories live. Discover now