"Apa awak buat kat sini?"Soal Wardah sedikit marah.
"Nak jumpa Daniel.Dia tu kawan I masa sekolah menengah"Balas Hazrel.
"Ouh.Minumlah dulu nanti Daniel keluar lah tu.Saya nak pergi dapur"Kata Wardah.
"Hmm"
Kelihatan Daniel baru keluar dari biliknya.
"Ha Hazrel lama ke sampai?"Soal Daniel.
"Tak de lah lama sangat.Dalam 5 minit macam tu"Balas Hazrel dengan senyuman manis.
Daniel terus menuju ke arah Hazrel lalu dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Hazrel.
"Hensem ye kau sekarang Hazrel.Dah ada calon ke nak kahwin?"Soal Daniel saja ingin mengusik Hazrel.Maklumlah lama tak jumpa.
"Ish kau ni mana adalah"Balas Hazrel.
"Eleh ye lah tu.Tahu-tahu dalam dia dah ada rupanya"Usik Daniel sekali lagi.
"Ehh kau nak cari pasal aku pulak.Kau tu sepatutnya yang kena ada calon lepastu kahwin kau tu umur dah meningkat"Kata Hazrel.
"Tenang kita gembira-gembira dulu.Kang dah jadi suami susah sikit nak keluar malam lepak dengan kawan"
Hazrel hanya mengangguk menandakan dia faham.Benar kata Daniel kahwin ini bukan perkara main-main.
Puan Daliesya keluar dari dapur iu dan terus sahaja Puan Daliesya datang ke arah mereka.
"Kenapa ibu datang sini"Soal Daniel sedikit pelik.
"Ni ha nak ajak makan.Makanan dah siap masak"Ajak Puan Daliesya.
"Ehh Hazrel marilah makan"Ajak Puan Daliesya.
"Baik Aunty"Balas Hazrel.
Mereka bertiga terus menuju ke arah dapur.
Kelihatan Wardah sedang sibuk membuat air.
"Wah banyaknya lauk Aunty"Kata Hazrel.
"Saja nak masak lauk banyak sikit lagipun hari ni Wardah dengan Hazrel ada"Balas Puan Daliesya yang mahu menarik kerusi untuk duduk.
"Ehh Hazrel kamu tidur sini ke?"Soal Puan Daliesya.
"Tidur dekat hotel Aunty mungkin kelmarin baru balik Selangor semula"Balas Hazrel matanya masih melihat Wardah yang sedang membuat air itu.
"Ehh kau ni asal nak duduk hotel bagai?,rumah aku ni cukup besar tidur je sini jangan nak mengada nak keluarkan duit.Ingat kau tu nak kumpul duit kahwin"Kata Daniel dengan selamba tanpa menghiraukan orang-orang yang berada di dapur itu.
Manakala Wardah di situ yang sedang memasukkan ais batu kedalam juga.Tiba-tiba sahaja dia batuk seakan teruk juga.
Darlene yang baru sahaja keluar dari tandas itu terus menuju ke Wardah yang sedang batuk teruk.
YOU ARE READING
Gadis Untuk Hazrel
RomanceWardah Qalesya||Hazrel Aqeel ❝ Izinkan aku mengubah segalanya ❞ Wardah Qalesya merupakan pelajar baru di universiti.Dirinya susah untuk jatuh cinta para lelaki di universiti tetapi dengan seorang jejaka tampan iaitu Hazrel Aqeel mudah jatuh cinta...