Bab 10

0 0 0
                                    


Selepas pergaduhan antara Elyna dan Hayden, Hayden menghilangkan diri. Elyna merasa Hayden menghilangkan diri kerana dia. Elyna terasa sangat bersalah kerana mengatakan hal itu kepada Hayden. Sedang leka Elyna tengah memikirkan bagaimana ingin berjumpa dengan Hayden, tiba-tiba Bodyguard nya datang.
"Kenape?" tanya Elyna
"Cik Elyna, malam ni ada dinner dengan Dato' Aizat. Jadi Cik Elyna diwajibkan untuk datang." kata bodyguard nya.
"Ok" jawab Elyna ringkas. Kenape ade dinner lagi? Nak bincang pasal tunang ke? Mungkin.. Hehe boleh jumpa Haydenn.

Malam itu Elyna pergi ke Hotel juga yang dibawa oleh drivernya.
Sesudah habis makan mereka lagi sekali pergi ke bilik yang paling besar hotel itu. Ala-ala meeting gituu. Elyna nampak Hayden. Tapi dia tiada peluang untuk bercakap dengan Hayden. Maksudnya takde peluang berdualah katakan..
"Ok El. Maafkan uncle atas kesalahan uncle atau apa-apa. Jadi minggu depan El akan bertunang dengan Jayden." kata Dato' Aizat. Ok minggu depan Elyna bertunang dengan Jayden. Eh wait.. Jayden?
"Jayden?" soal Elyna bingung.
"Yeah. Hayden ada cakap dekat uncle El suka Jayden, kan Hay?" kata Dato' Aizat sambil memandang Hayden yang ada disebelah Jayden.
"Yeah"
"Ok kalau semua setuju, perbincangan kita sampai sini sajalah. So minggu depan El kahwin dengan Jayden ya bukan Hayden dahh" kata Dato' Aizat sambil mengenyitkan mata kepada Elyna. Elyna hanya mampu tersenyum hambar. _kenape aku sedih? Kenape aku tak happy? Bukan ini ke yang aku nak? Bukan memang dari awal ke aku yang nak Jayden bukan Hayden? Apahal hati aku rasa sakit? Apahal aku sedih? Apahal aku marah?_ tanya Elyna kepada dirinya sendiri. Dia penuh tanda tanya apabila sakit hatinya mendengarkan Dato' Aizat kata akan kahwin atau tunangkan dia dengan Jayden. Jayden just setahun lagi tua dari Elyna..
Keluar sahaja Elyna dari hotel itu, Elyna terus mencari Hayden. Jumpa! Hayden sedang dalam perjalanan ke tandas. Elyna pun menunggu di luar tandas. Orang lain memandangnya lain semacam sebab tunggu dekat tandas laki. Tapi ada dia kesah..
Keluar sahaja Hayden dari tandas, Elyna terus menariknya ke tempat yang tiada orang. Tempat orang tak selalu lalu lah camtu. So sunyi lah.
"Kau pahal tarik-tarik orang?" tanya Hayden apabila dia nampak yang menariknya itu adalah Elyna.
"Kenape kau bagi aku dengan Jayden?" tanya Elyna
"Kau yang nak kann"
"Ye tapi-"
"Ha jadi kenape? Aku dah bagi Jayden kau nak apelagi? Kau nak berterima kasih? Oh kalau macam tu sama-sama bakal kakak iparku." Kata Hayden. Apabila dia menyebut 'kakak ipar', terguris terus hati Elyna.
"Hayden kau marahkan aku ke? Sorry lahh"
"For what?"
"For 3 days before."
"Kenape dengan 3 hari lepas" tanya Hayden buat-buat tak faham.
"Aku hina kau macam-macam."
"Lagi"
"Aku.. Aku maki kau"
"Lagi"
"Aku cakap pasal mak kau and masa kau nak dilahirkan."
"Lagi"
"Lagi? Itu ajelah. Ape lagi?"
"Kau pergi tanpa pujuk aku."
"Kau yang suruh aku pergi." kata Elyna. Hayden yang mendengar pun kecewa. _Kau tak faham ke aku suka kau Natasya? Aku dah cakap aku suka kau, kau memang tak faham ke buat-buat tak faham Natasya?_ tanya Hayden dalam hati. Hayden terus berlalu dari situ meninggalkan Elyna yang terpinga-pinga.

Ayokk taktauuuu

Cik Baran Kesayanganku (My Beloved Miss Temper) Where stories live. Discover now