Haikal tersedar dari pengsannya. "Aku kalah ke?" Haikal melihat dia yang terbaring di katil bilik rawat.
"Kau dah sedar?" Jack berada disebelah katil Haikal. "Engkau bagitahu kisah lalu aku dekat Saiful ke?" Haikal menatap Jack dengan wajah kesal.
"Haikal,Saiful tu tak berlagak,dia nak kawan dengan kau bukan main-main." Jack melihat kawannya itu.
"Entahlah,sewaktu lawan dia tadi,aku rasa macam disupport oleh ramai orang. Aku bahagia sangat. Lagi-lagi bila orang-orang tu panggil aku Hero." Haikal senyum melihat tangan dia.
"Jadi,kau nak kawan dengan Saiful tak?" Jack melihat Haikal dengan tersenyum.
"Gara-gara dia,aku dapat semangat nak bertarung semula." Haikal memandang Jack yang berada disebelahnya.
"Eh,kau dah bangun,baguslah,jom makan ni,aku beli nasi berlauk dekat kedai Mak Cik Ina." Saiful masuk ke bilik rawat bersama dengan Zakwan membawa 2 plastik makanan.
"Terima Kasih! Kau tahu-tahu je aku tengah lapar ni." Jack berlari menuju kearah Saiful. "Nah,ni kau dan Haikal punya." Saiful memberi plastik makanan yang mempunyai 2 bekas polestrine.
"Mana satu aku punya." Jack mengeluarkan makanan dari dalam plastik. "Kau bawah,Haikal atas." Zakwan meletakkan air bungkus di atas meja ditepi katil Saiful.
"Kau ok Haikal? Kau dah kalah,aku sekarang kawan engkau." Saiful senyum didepan Haikal. Haikal hanya tersengih melihat Saiful.
"Jom kita makan!" Mereka berempat makan berdekatan katil Haikal.
"Saiful,kau kata kau nak lawan bang ameer kan?" Haikal melihat kearah Saiful yang sedang makan. "Haah.... awku...nak...tewngok seberapa kuawt dia...." Saiful bercakap dengan Haikal sambil mengunyah makanan didalam mulutnya. "Kau habiskan makanan tu dulu." Zakwan menasihati Saiful yang bercakap sambil makan.
"Kalau macam tu,apa kata engkau kuasai tingkatan 4 dulu." Haikal membuka bekas makanan dia.
"Kuasai tingkatan 4?" Saiful memandang kearah Zakwan. "KENAPA?" Zakwan pelik melihat Saiful yang memandang dia. "Tadi Haikal kata kuasai tingkatan 4,maksudnya kena kalahkan ketua disemua kelaslah kan?" Saiful memberi tahu alasan dia melihat Zakwan.
"Ouh,kau kena lawan penguasa kelas,bukan ketua kelas." Zakwan meminum air Melo dia.
"Tapi kau kan penguasa kelas dan ketua kelas lepas kalahkan Reza." Zakwan terus memandang Saiful.
"Memang,tapi bukan aku Penguasa kelas,tapi setahu engkau dah kuasai kelas 4 Pintar sebab kau dah kalahkan Ketua Kelas sebenarnya." Saiful pelik mendengar apa yang dikatakan Zakwan.
"Bukan kau ke penguasa kelas,kau sendiri cakap setiap tahun, setiap kelas akan cari orang kuat untuk jadi ketua kelas." Saiful mula berfikir apa yang dimaksudkan oleh Zakwan.
"Memang betul,tapi bukan jadi ketua kelas khas untuk kelas. Dalam setiap kelas,ada dua ketua kelas. Ketua Kelas dilantik cikgu dan dipilih pertarungan dari pertarungan. Kelas kita awalnya di Pimpin oleh Reza,lepas tu aku, waktu tu aku ketua kelas dilantik cikgu. Dan akhir sekali Haikal selepas dia kalahkan aku." Saiful mula faham apa yang dimaksudkan Zakwan.
"Jadi,Harimau putih dalam kelas kita siapa?" Saiful melihat Zakwan. "Haikal lah,kau fikir aku ke?" Saiful terus memandang Haikal.
"Haish,aku fikir engkau dah tahu." Haikal melihat kearah Saiful dengan tatapan kesal. "Tak."
"Baiklah,aku rasa,lepas kau dah kalahkan aku,7 kelas lagi akan jadi target kau. Salah satunya yang pasti target engkau, rival kelas kita, Rizal,ataupun orang panggil dia Atom, orang panggil dia Atom kerana tumbukan dia yang kuat dan sakit. Semua yang lawan dia akan tumbang dalam 1 tumbukan. Tapi hanya Zakwan yang pernah lawan dia, dia di Score selama 3 bulan dan harus belajar di rumah sahaja. Aku jadi ketua 2 bulan lalu sebab Zakwan ajak aku bertarung, jadi aku tak pernah lawan dia.
4 Cerdas atau dipanggil kelas 4-3,kelas yang paling bahaya kerana hanya lelaki disana.
4jiwa,ataupun 4-1 kelas yang banyak pelajar cerdik,tapi aslinya,walaupun itu tempat kelas pelajar cerdik,ada seorang lelaki bernama
Aniq,walaupun dia macam pelajar yang suka belajar,namun kalau dia dah bertarung,dia makan Todoroki di movie High and Low.
Rumor mengatakan kalau dia pernah kalahkan Atom dengan skill Taekwondo dia.
4 Kuat,4-2, kelas ketua yang mempunyai pelajar yang pandai. Kau jangan terkejut kalau aku kata penguasa kelas itu adalah perempuan,semua lelaki dia kalah dengan skill tinju dia. Nama dia Delisha.
Dia adik kepada orang nombor 3 Kuat dari geng Muscle,Viper. Nanti aku cerita pasal dia.
Ok, 4 Raga,4-5, disana mempunyai 2 pemimpin iaitu Kembar Z,Zamri dan Zahid, diorang dianggap sebagai duo kuat dari sekolah kita dan juga dari batch kita.
Mereka berdua pernah bertarung dengan Bang Ameer namun kalah telak,tapi disebabkan itulah dia dianggap sebagai duo terkuat dan terhebat,tiada kata takut dalam diri mereka.
4 Nyali,4-4, kelas yang gila dan sangat ganas,dan hanya dihuni lelaki juga.
Penguasa dia adalah King,antara 4 G.F.A.F, Great From All Fighter disekolah dan dia satu satunya yang ada dalam batch kita. Yang lain semua dari tingkatan 5,nama asli dia Afiq.
4-7 ataupun 4 Diri, disana hanya 5 orang lelaki dan semua perempuan. Namun penguasa dia bukan perempuan namun adalah seorang Playboy yang bernama Syafiq,dia sangat kuat dan paling brutal kalau bertarung.
Jika perempuan dihina dan maki oleh orang,dia akan cari lelaki itu dan bertarung dengan dia. Senang cakap,dia bertarung untuk lindungi perempuan.
4 hati,4-6 kelas yang paling cikgu benci dan tiada guru yang masuk kelas itu. Kelas itu adalah kelas orang-orang kaya dan berlagak. Sebenarnya kelas tu kelas ok,tapi selepas orang kaya penguasa kelas tu datang,dia buat hura-hara kelas tu, nama dia Daniel,Hakim Daniel,atau gelaran dia Rich.
Dia jadikan lelaki disana sebagai orang bawahan dia. Aku tak pernah tengok dia bertarung dan awalnya kelas itu dikuasai oleh Malik,tapi sekarang Malik hanya menjadi orang pendiam.
Itulah ketua yang harus kau lawan dibatch kita. Aku harap kau sedialah. Tapi aku harap engkau bersedia untuk Atom,minggu depan dia kembali ke sekolah. Kuatkan diri engkau,kerana Engkau sekarang penguasa kelas." Saiful hanya diam dan menatap tangannya.
"Jangan risau,aku sedia." Saiful ketawa dihadapan 3 kawanya.
Seminggu berlalu.
Seorang lelaki berjalan memasuki sekolah. Dengan badan yang besar dan tangan berotot. Lelaki itu senyum memasuki sekolah.
"Pagi Pak Guard!" Lelaki itu melambai kearah Pak Guard yang menjaga pagar. "HAHAHAHAHA KAMU TELAH SAMPAI,KAMU DAH HABIS DI SCORE? KAMU BERSEMANGAT YE. OKLAH PAK CIK NAK SARAPAN JAP." Pak Guard itu berjalan kearah kedai Cik Ina.
"Baik." Lelaki itu berjalan memasuki sekolah. "Dah lama aku tak bahu sekolah selepas aku discore kerana difitnah." Lelaki itu berjalan dan melihat sekolah.
"Buk!" Dia terlanggar seseorang. "Maaf,aku tak sengaja." Lelaki itu melihat lelaki didepannya. "Ouh,takpe,aku tak kisah." Saiful melihat lelaki yang melanggar dia.
"Baik,Abang nak naik kelas dulu." Lelaki itu berjalan ke blok tingkatan 4.
"ABANG......Dia berjalan ke blok tingkatan 4,memang aku ni macam budak ke?" Saiful melihat lelaki itu yang sedang bersiul.
°°°°°°
"Morning class!" Lelaki itu memasuki kelasnya. "Atom...... WEI ATOM BACK!" Lelaki sejelasnya berlari kearah Atom."Atom,kau tahu tak kelas 4-8 dah dikuasai oleh orang baru?" Lelaki bernama Fattah memberi tahu tentang kelas 4 Pintar yang dikuasai Saiful.
"Siap?" Atom duduk di mejanya. Dia melihat mejanya yang diconteng oleh orang yang bertulis 'kau layak jadi perogol' Atom hanya melihat mejanya dan diam.
"Itu diconteng oleh playboy itu Atom." Atom hanya diam dan melihat. "Takpe,siapa yang jadi penguasa kelas 4 Pintar?" Atom senyum sambil melihat 2 kawan depannya.
"Nama dia Saiful,pelajar baru,dia kalahkan Haikal minggu lepas." Atom bangun dari meja dan menuju keluar kelas. "Fattah,Adlan,jom kita lawat kelas tu." Atom dan dua kawannya berjalan menuju ke 4 pintar.
YOU ARE READING
Bad School
Hành độngDi Kuala Lumpur yang maju,terdapat satu kawasan yang dipanggil H.A.R.A.M. Tempat itu bukan haram untuk dijejak melainkan tempat itu di kuasai oleh 5 buah sekolah menengah. SMK Harimau yang menguasai bahagian Selatan. Sekolah terkuat dan ditakuti ole...