SECRET MAMA
[9/6/2005]GADIS bertopeng hitam bersama suit sepenuhnya gelap itu menyelinap masuk ke dalam rumah banglo yang dikelilingi hutan tersebut. Misinya hanya satu, bunuh salah seorang dari penghuni rumah tersebut.
Pisau spiral dibawa keluar olehnya sebelum dia menikam leher pengawal yang menjaga pagar utama rumah tersebut. Akibat waktu yang gelap dek kerana malam, tiada satu pun pengawal lain yang sedar akan aksi tersebut setelah dia menekup mulut mangsa dan menikam lehernya.
Pakk!
"Siapa tu?" Salah seorang pengawal yang menjaga menyuluhkan lampu pada tempat berasalnya bunyi. Matanya membulat besar melihat dua orang rakannya sudah tumbang. Seorang leher ditikam manakala seorang lagi lehernya dipusingkan kebelakang.
Lantas dia mengeluarkan walkie-talkie untuk memberitahu kepada yang lain tentang kes ini. Namun tidak sempat dia bersuara, mulutnya disumbat sesuatu.
Tit tit tit tit
Membesar matanya apabila mendengar bunyi tersebut.
Bom!
Letupan kecil terjadi apabila bom kecil yang disumbat ke dalam pengawal itu meletup. Gadis bertopeng itu mengukir senyuman sinis sebelum dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo tersebut.
Iman memarkingkan motornya kecelah semak supaya tidak diketahui oleh pengawal yang menjaga. Earpiece ditekan.
"Azyiel, berapa ramai?" Soal Imam, ingin tahu memandangkan Azyiel juga turun bersamanya sebagai headhunter.
"Ramai gaklah, aku malas nak kira. Tapi ramailah juga. Tapi tulah, malas nak kira, tapi ramai—" Iman melepaskan earpiece supaya tidak mendengar lagi kata-kata Azyiel yang dianggap remeh.
Iman dan Azyiel diarahkan untuk ke rumah banglo tersebut untuk membuat sedikit kekecohan sebagai amaran supaya tidak mengganggu Irshad, Aliyah dan juga Farah.
Iman melangkah menghampiri gate utama sebelum dahinya berkerut melihat agak ramai pengawal yang menjaga sudah terbaring sebagai mayat. Lantas earpiece dipakai semula.
"Zyiel, kau ada nampak penceroboh lain tak? Banyak gila pengawal yang jaga gate utama ni mati," lantas Azyiel memeriksa melalui tropong miliknya.
"Tak nampak pula apa-apa yang mencurigakan. Tapi pengawal bahagian dalam semua hidup lagi," jawab Azyiel. Iman dengan langkah berjaga-jaga melangkah masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut.
"Eh, kejap.." Azyiel kembali meneropomg disuatu tempat apabila perasan sesuatu yang mencurigakan. Setelah memastikan, dia kembali menekan earpiece.
"Perempuan bertopeng tu ada juga wey! Nilah masanya untuk kau cari tahu siapa perempuan tu!" Iman berfikir seketika. Apa gadis itu buat disini? Kalau dia adalah Aliyah, adakah Aliyah juga sedang membalas dendam?
"Okey, apa-apa roger," balas Iman sebelum dia kembali menyelinap masuk. Matanya memandang kearah gerak-geri gadis bertopeng yang sedang lincah membunuh itu sebelum matanya memandang kearah sebuah tangga.
Tangga tersebut akan terus membawanya ke bilik tingkat dua. Lantas tanpa berfikir apa, Iman melangkah dengan penuh berjaga-jaga menaiki tangga tersebut.
Sesampainya dia di bilik tersebut, matanya tertancap pada sebuah frame gambar. Ni bilik... Aliyah?
Ah, malas mahu berfikir, Iman melangkah keluar dari bilik tersebut sambil membetulkan mask dan topi yang dipakai olehnya sebelum dia merempuh masuk ke dalam bilik utama sambil mengacukan pistol ke dalam bilik tersebut.
Terkejut encik Faris dan Puan Aysmin dengan rempuhan tersebut sebelum dengan pantas Encik Faris mencapai pistol miliknya yang berada di dalam laci dimeja sisi sebelum turut diacukan kearah Iman.
YOU ARE READING
04 | Secret Mama (hold on)
ActionKarya keempat [@Quendarkness][on-going] "Many secret in this story because this story name is Secret Mama." Uwek! Uwek! Uwek! Bunyi tanggisan bayi yang berasal dari celah susunan kotak di kilang tersebut menghentikan langkah mereka semua. Be...