3 hari sudah berlalu.Kini telah tibanya masa untuk Wardah pulang ke rumahnya.
"Wardah aku nak cakap sikit"Kata Darlene yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Ha ye cakaplah"Balas Wardah yang sedang sibuk mengemas dan memasukkan pakaiannya ke dalam bag roda.
"Emm sebenarnya aku kena duduk lama sikit ada hal dengan keluarga"Kata Darlene jujur.
"Lah ye ke kalau macam tu aku balik naik bas je lah.Kau hantar aku kat stesen bas nanti"
"Tak apa ke weyh kau balik sorang-sorang?"Soal Darlene.Dirinya berasa bersalah akan melepaskan kawannya pulang ke rumah bersendirian.
"Tak apa lah benda biasa"Balas Wardah dengan senyum manis.
"Ehh jom lah sarapan aku buat nasi lemak"Kata Wardah kepada Darlene.
"Aik bila masa kau masak ni?"Soal Darlene pelik.
"Pukul 4 pagi tadi.Kau tengah tidur penat sangat"Balas Wardah.
"Dah jom lah sarapan mesti sedap kan kau masak"Puji Darlene.
"Tak ada lah biasa-biasa je"Balas Wardah sambil melangkah keluar dari bilik itu bersama Darlene.
"Ha kamu berdua meh sini makan lambat betul keluar bila erk.Tengok ni si Hazrel dah makan dulu"Kata Puan Daliesya.
"Alah tak apa lah Aunty dia lapar lah tu"Balas Wardah.
"Aunty siapa yang masak nasi lemak ni sedap betul"Kata Hazrel dalam keadaan mulutnya masih ada makanan.
"Ehh kamu ni tak menyempat tanya.Lain kali habis kan makan dulu"
"Aunty siapa masak ni?.Sedap betul"Kata Hazrel.Laju sahaja tangganya mencedok nasi lemak untuk kali kedua.
Terbeliak mata Wardah melihat Hazrel sudah mencedok nasi kali kedua sedangkan dia makan pun belum lagi.
"Cuba lah teka"Kata Puan Daliesya saja mengelirukan Hazrel.
"Aunty ke?"Soal Hazrel.
"Ehh tak ada lah.Aunty tak rajin buat nasi lemak pandan ni bagai-bagai"
"Habis siapa pulak yang masak?,ataupun ada orang bagi?"Soal Hazrel bertalu-talu ingin mengetahui siapakah yang masak nasi lemak itu.
"Orangnya ada tu ha dekat depan kamu tu"Kata Puan Daliesya.
"Wardah ke masak?"Soal Hazrel seakan tidak percaya.
"Ye lah kenapa muka saya ni nampak macam perempuan tak pandai masak ke?"Soal Wardah sedikit serius.
"Tak adalah rasa macam tak percaya yang awak masak sedap lain kali boleh minta lagi"Balas Hazrel selamba.
"Amboi kamu Hazrel ingat dia ni isteri kamu ke senang-senang order macam kat kedai mamak pula"
YOU ARE READING
Gadis Untuk Hazrel
RomanceWardah Qalesya||Hazrel Aqeel ❝ Izinkan aku mengubah segalanya ❞ Wardah Qalesya merupakan pelajar baru di universiti.Dirinya susah untuk jatuh cinta para lelaki di universiti tetapi dengan seorang jejaka tampan iaitu Hazrel Aqeel mudah jatuh cinta...