Dhaki Rafza dijaga oleh penjaganya yang bernama Fadli Reyza yang ketika itu berumur 18 tahun .Rafza memanggilnya dengan panggilan Reyza. Reyza ditugaskan untuk mengasuh Rafza sementara ayah Rafza bekerja, Rafza ialah anak Yatim...ibunya meninggal disaat ia masih kecil.
Pada suatu hari,Rafza yang berumur 8 tahun keluar rumah.Reyza yang cuai tidak mengetahui bahawa Rafza diam-diam keluar rumah,lantas ia menghubungi Fazriq iaitu ayah Rafza yang ketika itu sedang bekerja untuk melaporkan bahawa Rafza keluar dari rumah.Fazriq yang mendengar laporan itu segera pulang untuk membantu Reyza mencari anak bongsu kesayangannya itu.
Sementara itu, Rafza yang berada di taman untuk mengambil udara segar tanpa sengaja melihat seorang kanak-kanak perempuan yang seumurannya menangis dibawah pokok ditepi sungai. Kanak-kanak perempuan itu mempunyai rambut yang berwarna merah jambu lembut yang begitu indah. Tanpa memikirkan keselamatannya ,Rafza terus menegur perempuan itu dengan bertanya apakah ia baik-baik sahaja? Namun siapa sangka , secara tiba2 Rafza ditolak dan terjatuh. Kepalanya terhantuk pada batu yang menyebabkan kepalanya berdarah dan tidak sadarkan diri. Anak perempuan itu bernama Scarlett ,Scarlett tidak sengaja menolak Rafza sehingga jatuh kerana terkejut akan kehadiran Rafza yang tepat didepannya. Kini ia merasa gerun diliputi rasa takut kerana ia suda menyebabkan kepala Rafza berdarah dan tidak sedarkan diri. Pada awalnya, Scarlett hanya ingin lari dan menghilangkan jejak bahawa dia yang menyebabkan Rafza begitu namun Scarlett tidak ingin ada rasa bersalah di dalam dirinya.
Sementara Scarlett berfikir ,tiba-tiba ia ditendang oleh seorang lelaki dewasa yang berumur 40an. Ya ,itu ialah Fazriq selaku ayahnya rafza. Fazriq menyedari keberadaan mereka disaat terdengarnya jeritan Rafza ketika ia ditolak oleh Scarlett. Dan Reyza menuju ke arah Rafza untuk melihat keadaannya.
Secara tiba-tiba muncul suara , "sungguh lelaki tua yang tidak berhati perut kerana menendang seorang kanak-kanak perempuan". Dan munculnya seorang wanita dewasa yang berumuran 30an, namanya Qis. Qis ialah penjaga Scarlett atau dikenali sebagai ibu angkat Scarlett, Namun Qis menjaga Scarlett dengan terpaksa kerana permintaan seseorang.Fazriq yang tidak terima dirinya dikatai sebagai lelaki tua yang tidak berhati perut terus bertanya kapada wanita itu, "kau siapa?jikalau tiada kena mengena pergi dari sini dan jangan masuk campur! Atau kau ibu daripada anak perempuan ini?" Kata fazriq. Qis yang sebelumnya bingung harus menganggap bahawa Scarlett adalah anaknya atau tidak sekarang telah sedar bahawa jika dia tidak menjaga scarlett dengan benar ,Scarlett akan merasai masa silam yang sama dengannya. Lantas qis mengatakan bahawa Scarlett adalah anaknya. Mendengar kata itu membuat Scarlett berasa terkejut dan terharu hingga ingin ia mengeluarkan air mata namun terhenti disaat Fazriq menanyai Qis dengan pertanyaan "jika kau memang ibunya ,mengapa kau tidak menjaga anak kau dengan baik? ". Qis yang mendengar pertanyaan itu berasa bingung dan tertanya-tanya, apa yang di inginkan lelaki itu sebenarnya. Secara tiba-tiba qis menanyainya semula " kalau aku ialah ibu yang tidak peka terhadap anak lalu kau itu apa? " . Mendengar kata-kata itu , sang ayah terdiam tidak tahu ingin mengatakan apa kerana ada benar perkataannya itu. Maka, keduanya berhenti berdebat dan terdengarlah siren ambulans yang dipanggil oleh Reyza mendekati mereka. Ketika ambulans sampai , Fazriq membuat janji dengan Qis iaitu mereka tidak boleh membenarkan anak mereka berkawan antara satu sama lain. Perjanjian itu tentu saja disetujui oleh Qis kerana qis juga tidak ingin melihat wajah lelaki itu lagi. Meski begitu ,apa daya mereka yang hidup di kawasan perumahan yang sama.
Sungguh kecil dunia ini
-tbc-
YOU ARE READING
UNREQUITED LOVE
Romance[ ON GOING ] Dhaki Rafza ialah seorang lelaki yang pendiam,lembut tetapi bukan softboy. Rafza sudah lama menyukai seorang perempuan yang bernama Scarlett. Namun , dia tidak berani menyampaikan perasaannya maupun mendekati Scarlett. Saat kecil merek...