Enam bulan berlalu begitu sahaja. Hubungan Kasturi dan Jelita semakin pulih.
Gadis itu juga telah menghadiri sesi kaunseling dan beberapa sesi bersama psychiatry peribadinya. Keadaan gadis itu sudah berubah walaupun bukan keseluruhannya.
"Kau okay?" Tanya Kasturi sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
Mug berisi milo panas dihulur kepada Jelita.
Jelita mengangguk.
Mug winx club disambut. Jelita tersenyum memandang mug itu.
"Kenapa kau senyum?"
"Mug ni. Awak memang minat winx club ke?" Si gadis bertanya. Bukannya dia tidak perasan.
Jejaka itu mempunyai beg galas kecil winx club, mini patung figura yang berlambak di atas meja kerja jejaka itu.
Di pejabat jejaka itu juga.
"Aku suka. Dulu masa aku kecil. Setiap kali mama aku tinggal aku pergi kerja, mama selalu pasang cerita winx club. Tup, tup sampai ke tua aku suka,"
"Oh. Awak selalu bercerita fasal mama awak. Papa awak pergi mana?"
"Papa tinggal mama masa mama tengah sarat mengandungkan aku,"
"Jelita minta maaf," rasa bersalah pula tiba-tiba.
"Tak apa. Tiga bulan lepas tu dia terlibat kemalangan. Kereta dia pandu straight ke gaung," jejaka itu ketawa di hujung ayatnya.
Jelita memandang jejaka itu tidak berkedip.
"Erk..." Jelita mati kata.
Walaupun sudah lama dia bersama dengan jejaka itu. Masih dia belum faham sepenuhnya jejaka itu.
"Kau termenungkan apa?"
"Tak ada apa. Jelita cuma teringatkan moment pertama kali kita jumpa,"
"I've call you crazy so many times. Sampai masuk ke dalam grab pun Jelita sumpah seranah awak," Jelita ketawa setiap kali dia teringatkan situasinya di saat itu.
Kasturi turut ketawa.
Rambut Jelita dipintal.
"Aku tak tahu macam mana aku berani tegur kau masa tu. Dekat public pula tu,"
"Kau tahu, aku jarang beramah mesra dengan orang yang aku totally tak kenal. Kalau kau tak percaya kau tanya si Jiyad dengan Farid. Tapi aku tak tahu kenapa waktu tu aku kacau kau,"
"Aku tunggu kau telefon aku dengan nombor yang aku bagi. Tapi, hampeh. Sampai ke sudah kau tak telefon aku,"
"Lepastu informan aku bagitahu yang kau kerja dekat KFC dalam tu. Setiap hari aku pergi beli ayam KFC tahu,"
"Jangan cakap awaklah lelaki yang beli ayam seketul dengan air cola tu kan?"
Kasturi menggaru kepalanya. Malu. Dialah tu.
"Mula tu saya pelik tak pernah dibuat orang beli seketul je ayam. Dahla bertopi siap pakai masak sampai tutup semua,"
"Sampaikan, kalau saya tengok awak. Saya dah tahu awak nak oder apa. Ada satu hari tu, saya dah siapkan pesanan awak tau," gadis itu ketawa.
"Lepastu, dua hari awak tak datang. Saya tunggu sampai saya sanggup kerja lebih masa. Lawak betul masa tu,"
"Kau tunggu aku?"
"Iyalah. Awak pelanggan setia tahu. Saya dah hafal awak datang pukul berapa setiap hari. Kalau hari ahad sampai selasa awak akan terpacak berdiri dekat kaunter dalam pukul 2 macam tu."
"Lepas tu hari rabu dengan khamis awak akan datang malam. Jumaat sabtu pulak awak akan datang pukul 10. Masa opening kedai. Awak akak tunggu dekat depan kedai sampailah kaunter buka,"
"Jelita sampai bergaduh nak tukar schedule kerja dengan kawan,"
Kasturi ketawa. Tak sangka gadis itu masih mengingati dirinya saat itu dengan baik.
"Tapi lepastu kau berhenti kan?"
Gadis itu mengangguk.
"Sebab ibu angkat kau sakit?"
"Iya, tak lama lepastu dia neninggal. Sedih sangat waktu tu."
'Iya. Sampai kau sakit..' jejaka itu bermonolog di dalam hati.
"Dah pakwe kau minta putus," perlahan sahaja ayat itu keluar dari bibir Kasturi.
"Jelita dengarlah. Tapi hairanlah sekarang. Dah lama tak nampak batang hidung dia. Pergi mana agaknya," Jelita menghirup milo panasnya perlahan.
Dia meletakkan mug di atas meja kecil di depan mereka. Kolam ikan yang sederhana besar itu dipandang lama.
"Kau masih cari dia?" Soal Kasturi.
Padahal dia sudah tahu.
"Taklah. Cuma hairan, selalunya dia akan lalu depan rumah Jelita memandangkan Jelita duduk selorong aje dengan dia," jelas Jelita. Wajah jejaka itu jeling sekilas.
Raut wajah Kasturi kelihatan tegang.
"Oh. Aku fikir kau masih tunggu jantan tu," nada suara Kasturi berubah.
Jelita menoleh memandang jejaka di sebelahnya.
"Awak marah?"
"Taklah."
"Kau dah jadi milik aku, nuggets. Jadi aku tak kisah fasal jantan tu,"
"Kenapa awak panggil Jelita 'nuggets'?"
"Comel apa. Nuggets. "
"Aku sayang kau, jangan pernah lari dari aku. Mintalah apa pun, aku akan bagi. Tapi, jangan pernah tinggalkan aku,"
"Jangan buat aku jealous. Aku tak boleh kawal marah aku kalau aku dah cemburu. Ya?"
"Iam yours."
"Yes. You're mine."
YOU ARE READING
JELITA UNTUK KASTURI ✅️
Lãng mạn⚠️ sex assault ! - short-story - complete Kisah gadis yang sebatang kara terserempak secara tidak sengaja dengan seorang jejaka yang namanya sungguh klasik. "Aku tahulah gigi aku cantik. Tak perlu la kot tenung lama-lama." - Kasturi Kehilangan ib...