aku ingin pulang pada masa lalu,
bilamana kau masih setia disisiku,
menjadi penghibur tika duka laraku,
namun walau seabad lagipun aku menunggu,
kau tetap tidak akan pulang ke pangkuanku.aku ingin setia pada masa kini,
mencuba sedayaku untuk merelakan kau pergi,
walau aku buntu bagaimana untuk aku jalani,
hidupku tanpa kamu disisi,
kerana aku tahu kau tidak akan kembali.aku ingin segera ke masa depan,
ingin melihat sama ada kau telah kembali,
ingin melihat sama ada kau masih disisi,
ingin melihat sama ada kita akan bersatu,
berpuluh tahun rela ku tunggu,
jika demikian takdir yang Satu tertulis untukku.kerana cintaku padamu
dulu, kini dan selamanya...
![](https://img.wattpad.com/cover/309988765-288-k534121.jpg)
YOU ARE READING
aku, kau dan Dia
Poetry-excerpts from Aara's journal- tidak ada namanya yang benar-benar pengakhiran melainkan sembuah permulaan baru.