Sebelum Ia datang Part 1

750 33 2
                                    

》Dekat rumah NZ《
NZ P.O.V.
Jam loceng ku telah berbunyi. Aku tengah best mimpi pasal BTS. Tetiba terkejut akibat bunyinya. "Aish malasnya nak sekolah." Aku terus bangun dan ke tandas untuk menyuci muka. Aku sempat menyusun buku. Lalu aku terfikir tentang Kak Dayang. "Kak Dayang dah bangun ke?" Aku terus keluar dari bilik. Aku berjalan melepasi bilik nenek. "Kak." Aku panggil sambil ketuk pintu biliknya. "NZ,kenapa?" Kak Dayang dah bangun. "Oh,tak ada." Aku kata. "Hmm nenek dah bangun?" Tanya kak Dayang. "Belum." Aku kata. "Oh ya! Kak,nak masak apa eh?" Aku tanya. "Masak buburlah. Nenek tu dah tak larat nak masak." Kak Dayang pun mula masak bubur. Aku hanya tolong memotong ayam.

》Selepas 45 minit《

"NZ,pergi mandi dulu. Dah jam 5:25 dah ni." Kata kak Dayang. "Okay." Aku jawab lalu berlari keatas. Aku mengambil tuala mandi ku dan mandi. Selepas beberapa minit,aku terus memakai pakaian sekolah ku. "Alamak! Aku lupa kemas bukulah. Lagipun bawa buku Sains je." Aku ketawa jahat. "Babai buku yang berat!" Aku kata lalu turun ke dapur. "NZ,Kakak pergi naik dulu nak mandi. Kamu ambil bubur tu bagi makan nenek tau." Kata kak Dayang. "Okay." Kak Dayang hanya senyum lalu naik keatas. Aku pun ambil bubur yang kami masak dan membawanya kebilik nenek.

"Nenek,makan nek. Nenekkan ada gastrik." Kata aku sambil duduk disebelah kanan nenek. "Ah,Nurul. Okay." Nenek ku pun bangun dengan perlahan-lahan. "Nurul suaplah." Aku pun terus mengambil sesudu bubur lalu meniupnya sehingga sejuk sedikit. "Nek,say ah." Aku kata. Nenek ku pun makan sesuap bubur yang sejuk mungkin suam kot. Selepas 10 minit,bubur tu pun dah habis dari pandangan ku. "Wah,nenek dah habis makanlah." Aku kata. Aku terus mencium pipi nenek ku. "NZ,jom ke sekolah." Panggil kak Dayang. "Nek,Nurul pergi dulu eh." Aku terus menyalam tangan nenek ku. "Belajar sungguh-singguh eh." Kata nenek. Aku hanya senyum sambil mengganguk kepalaku.

"NZ,kau ada dengarkah pasal demam..Apa eh nama nya?" Kak Dayang tengah cuba mengingati nama penyakit tersebut. "Oh,demam Geris?" Aku kata. "Ya! Dorang kata benda ni dah menjangkiti orang tau." Kak Dayang tengah sibuk bercerita. "Kak,sudahlah tu. Aku tak percaya benda ni." Aku kata. "Hmm. Yalah. Jom jalan." Kami pun berjalan kaki ke Sekolah Delima. Tetiba kami terserempak dengan semua geng The One. Aty,Diana,Sety,Syurah dan Qielah. "Wei,keluarga aku semua takut bila dengar pasal demam Geris tu." Kata Syurah. "Hmm,NZ tak kisah pun." Kata kak Dayang. "Biar betul." Kata Sety. "Tidak-tidak. Biar betik." NZ kata.

SKIP 》MASA REHAT《
"Semua boleh berehat sekarang." Kata teacher Grace. "Terima kasih cikgu. Selamat rehat cikgu." Kami sekelas pun berehat. Aku dan THE ONE tengah berjalan ke kantin. "Wei,korang rasa macam mana eh kalau Zombi datang ke Malaysia?" Qielah tanya. "Hmm,ntah." Aku jawab. "Aku rasa kita awal-awal kena cekik." Qielah ketawa. Aku dan kumpulan The One tengah ketawa terbahak-bahak. "Dah lahtu. Jom kita membeli. Nanti makin ramai pula orang." Kak Dayang pegang tangan Kak Diana lalu lari ke kantin. "Akak! Tunggulah." Jerit kami semua lalu mengejar dari belakang.

~TO BE CONTINUE~

Okay part 1 dah siap. Tunggu lagi SEBELUM IA DATANG part 2. Okay Bye. Thanks semua♥Zahirah.

Zombie world (EXO malay fanfics)Where stories live. Discover now