Bab 1

56.8K 1.5K 39
                                    

18 tahun lepas..

Tangisan kanak-kanak perempuan di sudut rumah tidak dihiraukan oleh pasangan yang sedang bertengkar itu. Kanak-kanak yang sudah teresak-esak itu merapatkan lutut ke dada. Tangan naik menutup telinga. Begitulah kehidupannya hari-hari. Pertengkaran ibubapanya itu sudah menjadi halwa telinganya hampir setiap hari.

"Mar, aku dah tak tahan dah nak hidup dengan kau ni!" Mustaffa sudah meninggikan suara. Dia sudah rimas. Semakin hari wanita itu semakin menyemakkan kepala otaknya. Sudah tiada rasa cinta pada wanita itu.

"Memanglah kau tak tahan dah nak hidup dengan aku! Sebab kau sedap berfoya-foya dengan perempuan lain dekat luar sana!" Balas Maria. Nada suaranya juga sudah sama tinggi.

"Kau tak payah nak cakap aku. Kau pun sama je la. Kau ingat aku tak tahu, belakang aku kau keluar dengan jantan lain!" Jerkah Mustaffa. Nafasnya sudah turun naik.

Maria membuntangkan mata. Dia tidak mengendahkan anaknya yang sudah menangis di sudut ruang tamu itu.

"Aku pun dah tak tahan dah la nak hidup dengan kau, Mus! Elok kau ceraikan aku je lah!"

"Kau jangan cabar aku Maria!"

"Aku nak kau ceraikan aku sekarang jugak. Aku dah tak boleh tengok dah muka kau! Muka anak kau pun aku benci nak tengok!"

Nurina Amani yang mendengar sudah tersentak. Sampai hati mamanya kata begitu. Air mata semakin lebat mengalir.

"Anak aku? Kau yakin ke tu anak aku? Entah-entah anak jantan mana yang kau mengandungkan, kau kata anak aku!"

Nurina Amani menekup telinga. Tidak sanggup mendengar pertengkaran kedua ibu bapanya itu. Tahu ketika itu dia yang menjadi topik pertengkaran mereka.

"Aku tak kira! Kau ceraikan aku sekarang jugak kalau kau taknak jadi lelaki dayus!"

"Okay kau nak sangat kan?! Nur Maria binti Aziz, aku ceraikan kau dengan talak satu! Kau berambus dari rumah aku sekarang jugak! Kau bawak anak kau ni sekali!" Mustaffa sudah hilang sabar. Jarinya dituding ke pintu rumah. Menghalau wanita yang semakin hari semakin dibencinya itu.

"Akhirnya! Aku bebas jugak daripada perkahwinan bodoh ni!" Maria segera berlalu ke bilik. Bagasi di atas almari diturunkan. Semua bajunya dicampak ke dalam bagasi tersebut. Dicapai sahaja segala baju yang dia nampak. Dia memang sudah tidak sabar untuk keluar dari rumah ini. Dia sudah tidak ada hati.

Laju sahaja kaki dihayun melangkah keluar dari bilik. Nurina Amani yang memandangnya dengan pandangan sayu itu hanya dipandang sekilas.

"Aku cakap bawak anak kau ni sekali la! Kau pekak ke?!" Jerkah Mustaffa saat dia melihat Maria sudah memulas tombol pintu rumah.

"Kenapa pulak aku nak kena bawak? Aku dah mengandung and beranakkan dia pun dah mujur. Kau la jaga dia. Jangan nak menyusahkan aku" ujar Maria sebelum melangkah keluar.

"Mama! Mama jangan tinggal Amani mama!" Sayu sahaja kedengaran suara kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu merayu sambil berlari memeluk kaki ibunya. Dia tidak sanggup ditinggalkan. Walaupun setiap malam dia selalu ditinggalkan berseorangan di rumah ini, tapi kali ini berbeza. Ibunya akan meninggalkannya selama-lamanya. Dia tidak sanggup.

"Lepaslah Amani!" Jerkah Maria. Kemarahan yang meluap-luap terhadap lelaki yang sudah bergelar bekas suaminya itu membuatkan dia benci melihat wajah kanak-kanak itu. Walaupun anak itu yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari, walaupun anak itu yang dilahirkan dengan susah payah. Tapi perasaan benci itu telah mengaburi segalanya.

"Mama janganlah tinggal Amani" semakin kuat kanak-kanak itu memeluk kaki Maria.

"Kau duduk dengan lelaki ni Amani! Aku tak ada masa nak bela kau!" Kasar Maria menolak badan kecil kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu tersembam di lantai. Raungan Nurina Amani semakin kuat.

TERNYATA HANYA DIA (TERBIT)Where stories live. Discover now