BAHIS

39 6 4
                                    

Start

14 March 2023

Bahis : Chance or Fate by The_4nne

Assalammualaikum dan salam sejahtera Anne ucapkan. Sebelum kamu semua baca cerita ini, ingin saya ingatkan bahawa setiap watak dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, jika ada tersama di mana mana bahagia itu hanya kebetulan semata-mata. Cerita ini memang berdasarkan imaginasi author semata-mata.

Ingin juga Anne ingatkan bahawa...

' READ AT YOUR OWN RISK!'

Kalau ada yang termenitis air mata, tersakit hati atau sebagainya, tidak boleh claim apa apa refund ye wkwkwkwk. Author tidak bertanggungjawab sama sekali!

Sedikit info, perkataan 'Bahis' yang ada pada tajuk bermaksud 'pertaruhan' yang diterjemahkan di dalam Bahasa Turki. Kenapa guna Bahasa Turki? Haaa, kena baca baru tahu wkwkwkwkwkwk.

Dan, di sini Anne ingin memberitahu bahawa cerita ini bukan atas usaha Anne seorang, ada dua insan yang turut menyumbangkan usaha mereka dalam cerita ini. Story ini tidak akan bermakna tanpa mereka. Dan Anne dengan rendah hatinya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha mereka dan Anne nak mereka tahu yang Anne sangat hargai mereka dan lurveeee mereka, ehek!

Thanks a lot my dear alyananazira_ mwqryn. Me love you two so much ❤️

Jika cerita itu kena dengan selera anda dan berjaya suatu hari nanti, ianya bukan atas usaha Anne seorang tetapi juga usaha mereka berdua dan sokongan para readers semua.

Juga diingatkan bahawa Anne seorang pelajar dan masih busy dengan belajar jadi update akan jarang berlaku. Hanya ada ketika saya mempunyai masa lapang yang cukup untuk saya update cerita ini. Maaf andai anda semua yang membaca ada tersakit hati sebab lambat update or sebagainya. Ribuan maaf saya pohon.

Dengan rendah hati, Anne mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca story yang tidak seberapa ini.

sinopsis penuh :

Bagi Ameera Husna, hidup secara sederhana bersama bapa saudara iaitu abang kepada bapanya, ibu saudara dan sepupunya sudah cukup sempurna. Tiada kehidupan lain yang menjadi dambaannya selain berbahagia bersama keluarganya yang sekarang setelah ibu dan bapanya pergi meninggalkannya dalam sebuah kemalangan. Namun, segalanya mula berubah sedikit demi sedikit apabila bapa saudara iaitu adik kepada bapanya yang tinggal nun jauh di seberang laut pulang.

Bapa saudaranya tidak pulang saja-saja, ada sesuatu ibarat amanah yang dibawanya dan perkara itu telah merunsingkan kepala abang kepada bapanya itu.

“ Ameera sudah besar, sudah layak menjadi isterinya orang. Paklong dan Paksu pun dah jumpa calon, atau, Ameera ada calon lain?” - Paklong ( Ramadhan Zahid )

Ya, Ameera telah diminta untuk menikahi anak kepada kenalan Paklong dan Paksunya. Ameera cuba menolak namun riak wajah Paklong dan Paksunya kelihatan seperti terdesak. Ameera akhirnya bersetuju.

Tanpa melihat wajah, tali pertunangan diikat dan yang menjadi saksi hanya ahli keluarga sahaja. Ada Ameera meminta gambar si lelaki pada Paklong dan Paksu namun tidak diberinya.

Setelah 3 bulan bertunang, si lelaki datang ke Malaysia. Ternyata, tunangnya seorang yang kaya. Empat pasang mata bertemu, tetapi bukan dia. Insan yang disangka tunang rupanya bukan. Itu hanya adik kembar kepada tunangnya.

“ Sorry sis, bukan niat saya nak tipu awak tapi abang saya tu dia... complicated sikit.” - Haris Daeran.

Sejak itu, pelbagai perkara tidak terduga terjadi. Ameera bertemu empat mata dengan tunangnya. Ameera mengetahui rahsia keluarganya dan juga dirinya. Ameera dikejutkan dengan sebab mengapa dia dijodohkan, dia merasakan dia tidak mengenali siapakah dirinya yang sebenar. Kejutan demi kejutan mula terjadi namun Ameera pasrah, tiada daya dia ingin menolak walaupun hati penuh rasa marah dan benci.

Hubungan yang baik di antara Ameera dan tunangnya mula renggang, insan ketiga yang tidak diduga mula menjelma. Angin Monsun Timur Laut dan Barat Daya mula melanda hubungan mereka hingga masing masing terhempas ke tanah. Namun, perkahwinan tetap diteruskan dan saat itu berlaku perkara yang hampir meragut nyawa salah seorang daripada mereka. Saat hilangnya si dia, barulah rasa sayang dan cinta itu benar benar nyata di hati. Teringat kata-kata nista yang pernah dilemparkan sehingga insaf melilit hati namun segalanya sudah terlambat. Atau mungkin tidak? Berpegang pada kalimah 'Kun Faya Kun'.

Salam Sayang dan Cinta,
Anne.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAHIS : Chance or FateWhere stories live. Discover now