Bab 6

37.4K 1.4K 43
                                    

"Nurse, boleh saya tahu dekat mana bilik pesakit Tengku Raisya Amanda Tengku Harraz Iskandar?" Suara garau itu bertanya.

"Tengku Amanda ada dalam bilik 1009 Encik. Encik ikut lorong kiri ni, bilik hujung sekali" sopan jururawat itu menunjukkan arah.

"Thanks, nurse. Boleh saya tahu condition anak saya sekarang?" Tanya Tengku Harraz. Dia mahukan kepastian. Kata bondanya, anaknya itu hanya demam biasa. Tapi risau juga jika bonda itu hanya mahu menyedapkan hati.

"Tengku Amanda okay je Encik. Demam rindu dekat mommy dia je kot" salah seorang jururawat yang turut berada di kaunter itu menjawab dengan senyuman.

Tengku Harraz segera berpaling. Wajah jururawat itu dipandang tajam.

"What do you mean, nurse?"

"Tadi masa awal-awal dia admit, menangis-nangis asyik mintak mommy dia. Tapi lepas wife Encik sampai tadi, terus ceria si comel tu. Dah tak gaya macam orang demam dah" jawab jururawat itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.

Tengku Harraz mengerutkan dahi. Tak mungkin!

"Thanks once again, nurse" ujar Tengku Harraz sebelum laju langkah diatur menuju ke bilik yang menempatkan Tengku Amanda.

***************************************

Tengku Harraz menarik nafas dalam sebelum menolak pintu bilik itu. Tangan mengepal penumbuk. Dia belum bersedia untuk berdepan dengan perempuan yang paling dibencinya itu.

Tengku Harraz sudah mengetap gigi. Dia tidak sangka Tengku Khalida dan Tengku Syafa sanggup membenarkan perempuan tak guna itu berjumpa dengan Tengku Amanda.

"Mommy.." perlahan suara anak yang dirinduinya itu menyapa ke telinga saat pintu bilik itu dikuak. Tiada siapa yang menyedari kehadiran Tengku Harraz ketika itu.

"Ye, babygirl?" Tengku Harraz mengerutkan dahi. Dia tidak pernah dengar suara itu.

"Amanda nak balik rumah, plishhh" Tengku Harraz menghentikan langkah.

"Boleh, tapi Amanda kena janji, Amanda kena minum susu, kena makan banyak-banyak and kena makan ubat. Baru boleh balik. Okay?" Tengku Harraz merenung tajam belakang tubuh wanita yang sedang membelakanginya ketika itu.

"Okay, mommy!" Tengku Amanda memeluk tubuh Nurina Amani. Tengku Harraz tersentak.

'Mommy?' Tengku Harraz semakin merapati.

"Who are you?" Dingin sahaja nada suara Tengku Harraz. Dia sudah tayang muka batu.

Semua yang ada dalam bilik itu tersentak. Baru sedar akan kehadiran lelaki itu.

"Daddy!!" Tengku Amanda yang berada di atas ribaan Nurina Amani itu sudah menyuakan tangan ke arah Tengku Harraz. Meminta daddynya itu mendukungnya.

Nurina yang masih terpana itu terus berdiri. Perlahan-lahan dia menyerahkan Tengku Amanda kepada Tengku Harraz. Lelaki itu hanya mmandangnya tajam sebelum menyambut Tengku Amanda.

"Hati-hati. Tangan dia ada jarum" perlahan sahaja Nurina Amani menuturkan. Dia hanya berdiri sahaja di situ. Kaki seolah-olah digam ke lantai.

"I mish you daddy" kedua-dua belah pipi Tengku Harraz dikucup laju.

"Daddy miss you too, princess" Tengku Harraz turut mencium kedua-dua pipi Tengku Amanda. Mata sempat mengerling sekilas wanita yang masih terkebil-kebil memandang ke arah mereka berdua.

"Are you deaf? Aku tanya kau siapa?"
Dingin sahaja lelaki itu bertanya. Matanya tajam merenung wanita yang memakai tudung bawal berwarna pink itu. Dia tidak pernah nampak wanita itu sebelum ini

TERNYATA HANYA DIA (TERBIT)Where stories live. Discover now