Bab 1

6 0 0
                                    

"Elyna!" Elyna terdengar ada yang memanggilnya. Elyna pandang sekeliling. Takde? Kini dia berada di suatu padang yang sangat luas. Di padang luas tu ada lah dia punya bunga-bunga, rumput-rumput, pokok-pokok. Kira macam boleh healing la gitu. Pandang punya pandang, tiba-tiba Elyna ternampak seorang jejaka. Hensem matt! Sayangnya dia hitam manis.. Elyna ni memang dia benci orang hitam. Tak kira lah hitam manis ka, hitam tak manis ka, hitam pahit ka, hitam kopi ka, hitam macam hati kau ka. Eh! Bagi Elyna semua nampak sama. Asalkan hitam. Kononnya dia allergic dengan orang hitam ni. Hek'eleh poyo!
"Elyna!" Elyna terdengar suara itu lagi. Jelas. Memang suara jejaka tu.
"Kau sape?" tanya Elyna. Belum sempat jejaka idaman perempuan itu menjawab, Elyna terasa dunianya hitam. Tiada cahaya langsung! Suasana tenang tadi pun takde. Lelaki tu pun hilang tah kemana.. Elyna terbangun. Lah.. Mimpi rupanya! Ingatkan mamat mane tadi.. Elyna bangun dan mencuci mukanya. Malasnye nak mandi.. Sejuk gila! rungutnya dalam hati. Rungut-rungut pun bukak shower jugak. Nasib baik ada water heater, kalau tak mampus beku. Selesai membuat rutin hariannya, Elyna terus turun untuk sarapan dengan keluarga tersayang. Sayang lah sangattt.

"Papa mane?" soalan pertama yang keluar dari mulut Elyna walau dia tahu pasti papanya sudah pergi kerja.

"Dah keluarlah ape lagi. Tanya soalan bodoh" jawab mak tirinya dengan selamba.

Eii kang ade yang kena sodok! Sabar Elyna sabar.. Kang ade yang sarapan selipar jepun goreng kang eii! pujuk dirinya sendiri dalam hati. Takpe. Selagi boleh sabar kita sabar. Asalkan takde yang mencetuskan peperangan dunia ketiga sabar jelah.. Elyna duduk di depan adik tirinya yang sudah tingkatan 1 tapi macam budak darjah 1. Haih..Manja kali diaa.. Elyna hanya sayang adik tirinya dan tidak mak tirinya. Nampak sepi je keluarga dorang, tapi Elyna ada 4 orang abang. Semua kerja. Same je macam bapak dia, gila kerja! Selesai sarapan, Elyna dan adik tirinya, Nisa mahu berangkat ke sekolah. Nisa macam biasa salam maknya sebelum pergi sekolah. Elyna? Ada dia kesah? Dia main cau je. Ayah Elyna memang orang yang sangat kaya. Boleh dikatakan jutawan. Tapi kenape tak bagi Elyna sekolah orang kaya? Bazir duit je kata papanya. Hek'eleh orang tua ni. Dah tua pun kedekut! Nak mampuih dah pun aih.. Haih memang tak payah cakap lah. Semua orang dekat sekolah aku bukannya kaya sangat! Aku lagi kaya. Tapi orang lain naik honda lah, hilux lah, vellfire lah! Aku ni? Setakat Axia je. Kalau ye pun taknak menunjuk at least bagilah yang besar sikit! Ni Axia juga dia suruh driver bawak! Budak sekolah Nisa takpelah diorang tak kesah, aku ni? Budak sekolah aku kata aku tipu yang aku anak orang kaya. Aku tak pernah cakap pun aku anak orang kaya, diorang je lelebih! Acah je. Penyepak kang baru tau! Bapak aku ni pun satu! Dia guna Lamborghini takpe lak! Mak tiri aku guna Mercedes takpe lak! Banyak lagi kereta yang boleh dipilih di parkir bawah tanah tu. Semua kereta branded. Tapi kenape bapak aku sanggup beli Axia ni semata-mata untuk bagi driver bawak aku pergi sekolah. rungut-rungut. Eh! Tup tup sampai dah. My school my neraka. Orang lain my house my syurga or my school my syurga. Elyna tak. Semua tempat Elyna rasa neraka kecuali tempat best bagi Elyna. Masuk-masuk je sekolah..

"Well well welllll. Looks who here! With her Axia! Miskin nye bapak you sampai mampu bagi you Axia je. Cakap anak orang kaya. Oops terlepas!" kata seorang perempuan yang suaranya membingitkan telinga.

Eii ada juga yang kena sumbat dengan stoking busuk kang! Nasib aku ni jenis penyabar sikit, kalau tak memang aku sental muka dia dekat dinding tu! "Kau ni memang kalau tak sakitkan hati aku memang gatal-gatal eh mulut kau?" soal Elyna." Hey excuse me bitch" kata Olivia. Eh eh betina ni panggil aku bitch pulak dah.. "Ape bitch bitch? Panggil diri sendiri ke?" soal Elyna sengaja biar Olivia panas. "Teacherrr tengok Elynaa niiii" adu Olivia dekat cikgu yang lalu dekat situ. Ha elok! Jantan lak tu, lagi gediklah berok ni! "Kenape ni Olivia, Elyna? Korang ni asyik bergaduh je." kata cikgu itu. Eh Olivia yang cari gadoh eh bukan aku! jawab Elyna dalam hati. "Elyna panggil saya bitch teacherr" tuduh Olivia. Elyna naik hantu. Play victim.. Bisik Elyna dalam hati. "Elyna.." belum sempat cikgu itu bersuara Elyna memotong. "Woy betina! Hang yang dok panggil aku bitch hang tuduh aku lak! Aku teghajang hang kang baru tau! Eiiiiii! Dasar betina tak tau malu! Play victim cam si*l!!" Elyna mula bersuara. Olivia yang masih tidak serik lagi, dia pura-pura nangis. "Elyna! Dah salah tu buat cara salah! Bukan nak minta maaf dak. Ni lagi dia tengking ugut!" kata cikgu itu. Elyna naik setan terus. "Eh jantan! Dari tadi aku diam ja sebab aku hormat hang. Hang dahlah takdak angin takdak ribut tiba-tiba mai astu buat serupa hang tau semua benda! Kang dengan hang dengan Olivia dua-dua aku sepak." Elyna lepaskan semua yang dia nak cakap. Ha ambek kau! Dua-dua terdiam. Bab kata pepatah terkentut lalu terdiam tapi yang ni terkoyak lalu terdiam. Elyna yang dah puas marah-marah berok dua ekor tu pun berlalu macam tu saja. Speechless semua orang.. Takyah nak speechless sangat aih. Semua orang tau Elyna jenis yang baran. Baru sikit dah naik hantu lah naik setan lah naik jin lah. Habis semua orang dia bahasakan. Biasalah Elyna kan.

Cik Baran Kesayanganku (My Beloved Miss Temper) Where stories live. Discover now