Dia berjalan perlahan.
Perlahan? Berjalannya sahaja sudah laju. Orang lain perlu berlari-lari anak jika ingin berjalan di sampingnya.
Lama-kelamaan dia melajukan langkahnya. Why? Tadi dia terima satu berita. Berita yang buat mukanya masam mencuka.
Andrea menuju ke aspura, mencari abangnya.
Oh! Kalau nak tahu, Andrea dan Andrew antara pelajar yang tidak menetap di asrama. Tapi apa lelaki itu buat di aspura?
Pertanyaan tersebut telahpun terjawab melalui laporan pengetua mereka tadi. Hal itu menyebabkan panas telinganya.
“Andrew, what had you done?”
Sampai sahaja di aspura, semua pelajar lelaki tunduk kerana kehadirannya. Ketua pelajar, Matthew Solace menunjukkan jarinya ke tingkat atas.
“Second floor..”
Pantas dia memanjat setiap anak tangga dengan berhati-hati. Di aras atas, ketua guru disiplin sekolah itu hanya tertunduk memandang gadis itu.
“Miss Caddel, I've done my best but--”
Andrea mengangkat tangannya sedikit. Tak boleh nak marah jugak, bukan senang nak turunkan amarah abangnya! Member dah la panas baran.. Kuat pulak tu!
Siapa la yang berani cari pasal dengan dia ni haihhhh...
Dia terus menerjah sebuah dorm yang dikelilingi ramai pelajar di luar. Andrew sedang menumbuk kasar seorang lelaki yang sudah terbaring lemah.
Darah di atas lantai tidak menjejaskan fokusnya dari Andrew. Dia tahu, abangnya itu bukan mahu melakukan semua itu.
Dia tidak boleh mengawal dirinya.
Apabila amarah dan ego menguasai dirinya, sesiapapun tidak mampu untuk menghentikannya. Silap besar lelaki itu mencabar kekuatan seorang Andrew Caddel.
Walaupun gadis itu berdiri di sebelahnya, abangnya itu tetap menumbuk muka lelaki tersebut. Seperti tidak akan pernah puas. Nak tunggu mati dulu baru nak stop ke apa?
“Andrew..”
Tindakan lelaki itu terhenti.
“Andrew.. It's me, your sister”
Situasi menjadi senyap. Mendengar situasi yang agak janggal itu, Matthew mencelah di antara kerumunan pelajar-pelajar lelaki itu.
Kenapa Andrew hanya senyap?
Perlahan-lahan lelaki itu bangun dan menuju ke arah Andrea. Gadis itu terundur ke belakang. Muka abangnya itu sudah berurat. Andrew menggenggam erat tangannya.
Tiba-tiba dia mencekik adiknya itu. Gadis itu hanya mengerang perlahan. Sudah lama dia tidak menghadapi situasi seperti ini. Andrew pula tidak menunjukkan tanda-tanda ingin melepaskannya.
‘Sakitnya...’