Aku Caddel.
Andrea Caddel.Dengar je nama family aku, semua orang akan tertunduk takut. Maksud nama Caddel sahaja orang sudah tahu.
I can't say aku anak tunggal..
Sebab ada sorang makhluk ni.Caddel.
Andrew Caddel.Abang aku.
Kenapa la dia muncul dalam hidup aku? Menyusahkan betul! Baru nak berangan jadi 'the only child' hmmphh..
Nak buat macam mana? Dah takdir Allah kan? Kena la terima walau hati tak rela ecehhhhh...
Tapi seriously, lama-lama aku dah boleh terima. Terima yang dia akan jadi pelengkap hidup aku.
Beza umur dia dengan aku tak jauh. Kitorang beza setahun je. Dia ikut muka mummy, aku ikut muka daddy. Dulu jealous la jugak, sebab mummy cantik! So dia pun boleh tahan laa.. Cannot say no.
Nasib baik daddy handsome!
Kacuk Italy gituwww. Tapi anak dia ni hauk! Uwerkkk.. Dah la aku tak reti nak makeup segala bagai tu! Pakai sunscreen sikit-sikit haa dah keluar la rumah.
Andrew selalu cakap perangai aku macam jantan! Alasannya, sebab aku selalu pakai hoodie oversized je memanjang..
Eh suka hati aku lah!
Tapi ada jugak sometimes dia puji aku cantik hehehe walaupun dalam 5 tahun tu boleh kira berapa banyak kali je dia puji aku.
Kedekut betul! Bukan kena bayar pun haihhhh...
ROYAL ACADEMY OF ELITE.
Nama tempat permulaan semua cerita.
Nama sekolah orang-orang sombong, yang boleh aku cakap.
Tak silap aku, hampir 40 tahun keluarga Caddel tak menerajui sekolah ni.
And now, we're back.
Andrew dengan aku masuk awal tahun lepas. Aku ingat nak act like normal people, maksud aku bukan dari family Caddel.
Tapi malas lah! Aku buat je perangai kera sumbang aku tu. Dalam kelas, aku la paling senyap and susah nak senyum! Bukan sombong, tapi malas la nak layan orang.
Tapi Andrew ni lain sikit, dari dulu aku tahu dia ni suka bergaduh. Turun perangai daddy la tu! Dulu aku bising jugak, lama-lama aku biar je dia.
Malehh dah aku..
Nasihat bukan nak dengar pun!
Setahu aku, perangai tu kat luar sekolah je. Sebab anak-anak buah daddy pun bukan jaga sampai masuk sekolah pun. Paling dekat pun diorang berdiri betul-betul luar pagar.
Tapi setiap kali kitorang lalu depan orang, semua budak-budak kat sini tunduk kat abang aku ni.
"SIAPA DIA SEBENARNYA?"