Bagi Ameera Husna, hidup secara sederhana bersama bapa saudara iaitu abang kepada bapanya, ibu saudara dan sepupunya sudah cukup sempurna. Namun, segalanya mula berubah sedikit demi sedikit apabila bapa saudara iaitu adik kepada bapanya yang tinggal nun jauh di seberang laut pulang. Bapa saudaranya tidak pulang saja-saja, ada sesuatu ibarat amanah yang dibawanya dan perkara itu telah merunsingkan kepala abang kepada bapanya itu. " Ameera sudah besar, sudah layak menjadi isterinya orang. Paklong dan Paksu pun dah jumpa calon, atau, Ameera ada calon lain?" - Paklong Ya, Ameera telah diminta untuk menikahi anak kepada kenalan Paklong dan Paksunya. Ameera cuba menolak namun riak wajah Paklong dan Paksunya kelihatan seperti terdesak. Ameera akhirnya bersetuju. Tanpa melihat wajah, tali pertunangan diikat. Ada Ameera meminta gambar si lelaki pada Paklong dan Paksu namun tidak diberinya. Setelah 3 bulan bertunang, si lelaki datang ke Malaysia. Ternyata, tunangnya seorang yang kaya. Empat pasang mata bertemu, tetapi bukan dia. Insan yang disangka tunang rupanya bukan. Itu hanya adik kembar kepada tunangnya. " Sorry sis, bukan niat saya nak tipu awak tapi abang saya tu dia... complicated sikit." - Haris Luqman. Sejak itu, pelbagai perkara tidak terduga terjadi. Ameera bertemu empat mata dengan tunangnya. Ameera mengetahui rahsia keluarganya. Ameera dikejutkan dengan sebab mengapa dia dijodohkan. Kejutan demi kejutan mula terjadi namun Ameera pasrah, tiada daya dia ingin menolak walaupun hati penuh rasa marah dan benci. Hubungan yang baik di antara Ameera dan tunangnya mula renggang, insan ketiga yang tidak diduga mula menjelma. Namun, perkahwinan tetap diteruskan dan saat itu berlaku perkara yang hampir meragut nyawa salah seorang daripada mereka. Saat hilangnya si dia, barulah rasa sayang dan cinta itu benar benar nyata di hati. Teringat kata-kata nista yang pernah dilemparkan sehingga insaf melilit hati namun segalanya sudah terlambat. Atau mungkin tidak?
1 part