ASP Azman kelihatan duduk di meja sambil mengurut kepalanya yang sudah pening. Laporan mayat yang ditemui semalam mempunyai persamaan metod dengan kes yang sedang disiasat Linda pada minggu lepas. Kali ini mayat ditemui digantung pada pokok dengan lengan sebelah kiri dipotong dan disumbat ke dalam lubang faraj mangsa. Tapak tangan mangsa pada lengan yang dipotong dilihat menggenggam bungkusan kain dan apabila pengawai penyiasat membukanya terdapat serpihan tanah merah di dalam. Nota lain juga ditemui di dalam mulut mangsa dengan kandungan tulisan yang sama seperti sebelum ini. Cuma kali ini hanya lengan kiri sahaja yang dipotong. Ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua minggu. ASP Azman lantas memanggil Linda ke dalam pejabatnya.
"Linda, ini adalah kes kedua dan saya rasa dilakukan oleh orang yang sama."
"Saya pun fikir begitu tuan. Tapi kita perlukan lebih bukti yang kukuh" Linda cuba memberi pertimbangannya.
"Saya mahu kamu pergi ke sana sekarang. Cuba siasat dengan lebih lanjut mana tahu kamu ada terjumpa apa-apa lagi bukti"
"Baik tuan!"
******************************************
Linda tiba di lokasi kejadian dan disapa oleh Karim. Karim terus membawa Linda ke arah lokasi di mana mayat dijumpai.
"Linda, kau tengok ni. Langsung takde darah menitik kat atas tanah. Macam pembunuh dah keringkan darah mangsa di tempat lain" Karim menunding jarinya ke tanah.
"Kau yakin? Semalam ada hujan tak?"
"Aku dah tanya penduduk sekitar. Memang takde hujan semalam kat sini. Sebab tu aku pelik kenapa takde darah kat tanah" Karim cuba menyakinkan Linda dengan pertimbangan peribadinya.
Linda kemudian melihat ada cebisan kain terselit di dahan pokok. Linda terus memanjat dan mengambil cebisan kain tersebut.
"Kau tengok ni. Ni macam kain baju lelaki. Tengok ada kesan darah" Linda menayangkan kain tersebut di mata Karim.
"Kau bawak ni bagi kat Cindy tengok ada padanan DNA tak dengan darah mangsa."
Karim memberikan salut hormat kepada Linda dan terus pergi membawa bahan bukti yang baru ditemui. Dalam cubaan mencari bahan bukti baru di lokasi kejadian, ekor mata Linda menangkap satu sosok tubuh menyorok di belakang pokok yang besar kira-kira 15 kaki dari lokasi mayat digantung. Itu orang yang sama.
"Hey kau jangan lari!" Linda terus mengejar individu tersebut.
Linda sedaya upaya mengejar sambil mengacukan pistol ke arah lelaki tersebut. Tanpa berlengah, Linda melepaskan tembakan ke arah lelaki tersebut kerana gagal mengikuti arahan Linda. Tembakan tersebut sengaja ditujukan ke kaki dan mengena pada sasaran. Lelaki tersebut jatuh ke tanah dan Linda berjaya menangkap lelaki tersebut. Bunyi das tembakan memberikan satu signal kepada petugas polis yang lain dan mereka dengan segera berlari ke arah Linda untuk memberikan pertolongan.
*****************************************
Lelaki tersebut dibawa ke hospital bagi rawatan susulan. Apa motif dia berada di lokasi kejadian masih lagi menjadi misteri kepada pasukan penyiasat. Pengawai penyiasat sudahpun mengambil sampel air liur dan darah lelaki tersebut sebagai langkah pengenalpastian saspek. Kini Linda hanya menunggu sahaja laporan mengenai lelaki tersebut. Setelah disoal siasat, lelaki itu dikenalpasti sebagai Richard Adam. Berkulit sawo matang namun memiliki mata berwarna biru, wajah yang tampan iras-iras pelakon Korea amat menarik perhatian Linda. Renungan kosong namun misteri menggamit perasaan Linda terhadapnya. Siapa Adam dan motif penglibatannya dalam kes ini amat menarik dan Linda berazam untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin.
"Kenapa awak pergi ke lokasi kejadian? Apa motif awak?" Linda mula menanyakan soalan terhadap Adam.
Namun Adam hanya menyepi dan menguncikan mulut. Geram dengan perbuatan Adam, Linda terus menanyakan lagi soalan yang sama berulang-ulang dengan harapan Adam mengalah dan akhirnya membuka mulut. Setelah hampir sejam soal siasat, Adam hanya membisu dan Linda yang berputus asa.
Linda yang baru ingin membuka langkah keluar dari wad tiba-tiba Adam bersuara.
"Kau tak patut tembak aku"
Linda menoleh ke arah Adam dan melihat Adam sudah berpaling dan baring membelakangi Linda.
"Apa kau cakap tadi?" Linda terus bergerak ke arah Adam dan mula menariknya bangun.
"Kau cakap apa tadi? Kenapa aku tembak kau? Aku tembak sebab kau lari"
"Sekarang baik kau mengaku kau yang buat kan?"
Linda mula mengugut Adam.Adam hanya membisu sahaja.
Linda yang semakin dikawal amarah mula menampar muka Adam. Adam yang tangannya bergari tidak mampu melakukan apa-apa sehinggalah Karim tiba-tiba muncul dari belakang dan menarik Linda pergi.
"Linda kau kena sabar Linda. Jangan pukul saspek" Karim cuba menenangkan Linda.
Akhirnya Linda mengalah dan berlalu pergi meninggalkan Adam di katilnya. Linda terus pulang ke apartmentnya untuk berehat.
YOU ARE READING
Misteri Tanah Merah
Mystery / ThrillerSebuah kisah yang menceritakan tentang kisah msteri pembunuhan bersiri di sebuah daerah di dalam negeri Perak. Seorang detektif bernama Linda terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki misteri namun misteri menyelubungi identiti sebenar lelaki itu. ...