"Muscle,dia orang yang telah menguasai sekolah ini sewaktu dia tingkatan 1,mesti kau tidak akan percaya kalau dia telah berjaya mengalahkan Senior Tingkatan 5 sewaktu tingkatan 1." Zakwan mencerita tentang Bang Ameer yang ditemui Saiful.
"Kau tak tipu kan Zakwan?" Saiful melihat Zakwan,Jack dan Haikal. "Buat apa Zack nak tipu kau Saiful." Haikal membuka roti ikan bilis disebelah Jack.
"Aku dah agak kau tak percaya aku. Tapi ini kenyataan. Senior tingkatan 4 sendiri lihat pertarungan Muscle dengan senior tingkatan 4 yang naik tingkatan 5. Waktu tu dia baru Tingkatan 2. Semua yang lawan dia kalah dalam masa 5 minit sahaja." Jack memberitahu tentang kebenaran apa yang dikatakan Zakwan.
"Tapi aku tengok dia baik saja." Saiful memeluk tubuh sambil berfikir untuk percaya atau tidak yang dikatakan teman sekelasnya.
"Kau tak nak percaya dah,kita orang tak suruh kau percaya." Haikal berjalan menuju ke meja dia.
"Aku nak cuba lawan bang ameer." Jack dan Zakwan terkejut mendengar apa yang dikatakan Saiful. Haikal berhenti berjalan ke meja dan terus melihat kearah Saiful.
"Kau gila ke nak lawan pasukan Muscle seorang diri! Kalau kau nak lawan dia kau kena ada pasukan kau tahu tak!" Haikal berbalik badan dan terus kearah Saiful. Dia menarik kolar baju Saiful.
"Rilek Kal,Saiful pelajar baru,mana mungkin dia tahu tentang tatacara sekolah ni." Jack menenangkan Haikal yang sedang marah. "Kenapa engkau sampai nak marah Haikal." Saiful mengenggam tangan Haikal sambil menatap tajam wajah Haikal.
"Rilek Saiful,Kal,kitakan sekelas,jadi kita kawan. Kita tak kawan dengan orang yang suka membuli je kan." Zakwan menenangkan Haikal dan Saiful yang ingin bergaduh.
"Aku tak pernah anggap budak ni kawan. Dan terima kasih untuk roti ni." Haikal membuang roti yang dia makan ke baju Saiful.
Saiful melihat roti yang dibuang Haikal tinggal setengah. "Maaf Saiful, Kal sebenarnya tak suka orang yang berlagak. Dia sebenarnya fikir engkau berlagak sewaktu awal kau masuk sekolah ni. Dia ada trauma dengan orang yang berlagak." Jack cuba menenangkan Saiful.
"Kalau macam tu,aku tinggal jadikan dia kawan aku jelah. Sebab dia masih tak anggap aku kawan dia." Saiful senyum melihat kearah meja Haikal.
Pulang sekolah.
Haikal menghidupkan enjin motornya. "Aku kena balik awal,nanti kakak marah." Haikal cuba mengeluarkan motornya dari perkarangan sekolah. Dia tiba-tiba ditendang oleh seorang lelaki.
"Jadi kau Haikal dari kelas 4 pintar?" Lelaki itu melihat Haikal yang sedang kesakitan. "Kau rupanya,Nabil,Farhan dan Alex. Kau nak apa." Haikal mengangkat motornya. "Kasi duitlah macam biasa." Nabil memeluk leher Haikal.
"Aku tiada duit." Haikal cuba keluar dari pelukan Nabil. Namun Nabil menguatkan pelukan dileher Haikal. Haikal susah untuk bernafas.
"Kau jangan sampai aku bawa kau ke tempat geng aku." Nabil melihat ke arah wajah Haikal. "Aku.....kata....Aku...Tak....bawa....DUIT!" Haikal melepaskan pelukan dileher dan terus menumbuk leher Nabil.
Nabil jadi sesak nafas kerana dipukul oleh Haikal. "Jangan fikir selama ni aku tak melawan,aku lemah sial." Haikal berlari kearah Farhan dan Alex. Namun bahu kiri dia tiba-tiba sakit.
Haikal menghentikan serangan dia dan memegang bahu dia. "Banyak bunyi engkau!" Nabil menumbuk perut Haikal. Haikal terlempar kearah tiang tempat letak motor.
"ARGH! KENAPA WAKTU NI KAU SAKIT!" Haikal kembali bangun untuk melawan Nabil. "Hentam muka dia Nabil!" Alex dan Farhan bersorak untuk Nabil.
"Jangan risau,aku akan jatuhkan dia dalam sekali tumbuk." Nabil ingin melayangkan pukulan di wajah Haikal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bad School
AksiyonDi Kuala Lumpur yang maju,terdapat satu kawasan yang dipanggil H.A.R.A.M. Tempat itu bukan haram untuk dijejak melainkan tempat itu di kuasai oleh 5 buah sekolah menengah. SMK Harimau yang menguasai bahagian Selatan. Sekolah terkuat dan ditakuti ole...