ẞAB17🌼

535 20 0
                                    


a love story is like a white cloth.. only two people involved in a relationship are worthy to pattern it.. whether it depicts joy or depicts suffering🍁💌.

______________
----
*
Raisha merenung dirinya dihadapan cermin yang mengenakan busana pengantin..tanpa sedar air matanya mengalir..tidak dia sangka dalam beberapa minit lagi dirinya akan bergelar seorang isteri kepada Hayden Mikael..

Walaupun dia baru mengenali lelaki itu..tetapi usaha lelaki itu telah membuktikan yang Hayden ikhlas dalam mencintainya..walaupun dia tahu yang Hayden mempunyai penyakit mental tapi itu bukan alasan untuk dia menolak lelaki itu.. tiada sesiapa di dunia ini yang ingin digelar pesakit mental ataupun dicop sebagai orang gila..

Hayden jadi bergitu mungkin kerana dia mempunyai trumanya tersendiri.. bukankah semua orang didunia berhak untuk hidup bahagia dengan seseorang yang mereka sayang dan cinta.. bukankah setiap insan dicipta berpasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain?. Hayden dengan masalah mentalnya dan dia sebagai pelajar bidang piskologi yang faham tentang penyakit itu lebih daripada orang lain..

Lihatlah Ayahnya.. Encik Haidin yang sanggup mengabaikannya selepas ibunya meninggal dunia..lelaki yang dulu amat menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh kini berubah menjadi benci dan jemuh untuk menatap wajahnya sehingga sanggup menghalaunya dari rumah..

Raisha menghembuskan nafas perlahan..adakah Hayden akan melakukan perkara yang sama setelah dirinya tiada suatu hari nanti?.. sejujurnya dia tidak sanggup jika perkara yang sama berulang kembali.. sejarah yang pahit perlu dijadikan sebagai iktibar bukan diikuti..

"Tuk..tuk"bunyi ketukan pintu mengembalikan Raisha ke alam nyata..airmatanya dikesat menggunakan belakang tangan yang sudah bercorak inai merah bagi menaikan seri pengantinnya..

"Yer masuk!"laungnya sedikit kepada orang diluar pintu..

Tidak lama kemudian tersembul wajah Mawar yang gembira bercampur teruja melihat sahabatnya akan menamatkan zaman bujang sekejap lagi..dibelakangnya terselah Aulia dan Qaisra yang tersenyum kurang berperasaan..

Sewaktu dia mendapatkan keizinan daripada Hayden untuk menghubungi sahabatnya untuk mengundang ke majlis penikahan.. Mawarlah yang paling terbuka dan terlebih excited..Qaisra pula mengatakan dia akan hadir sekirannya tiada halangan..Dan Aulia yang paling banyak soalan berkaitan bakal suaminya..

Nama bakal suaminya..perkerjaan.. bagaimana mereka boleh berjumpa.. mengapa dia menghilangkan diri sehingga hampir sebulan dan kemudian menyampaikan berita bahawa dia akan berkahwin pada lusa nanti..

Tapi Raisha tidak boleh menyalahkan Aulia..dia sendiri yang menimbulkan kegusaran kepada sahabat baiknya itu..Aulia memang seorang yang protektif tetapi dia tidak akan menghalang sekirannya seseorang itu ingin bahagia..

Kerana baginya.. percintaan itu ibarat kain putih..hanya dua orang yang terlibat dalam kisah cinta itu yang layak untuk mewarnainya..Sama ada memilih warna yang cerah untuk kegembiraan ataupun warna yang gelap membawa penderitaan..

Aulia juga tidak pernah menghalang sahabatnya untuk bercinta dengan sesiapa sahaja..tetapi dialah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan jika terjadi sesuatu perkara..

"Aku rindu kau!!"Mawar terlompat- lompat sebelum badan kecil Raisha dipeluk erat..menghilangkan rindu yang sudah lama bersarang dihati.. dia tidak tahu mengapa Raisha menghilangkan diri hampir sebulan.. Aulia hanya memberitahunya yang Raisha Okey dan dalam keadaan selamat..

Seolah-olah ada sesuatu yang mereka berdua sembunyikan darinya..tetapi dia harus berfikir positif bahawa tiada apa yang berlaku dalam tiga minggu ini..dia takut hal remeh itu akan menjejaskan persahabatan mereka.. bukankah kepercayaan itu penting dalam setiap hubungan.. sama ada persahabatan mahupun percintaan..

Perlukan berganti dengan Qaisra dan Aulia..mereka berempat sudah berkawan semenjak hari pertama menjejakkan kaki ke university.. Namun Aulia lebih dahulu mengenali Raisha daripada yang lain..

"Tahniah Rai.."ucap Qaisra dengan seyuman yang sedikit kekok.. sudah lama dia tidak bersua muka dengan Raisha akibat wanita itu sendiri menghilangkan diri..

"Thanks Qaisra..and korang sebab sudi datang Majlis aku"ucap Raisha dan mereka berpelukan sekali lagi.. sudah lama rasanya mereka tidak berpelukan bergini..

"Rai Aku nak pergi tandas sekejap ehh..."pinta Aulia.. kakinya dikepit sedikit menunjukkan yang dia sudah tidak dapat menahan panggilan alarm itu..

"Okey..pergilah tandas dekat dapur.."
Tangan Qaisra dan Mawar ditarik untuk duduk di atas katil yang sudah dihias bunga rose putih disekeliling bagi menaikkan seri bilik pengantin itu..

"Yang lain teman aku sampai majlis mula ehh.."pinta Raisha dengan nada teruja..kalau boleh dia berharap sangat pernikahannya yang pertama ini merupakan pernikahannya yang terakhir... Siapa aje yang mengiginkan masjid yang dibina runtuh bergitu sahaja?

"Ceh.. Aku nak lama-lama lah dalam tandas.. biar kau kempunan tak ada gambar Aku nanti.. baru jumpa dah pinggirkan Aku"Aulia berjauh hati.. pintu bilik itu dibuka.. langkahnya dengan cepat dihayun ke merata arah mencari dapur yang dimaksudkan oleh Raisha..

Apa yang terlintas dimindanya.. perkataan dapur itu sinonim dengan tempat masak..Dan juga peti sejuk.. tetapi sudah tiga pintu dibuka namun bayangan dapur itu juga tidak muncul..yang terbentang di matanya tadi adalah perpustakaan mini..gym dan juga ruang berkerja

Langkah Aulia kini dituju pada sebuah pintu yang agak tersorok.. tombol pintu itu dicapai untuk dibuka.. Namun hampa..pintu itu seakan terkunci.. berkali-kali juga tombol pintu itu dipaksa untuk dibuka namun tetap tidak berjaya..

Peluh mula mengalir ke wajahnya yang sedang menahan hajat itu.. kalau diikutkan didalam bilik pengantin sepatutnya mempunyai tandas untuk kemudahan pengantin perempuan.. tapi mengapa Raisha menyuruhnya untuk turun mencari bilik air di dapur?

Aulia mengigit hujung bibirnya.. bilik yang berkunci itu diabaikan dan langkahnya mula dilajukan mencari bilik lain yang mempunyai tandas.. lebih tepatnya adalah bilik tetamu..

Dengan tidak sengaja kakinya tersandung dengan sesuatu yang agak keras..dia dapat mengagak yang tubuhnya akan mendarat ke lantai mozek rumah itu..matanya ditutup menunggu rasa sakit itu datang ke badannya..

"Are you Okay..darling"

Mendengar sahaja suara itu.. terus sahaja matanya dengan perlahan dibuka.. Mata brown seseorang menghias penglihatannya kini..terpukau dia dengan warna mata itu sehingga lupa tentang tujuannya berlari tadi..

Pinggangnya yang sudah dirangkul kemas oleh lelaki itu membuatkan dia tahu yang lelaki dihadapannya yang menyelamatkan dirinya daripada terjatuh..

"I wish I could do this for a long time..but this is not our ceremony darling..you have to wait when the time comes.."Hakimi tersenyum manis sambil tangannya memeluk erat pinggang wanita idamannya supaya tidak terjatuh..






____________
----
💅🌼
💟 From MsSarang

DIA LELAKI PSYCHOTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang