Rafa
Seperti biasa rutin pagi yang hari-hari diulang sampai menunggu kiamat kelak. Secawan iced latte ditemani sarapan ala-ala 'mat salleh'
dan tak jugak dilupai oleh sahabat sedunia sekuburnya, Danny Hariz yang digelar sebagai orang kaya tapi masih mengemis makanan kepada dia yang hanya B40 disini."Kau lanje aku eh Raf? Kau kan kaya lagipun kiter ni bff hingga ke lubang kubur auch!" dengan suara sengau gediknya yang mahu sahaja Rafa Aryan tendang ke zimbabwe.
Manakala si Rafa sibuk membalas mesej-mesej 'kekasihnya'.Biasalah playboy kan?
Masih lagi tertanya-tanya Danny bergerak semakin ganas gais, orang dah palau dia pergi tendang-tendang pulak kerusi member.
"RAFA JAWABLA KANG TAK HALAL AKU MAKAN NI"
"Kamu nanyeak ?"
"YELA AKU TANYA KAU LA NI"
Dengan muka cemberut yang dibuat-buat yang lebih nampak seperti tahan berak, Rafa hanya menghela nafas dan memberikan lampu hijau untuk Danny meneruskan melahap makanannya.
"Makan jela aku tengah takde mood ni."
Rafa sebenarnya tengah serabut, masih memikirkan kejadian semalam. Tak pernah lagi dia di riject oleh kaum hawa apalagi di depan orang ramai. Memalukan keturunan pak jokowi betul.
Selepas selesai membayar, dia dan Danny terus bergerak ke kampus sebab masing-masing masih ada kelas. Almakumlah student.
Danny menatap Rafa pelik. 'Sihat tak kawan aku ni' detiknya dalam hati. Termenung je pastu kekadang mengeluh.
"Bro kau ok ke tak? Dari tadi asyik mengeluh je, niat aku nak jadi budak baik dengar Prof Azam cakap apa pun terbantut dengar kau duk mengeluh dari tadi. Try cerita sikit." Walaupun nampak Danny ni tak berapa nak serius tapi bila nampak kawan susah dia lah yang hulurkan bantuan dahulu. Kawan yang betauliah lah jugak si Danny ni.
Dengan keluhan sekali lagi,dia mula mencerita bagaimana dia rijek di hadapan bangunan fakulti matematik.
FLASHBACK
"Raf aku nak pergi membuang dulu, tak tahan dahni." Dengan terkepit-kepitnya sambil pegang perut dahla lempar beg dia tempat mengenai muka Rafa Aryan. Sial betul ada kawan macam ni. Rafa baru sedar dia sedang berada di hadapan bagunan fakulti matematik. Dengar cerita ada ramai awek cun boleh try. Ehek.
Baru saja cakap pasal awek cun maka lalu seorang gadis yang mampu membuat Rafa sampai tak berkelip mata memandangnya. Mata coklat hazel yang menawan hatinya itu dipandang. Sangat memukau dan memabukkan. Rafa tanpa segan selu terus menerpa gadis itu. Nak try la tu.
"Assalamualaikum saudari." Lain macam ya vibe Rafa Aryan sekarang. "Waalaikumussalam? Kita kenal ke?"Menjawab salam dengan sopan si gadis itu. Dia sedang buat assignment sebenarnya.
"Kita memang tak kenal tapi saya nak minta tolong dekat awak.""Nama awak pun saya tak tahu"
"Saya Rafa. Rafa Aryan."
"Daneen." Ujar gadis itu acuh tak acuh. Dia tak kenal lelaki pelik yang berada di depan dia sekarang ni. " Awak nak apa? Saya tak banyak masa, banyak lagi assignment saya nak kena buat dari melayan lelaki." Auch. Rafa Aryan terasa sejujurnya. 'Pedas jugak mulut perempuannya ni' fikir Rafa.
"Saya nak awak tolong ajarkan formula math boleh?"
"Maaf saya tak ambik pelajar." Dingin perkataan itu keluar dari mulut Daneen.
Nampaknya Rafa perlu berterus terang sahaja.
"Aku suka kau."
"Maaf awak dirijek."
YOU ARE READING
RAFA ARYAN : Professional Heartbreaker
Roman d'amourRAFA , lelaki kacukan melayu-indonesia yang digelar sebagai professional heartbreaker . Digilai ramai gadis. Rupanya yang tak kalah hebat menyebabkan tiada wanita yang pernah menolaknya. Hanya satu, Daneen Arfa Batrisya. DANEEN , kacukan arab yang d...