Saiful berjalan kearah pintu pagar sekolah. Dia memasuki perkarangan sekolah. "Sekolah ini sepertinya sekolah yang aman. Tapi kenapa aku tak sedap hati dengan sekolah ini." Saiful melihat semua pelajar disana yang terlihat normal.
Dia mencari bilik guru untuk menanyakan kelasnya. "Jadi ini bilik guru." Saiful ingin membuka pintu. Dia memasuki bilik guru. Dia melihat ramai guru yang sedang berborak dan berbual. Ada beberapa orang cikgu memandang dia,namun tidak menghiraukan dirinya.
"Aku buat salah ke." Saiful melihat seorang cikgu wanita yang telah menjatuhkan buku diatas kaki dia. "Maafkan cikgu,cikgu tak sengaja." Cikgu wanita itu ketakutan melihat Saiful.
Saiful yang tidak tahu apa-apa hanya mengangkat buku yang dijatuhkan Cikgu itu. "Ini buku cikgu,cikgu,boleh saya tahu dimana bilik pengetua?" Saiful senyum sambil membantu cikgu itu mengangkat buku yang jatuh.
"Bilik pengetua?" Cikgu itu mula teringat sesuatu. "Jadi kamu anak saudara pengetua yang baru pindah dari Jepun itu?" Cikgu itu melihat saiful. "Haah,saya." Saiful mengaru kepalanya sambil tersenyum melihat cikgu itu.
"Jadi... kamu anak murid baru kelas saya. Ikut cikgu. Cikgu akan bawa kamu pergi kelas." Cikgu itu membawa Saiful ke kelas. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik guru.
Saiful melihat cikgu itu kepenatan membawa beg dan buku. "Cikgu,boleh saya tolong angkat buku itu?" Cikgu itu melihat Saiful dengan riak wajah yang ketakutan. "Takpelah,cikgu boleh angkat." Cikgu itu senyum tak ikhlas. Saiful tak puas hati melihat reaksi Cikgu itu.
"Cikgu,sebenarnya ada apa ini,sewaktu saya masuk bilik guru,saya tengok banyak guru tengok saya semacam." Cikgu itu berhenti berjalan. "Sebenarnya,cikgu takut dengan pelajar lelaki disekolah ini. Mereka takut dipukul." Cikgu itu melihat buku yang dia bawa. "Pelajar lelaki disini tiada rasa hormat,tapi tak semua,ada yang masih hormat cikgu,namun tetap,yang tak hormat cikgu itu bahaya......!" Cikgu itu terkejut melihat Saiful mengambil buku ditangannya.
"Jangan risau cikgu,saya berada disini,saya takkan benarkan keganasan terhadap guru berlaku disini." Saiful membantu cikgu itu mengangkat buku.
"Tapi...." Cikgu itu ketakutan melihat Saiful. "Nama cikgu apa?" Saiful melihat cikgu itu dengan senyumanya. "Mawar." Cikgu itu menunduk ke bawah.
"Baik cikgu,jangan lambat-lambat,nanti pelajaran mula." Mereka berdua bergegas ke kelas.
Saiful melihat satu persatu kelas. Dia melihat hanya pelajar perempuan sahaja yang belajar dan hanya sedikit lelaki belajar. Kebanyakan lelaki duduk dibelakang dan berborak.
Cikgu Mawar dan Saiful sampai didepan kelas. Mereka berdua terkejut kerana melihat seorang pelajar terlempar keluar dari tingkap.
"Rafiq!" Cikgu Mawar bergegas kearah pelajar itu. Saiful melihat pelajar lelaki membuli lelaki bernama Rafiq yang kecil itu.
"HAHAHAHAHA!" 3 orang lelaki yang membuli Rafiq ketawa melihat Rafiq kesakitan.
"Rafiq,kepala kamu terluka,sini cikgu bawa kamu pergi bilik rawat." Cikgu Mawar membantu Rafiq bangun.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berbadan besar berjalan kearah Cikgu Mawar. "Zack." Cikgu Mawar melihat lelaki itu. 'Siapa dia.' Saiful melihat gerak-gerik lelaki itu.
"Biar saya bawa Rafiq cikgu." Zack membawa Rafiq ke bilik sakit. Saiful dengan cepat memegang lengan Zack.
"Kau nak buli dia ke?" Saiful melihat Back dengan tatapan tajam. "Aku bukan lelaki yang suka buli yang lemah." Zack melepaskan tangan Saiful dan membawa Rafiq ke bilik rawat.
"Jangan risau Saiful,Zakwan orang baik,dia tak pernah buli orang." Mereka berdua memasuki kelas. Saiful melihat 3 orang yang buli Rafiq sedang ketakutan.
YOU ARE READING
Bad School
ActionDi Kuala Lumpur yang maju,terdapat satu kawasan yang dipanggil H.A.R.A.M. Tempat itu bukan haram untuk dijejak melainkan tempat itu di kuasai oleh 5 buah sekolah menengah. SMK Harimau yang menguasai bahagian Selatan. Sekolah terkuat dan ditakuti ole...