Senja di Kota Besar

0 0 0
                                    

(suatu petang di Johor Bahru)

disini aku,
di balkoni sangkar teduh,
dengan menikmati manisnya secangkir kopi dan bertemankan sebuku roti,
mataku tajam merenung kesibukan bandar besar,
lalu hati pula tetap sabar dalam menunggu,
menunggu akan mentari pulang ke asalan setelah selesainya tugas,
dan bersilih ganti akan bulan dalam menemani sang langit,
kepulan awan juga sayu mengiringi mentari,
lalu mataku tertumpu kepada sesaknya mobil di lebuhraya,
lalu akal ini dapat memberi asumsi atau implikasi,
bahawa ligatnya manusia di kota besar ini,
dalam menjalankan tugas mereka,
iaitu menyempurnakan hidup mereka,
yang takkan pernah sempurna.

-budakestet

Luahan Anak MarhaenWhere stories live. Discover now