The beginning

12 0 0
                                    

Qabil melangkah keluar dengan berpakaian baju kemeja putih sambil tangan memegang kot berwarna biru pekat menuju ke ruangan makan dimana sarapan pagi telah disediakan oleh ibu Qabil sendiri iaitu Datin eyna

Sudah menjadi kebiasaan Qabil untuk sarapan dahulu di rumahnya sebelum bergerak ke tempat kerja

Qabil yang sedang menarik kerusi meja makan ,terus mengalihkan pandangan ke arah wajah ibunya kerana dipuji

"Hemsem harini awak Shayyi biasanya pakai hoodie ngn seluar slack je ,kenapa tiba-tiba lain pulak gaya awak" tanya Datin Eyna pelik akan penampilan anaknya pada hari itu

"Saja ibu, tukar stlye hemsem kan"jawab Qabil dengan wajah yang tersengih akibat pujian yang diberikan ibunya

Anak mak lah katakan

"Berangan lah kamu Qabil" kata Datin Eyna malas melayan anak teruna nya itu

"Eh ibu mana walid ? Dari semalam takde kat rumah outstation ke ?" Soal Qabil pelik kerana walidnya sudah dua hati tidak nampak batang hidung

"Walid pergi kerja awal ada hal kata nya
Macam awak tak kenal walid awak ,kalau tak ada kat meja makan ni mesti dia keluar awal" beritahu Datin Eyna kepada anaknya Qabil

Qabil yang mendengar jawapan daripada ibunya hanya menganguk , ialah betul juga apa yang diperkatakan ibunya, walidnya akan gerak awal ke pejabat jika ada kerja yang perlu di selesaikan

Sebaik sahaja makanannya habis Qabil terus mengankat pinggan menuju ke singki untuk dibasuh , namun belum sempat tangannya memegang span basuh pinggan badanya telah ditolak oleh Datin Eyna ,

" Dah lambat dah ni Qabil baik awak pergi kerja biar ibu basuhkan , nanti walid bising" arah ibu kepada Qabil

"Alah ibu ni Qabil makan Qabil lah basuh , lagipun Qabil dah besar lah boleh basuh sendiri" kata Qabil kepada ibunya

"Ibu boleh basuh Qabil , lagipun dulu masa kecik ibu juga yang basuh , nanti awak lambat walid awak marah lah" jawab Datin Eyna Kepada Qabil dengan nada yang lembut agar anak nya cepat bergerak ke tempat kerjanya

" Hm, baiklah Qabil pergi dulu ibu " kata Qabil pasrah dengan ibunya

Tangan beruratnya dihulurkan untuk menyalam ibunya, Datin Eyna

The Precious Love StoryWhere stories live. Discover now